Showing posts with label emotion. Show all posts
Showing posts with label emotion. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Hilang sabar


Migrain teruk. Cuaca panas sangat.

Semalam semua orang sibuk bercerita tempat dia hujan lebat. Sejuk. Padahal I ni duduk dalam kepanasan yang melampau. Sakit kepala. Sakit otak. Tahan kepanasan ni. Ni baru panas dunia. Haih :/ Tu lah I dah cakap dekat Mama, kalau duduk dekat dengan laut ni, memang kalau sejuk tu, menggigil sampai nak tidur je 24/7. Tapi kalau dah musim panas tu, nauzubillah.

Tambahan pulak I memang tengah panas dengan sesuatu. Heh, geram je aku nak reveal. Nasib baik ada akal fikiran yang boleh berfikir lagi $%$GFGY^&! Kang aku dah marah, terus kau tutup je periuk nasi kau tu kang, kau tengoklah. Eieeiiiee memang tengah marah.

Orang suruh I sabar. Yes, ni tengah sabar lah ni. Memang tengah sabar sangat. Hesh. Email tanya macam-macam, haram tak jawab. Lepas tu sibuk duk cakap jangan nak sangka yang tak baik. Tahu pulak takut dia. Apa-apa pun, let me know lah. Bila I email bertanya, thats mean, I nak tahu benda tu macamana, bukan senyap macam orang pekak dan bisu. Bila email, I tanya lain, dia jawabnya lain. Benda bukan free, aku bayar. Gahhh.

Kejap aku, kejap I. Panas betul hati ni.

P/S: I pun berniaga jugak. Business jugak. I sorang je. I lah staff. I lah bos. Heh. Tak ada pembantu. Tapi, kalau I hantar item lambat dan customer tanya, I tak pernah biarkan customer tertanya-tanya banyak kali. Sekali dia tanya, terus I jawab. Kalau nak business, betul-betul lah. Jangan sampai lingkup pulak :/

P/S/S: I tak cari gaduh. Tak cari pasal. Tapi hati siapa tak sakit?

Bye.

Thursday, February 18, 2010

Selamat tinggal



Selamat tinggal. I tak bermaksud nak sakiti hati you, sayang. I tak bermaksud nak buang you tanpa sebab. I tak bermaksud nak kecewakan you. I menyesal, sayang. Tapi I lagi menyesal kalau tak ada pengganti untuk you. I terlalu sayangkan you sampai I rasa ramai juga yang sayangkan you, yang mahu mencuri you dari I, dan I lepaskan you kepada 'mereka'. Maafkan I. Selamat tinggal. Ramai lagi yang cari you, ramai lagi yang mahukan you.



Melepaskan you adalah satu perkara yang sangat sukar buat I. Apatah lagi kenangan berkongsi suka duka bersama Liyanaa. Biarlah. Biarkan 'mereka' puas hati dengan cara ini. I harap you tak akan pernah sedih dan menyesal sepanjang bersama I. I sayangkan you lebih daripada I sayangkan yang sekarang ini. Apakan daya, you terlalu dipuja ramai. Ramai yang cemburu bila I bersama you. I tak sanggup lagi menahan segala kesakitan itu.



Hello you.

Walaupun you masih baru dengan I, walaupun warna kulit you terlalu hitam, I harap tak akan ada lagi hati yang dengki, tak akan ada lagi hati yang punya niat untuk memisahkan kita.

Oh hai kawan-kawan. Hodoh kan layout baru I? Sigh. T________T

Tuesday, February 16, 2010

Pertunangan Raracandyfloss.com



Fuhhh. Lamanya I mendustai blog Raracandyfloss.com ini. Oh no. I bukan mendustai, tapi melupai beberapa ketika. Hek. Bukan lama pun sampai cecah sebulan tak update. Ini belum uruskan wedding sendiri. Agaknya nanti dah dekat persiapan, dua tiga bulan lupa blog. Habislah earning Nuffnang yang belambak T____T Hek, belambak lah sangat. Tak boleh challenge dengan Innity heh. Innity approved Raracandyfloss.com tau, tapi I tak nak curang dengan Nuffnang, yes I love Nuffnang banyak-banyak. Ada events, ada contest, cukup cukup cukup.

Eh entri ni bukan nak cerita pasal Nuffnang mahupun Innity. Pilihan dihujung jari anda. Pfft.



Haa. Kan dah letak gambar bulan madu. Eh bukan bukan. Gambar manis macam madu. Memanglah pasangan ini tak comel tapi dia rasa macam boleh tahan lah daripada macam syok sendiri. Yes yes, I bangga ada bakal-suami-yang-sangat-sayangkan-I. Heh. Tak biarkan I sendirian, tak pernah biarkan I sunyi. Tak pernah buat I terabai atau rasa macam tak ada boyfriend ke camana entah. Tak ada, tak ada. Semuanya baik-baik saja and I rasa lengkap sangat dah. Jom lah kahwin sekarang, sayang? Hekk.

Oh lupa. Pasangan ini tidak meraikan hari Valentine heh. WTH with Valentines? Pui!

Gambar adalah diambil semasa I sedang penat baru balik dari Pontian dan lepas itu ke Jusco Bukit Indah dan lepas itu jumpa Syafi dekat rumah, tiba-tiba Syafi dengan rakan-rakan dah sampai. I kelam kabut bawak kereta sebab banyak tempat nak kena bawak Angah and lepas tu pergi Angsana ambil sirih junjung. Eh lepastu penat macam nak kasi penampar semua orang T__T



Khemah dah siap pasang, cantik sekali. Oren + putih. Kerusi meja semua dihias cantik-cantik. Macamana agaknya kalau owner Raracandyfloss.com kahwin nanti? Tema warna apa? Khemah ada berapa? Comel dia macamana? Siapa nak datang? Siapa nak datang?



Ini dia cupcakes yang I dengan family pergi ambil dekat Yong Peng masa on the way balik JB hari tu. Serious sangat puas hati. Walaupun I tak dapat merasa, tapi tak apa, nanti I nak order cupcakes untuk sedapkan tekak sendiri. Terliur kot tengok gambar ni. Nanti kita buat cupcakes Chelsea + Hello Kitty theme heh?



Baju biru muda tu suami Mak Mah. And Pak Cik adalah wakil bagi pihak perempuan. Bila orang Penang cakap nak sunting bunga, Pak Cik tanya macam ini:

"Dekat rumah ni ada dua bunga. Itu ada masalah sikit tu. Ada dua bunga. Jadi yang mana satu?"

I ada dekat ruang tamu masa itu terus malu T___T Orang semua dah pandang I, jadi nasib baik wakil pihak lelaki sebut nama Angah. Ewahh. I adalah bunga yang tunggu hari kebahagiaan, mana boleh sunting lagi dah :P

Dalam pukul 12.30pm, keluarga pihak lelaki dah datang dah T_______T Angah gementar, I menggeletar. Pfft. I menangis kot tengok Angah dah nak disunting. Ehem. Masa bincang-bincang tu tetiba hati I sebak macam I pula yang nak disunting. Eh nanti I kahwin, confirm banjir satu JB ni. I rasa I tak boleh tahan. Mesti I menangis sampai makeup tertanggal semua sekali. Apalagi bulu mata pelesu, confirm tercabut HAHAHA.







Makeup artist by; Amy Bridal Gallery.
#01, Jalan Orkid 1,
Taman Orkid, Johor Bahru.
07-2388380

Thankyou kepada semua tetamu yang diundang seramai lebih kurang 150 orang yang datang. Majlis berjalan lancar and meriah sangat. Family pihak Abang Azam pun datang ramai dari Penang. Heh. Bayangkan dari Penang-JB? Huih kalau I yang drive, confirm tercabut tangan dengan kaki dengan pinggang dengan tengkuk, habislah rangup seluruh badan. Nasib baik family Syafi dekat KL je. 3 jam setengah sampai dahhhh.





Ramai family from Singapore yang datang. Boleh dikatakan 99% yang datang. Alhamdulillah. And seronok sangat dapat jumpa family belah arwah Abah. Harap-harap hubungan kekeluargaan tu kukuh walaupun arwah Abah dah tak ada. Tapi kalau arwah Abah ada, mesti Abah happy tengok Angah bertunang. Kan? Tapi mesti jugak airmata Abah keluar sebab tengok anak dia masing-masing dah nak mulakan hidup baru. Dulu kecik je, sekarang semua dah besar dah, dah boleh hidup sendiri =_______="

After majlis selesai, I bawak Angah, Abang Azam & his friends, pergi Puteri Harbour, Kota Iskandar. Pemandangan cantik untuk photographer. I recommended. Kalau wedding nanti ada rezeki nak sewa boat, RM300 - the crew bawak pusing laut Selat Tebrau tu.





Alhamdulillah selesai semuanya. Kita tunggu owner Raracandyfloss.com buat announcement pulak. Heh. Jangan tanya bila, bila, bila. Once I dah confirm this March, I terus buat announcement. Tak payah risau. Doakan yang terbaik. Amin. And and, boleh jugak nak countdown untuk Angah. Maybe end of May tahun depan. InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan.

Thursday, February 4, 2010

Jom berkenalan dengan pembantu tukang jahit I


Kejap. Kejap. I tengah penat ni.

Rehat enampuluhlimaminit.

Okay dah. Penat rupanya menjadi tukang jahit tak bertauliah ni. Takda pekerja atau pembantu. Apatah lagi nak ada personal assistant. Heh. Itulah. I ingat nak lantik Oliey sebagai pembantu I, tukang potong kain felt. Lepas tu nak lantik Tabby dan Chibi jadi pembantu peribadi I macam tukang pergi post office T______T Dan Kiki tukang masukkan benang dalam jarum. Boleh? Sebab apa tak boleh kalau Kiki sangat layak ada jawatan macam itu?


Kiki ada kelayakkan yang sangat layak, kan? =______=" Dia selalu kacau I tau. Tiapkali I bentang felt untuk dipotong, mesti dia cepat-cepat datang and terus baring atas felt tu. Lepastu bila I sibuk nak masukkan benang dalam jarum, dia sibuk nak capai benang I tu. Pffft.


Oh btw, ini adalah contoh yang I nak tunjuk dekat uols. Kebetulan I buat order untuk Syafa, I pinjam kejap nak buat contoh :P Hope she don't mind. Okay macam ini uols boleh order untuk jahit sendiri dekat mana-mana. Contohnya uols nak jahit dekat baju, ataupun nak jahit dekat laptop bag ke apa. Kalau nak jahit dekat pipi masing-masing pun boleh heh.


I dah siapkan order from Syafa and her lovely friends. Syafa order sebanyak lima. I buat dari malam tadi and sambung pagi tadi. Dalam pukul 3pm baru siap and I terus pergi pos. Actually, Syafa bayar untuk harga pos ekspress RM3, tapi sampul tu tak muat nak letak semua items tu, so I tambah duit untuk poslaju RM6. It is because, Syafa and her friends punya total RM50. So anggap macam 'gift' lah kan.


Ni semua order from kawan-kawan Syafa. I must admit, I suka cara diaorang ni make order. Discuss sekejap saja, lepas tu cuma bagitahu nak warna apa, and siap pesan dekat I supaya buat yang comel-comel macam I (bukan I yang cakap heh, diaorang yang cakap) Hihi. Lepas itu terus bank in dekat I dan send SMS yang sangat nice membagitahu dah buat payment. Dan pesan lagi suruh I buat yang comel-comel macam I (bukan I yang cakap heh, diaorang yang cakap) T______T Kemaluan.

I harap diaorang semua happy bila terima parcel tu esok :') Lepas tu buat order banyak-banyak lagi YAY.

Tracking number for them
EN244926249MY


Hei Patrick. -Suara Spongebob Squarepants

Patrick ni baru siap sekejap tadi. Order from schoolmate dulu, Fad. She's a girl ye. Hihi. Yelah, kadang-kadang ada orang ingat 'Fad' tu macam nama kelelakian sikit, tapi sebenarnya perempuan. Kalau tak silap I, nama dia Fadzillah. Hei you, kalau I salah, you tell me heh.

Patrick ni gemuk sangat. I pulak geram. Dah lah mata dia goyang-goyang.

Okay dah. My mom asked me to take a rest start from now to tomorrow. Period pain. Muka pun dah pucat. So my lovely customer, uols faham I ya. Tammo worry, ur items for sure I akan hantar terus once dah siap ;)

Have a nice day everyone. Loves.

Monday, January 25, 2010

Secara ringkas


I rasa macam dah lama tak update pasal diri sendiri. I means, my daily routine kot. Hihi. So hari ni I nak share secara ringkas tentang apa yang berlaku sekitar diri I lah pulak. Asyik cerita pasal crafting felt je kan.
  1. Macam biasa, I banyak makan, setiap setengah jam akan mencari makanan, tapi berat I sekarang 31.5kg (baru timbang tadi).
  2. Sekarang ni mata I dah set tidur pukul 1am dan bangun pukul 10am. No need alarm clock, memang akan automatik macam itu.
  3. Lagi 20 hari, Angah I akan bertunang dan rumah I masih belum siap kemas-kemas lagi. I yang merasa debarannya. Sebab lagi 20 hari jugaklah I akan jumpa dengan Syafi lagi.
  4. Kereta I buat hal. Tayar ada bocor nipis. I tak sure sebab apa. Hari tu memang ada terlanggar serpihan kaca halus. Tak akan lah sebab tu? So kejap lagi akan ke workshop.
  5. Kiki tengah pregnant. Sebentar lagi (tak tahulah bila), Mama akan mendapat extra cucu.
  6. Semakin pemalas dan bermalasan di kerusi malas.
  7. Semakin addict dengan Twitter dan suka baca bila kawan-kawan update status.
  8. Rindu dekat Syafi tapi selalu salah faham lately. Tapi salah faham kejap je. Beberapa minit. Lepastu akan slow talk dan berbaik balik T________T
  9. Order yang I dapat untuk buat felt dah banyak and semua I dah siapkan. Just tunggu ada beberapa lagi customer yang belum bank in. Kalau you guys nak order, boleh email I ya.
  10. I bertanding dalam Why I Like It Longer. Doakan I, manalah tahu ada rezeki. InsyaAllah.
Cukuplah sepuluh. So far, life I semakin bahagia and semakin perfect. Hopefully kekal macam itulah sampai bila-bila. Amin.

Friday, January 15, 2010

Felt : Name and ball; animal eyes juga.



eh oh hello. sekarang ini kan, rumah i dah jadi macam rumah tukang jahit dah. anak menjahit, mama dia mengait. eh. lain ya disitu. menjahit dan mengait adalah satu perbuatan yang lebih kurang sama tapi hasil dan bahan adalah sangat berlainan.



ini hasil mengait. ecewah. blog pun dah jadi macam kelas menjahit dan mengait. heh. okaylah sekarang tengoklah hasil kerja mama i. memang sangat kreatif dan kemas, kan? like mommy, like daughter. eh okay, i terangkat-bakul-masuk-dalam-kain.





ini adalah hasil kerja menjahit oleh anak dia. eh anak dia, maksudnya i lah. huruf-huruf tersebut sangat macam mintak dimakan. ngappppp! dalam gambar nampak macam besar kan, tapi huruf tu kecik sebenarnya. susahnya i nak jahit yang kecil macam itu. tapi bila nampak hasil, sangat puas hati tahu?



ini pulak adalah berbentuk bola. depan bola tu i jahit huruf 'FS' (gabungan nama fyka dan her boyfriend). ini adalah order dari adik fyka. i baru send dua item ni petang tadi. hik. i harap fyka suka. thankyou fyka. nice to know you!



dua hari lepas, i order this animal eyes. hihi. seronoknya bila dah dapat parcel tadi. animal eyes ni i nak guna untuk buat teddy bear or anything else yang menggunakan mata ni. hekhek. i beli online dari kak tini. thankyou so much to her and kak tini sangat nice tau. berbual punya berbual, rupanya kak tini ni adalah kawan kepada kak cujie. haa.

i order animal eyes ni sebanyak 60 pairs, tapi kak tini bagi extra tahu? memang sangat nice and tak rugi i beli dari kak tini. haa ni. i ada cakap dengan kak tini, kalau jumpa online shop yang jual mini brads, bagilah tahu i. tapi kak tini tak tahu T____T tapi tahu tak, kak tini yang nice ni bagi i hands shape and tulang ikan tu. tapi tulang ikan tu patah. punyalah ganas pos malaysia buat kerja cop cop ni. hik.





oh by the way,

T______________T *menangis sedu sedan.

syafi dah balik KL petang tadi. naik bas transnasional pukul 5pm tadi. and masa i menaip entri ni pun, syafi still dalam bas lagi. i dengan mama hantar syafi sampai terminal larkin. you know what, masa nak bye-bye syafi dalam bas tu, hati i meraung-raung dan i cuma pujuk hati macam ni;

"tak apa, hati. nanti bulan dua akan berjumpa lagi. dan bulan tiga pun akan berjumpa lagi. kali itu syafi dan keluarga akan datang berjumpa mama, insyaAllah, 'berkampung'. dan beberapa bulan selepas itu, insyaAllah akan mendirikan masjid"

hati i dah faham sekarang. dan hati dah tak sedih lagi.

AND OH; SIAPA NAK ORDER LAGI, BOLEH EMAIL I TAU ;)

Tuesday, December 29, 2009

Ini rahsia, jangan bagitahu orang.



antara salah satu benda yang you guys tak pernah tahu tentang i adalah;

***
**
*

treng trengg trengggg -drumroll.

i adalah die hard fan avril lavigne suatu ketika dulu. bwehehheheh.

cakap je apa lagu dia, lirik dia, semua i hafal. cara dressup dia, o-em-gee. admire dengan dressup dia (dulu) tapi tak pernah terikut-ikut lah. admire sahaja.

sanggup belajar main gitar lagu-lagu avril. heh.

siapa pernah minat avril lavigne? siapa hafal lagu avril lavigne? sila tampil ke hadapan sekarang :P bwheheheheh

Monday, December 28, 2009

Singapore; day second.



second day bermaksud apa you guys? bermaksud last day jugak lah. tapi last day bukan last untuk forever heh. bweheheheh.





seronok gila bila dalam kereta, i duduk belakang macam mam besar. selalunya i lah bertungkus lumus pegang stereng, tekan minyak, tekan clutch, tekan brek, tukar gear, semua i T_____T tapi beberapa hari since angah balik jb, i kira bercuti daripada tugas sebagai driver. hikhik. bahagia betul. okay, actually we olls tak tidur pun dekat singapore. kitaorang balik rumah balik tau you guys. esoknya pulak, angah ajak pergi survey catering jb. so bila pergi, tengok ada wedding pulak masa tu. so abang azam ajak pergi ikea singapore. again, we olls masuk singapore. tapi kali ni ikut checkpoint tuas.






kalau dah hari cuti, memang hari cuti lah jawabnya. jammed tetap jammed. checkpoint tuas yang selalu lengang tu pun boleh jammed. tapi ikut checkpoint tuas ni mahal lah. sebab dekat tol tg.kupang kena bayar rm10.80. lepas tu autopass lagi T_________T



sesat dalam sejam lebih. round-round singapore. dari tuas nak pergi tampines pun sesat (-___-") dah sesat jauh sangat, terpaksa pergi ikea bukit merah je. yang dekat dengan queensway tu. heh. dah tanya macam-macam orang baru jumpa ikea. hekk. guna gps pun macam tak faham jalan. jalan dekat singapore bukannya senang. signboard diaorang akan muncul bila dah nak dekat area tu je tau.




at lasttttttttttt; jumpa jugak ikea. kenoneng (pening) bila sesat. ikea ni tak lah besar sangat nak dibandingkan dengan ikea tampines.













haaaa punya pemalas tau you guys. tempek gambar je lepas tu buat muka tak bersalah. bweheheh. kalau you guys perasan, gambar ke empat tu, dia guna katil yang sama dengan ynaa. showroom dia memang buat i geram sampai berangan nak buat bilik macam ini, macam itu, bila dah kahwin nanti. pfffft.

shopping macam-macam jugak tapi biasalah kebanyakkannya kitchen stuff, takkan nak tempek letak sini you guys? T_______T



okay. one more thing. ada beberapa orang yang nak tanya i pasal nuffnang. so you guys yang nak tanya tu, boleh tinggalkan soalan dekat comment i heh. insyaAllah if boleh jawab, i jawab. hihi.