Wednesday, January 13, 2010

Tips : Cara mudah bakar kalori



bagi orang kaya raya macam you guys, tips ni sangatlah tidak perlu dipakai sebab you guys boleh pergi celebrity fitness sahaja untuk membakar kalori. baru berlari 800 meter menggunakan treadmill, liyanaa berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg. tapi kalau i, baru nak register nama, tengok harga pun dah ketaq lutut kot. bweheheheh.

okay meh sini i share cara mudah bakar kalori yang i dapat dari majalah jelita. antara yang you guys boleh buat:
  • shopping
girls love shopping very much. eh ada ke girls yang tak suka shopping? err. i rasa semua suka, just depends on ada duit dengan tak ada duit je. pantang ada sales, semua berebut pergi kan? walaupun tengah tak ada duit, tapi sanggup pergi manjakan mata nak window shopping, survey harga, sanggup bersesak. fuhh. sebenarnya, kegiatan macam ini pun boleh menjadi pilihan you guys untuk membakar kalori. shopping selama 45 minit non-stop (terus berjalan tanpa rehat) sangat berkesan untuk membakar 90 kalori dalam tubuh badan kita tahu?

ehem. so lepas ni bolehlah mintak parents you guys duit belanja untuk shopping. cakap dekat parents, nak bakar kalori dalam badan. heh.
  • mengemas rumah
pfft. perkara ini adalah satu perkara yang sangat tidak digemari oleh i. serious talking, i ni pemalas sangat sangat sangat T______T

"tapi i ada maid. buat apa nak kemas rumah"

maybe ada yang bagi alasan macam ini. tapi cuba tengok dulu manfaat dia. dengan spent time untuk kemas rumah on weekend, you guys lebih rapat dengan tempat tinggal sendiri, selain tu boleh juga membakar 450 kalori. wooo! banyak tu.
  • berasmara
gulp. cara yang satu ini hanya untuk mereka yang dah berkahwin lah. setiapkali melakukan hubungan kelamin dengan pasangan, boleh menyingkirkan 65 kalori. pfft. jangan tanya i kenapa. pergi tanya aunty-aunty yang dah berpengalaman :P
  • menari
suka menari? ehh i suka. sebab tu lah masa Digi challenge tu i menari sambil tak ada reti malu. eh malu sebenarnya. tapi dah kata pun challenge, kenalah buat kan. you guys, kurang daripada satu jam menari, you guys boleh membakar 230 kalori tau. gerakan dalam tarian yang penuh bertenaga sangat membantu untuk mengurangkan kalori dalam tubuh badan.
  • makan sedikit, tetapi kerap
setiap kali makan, sistem percernaaan dapat bekerja dan mencerna makanan kemudian menyerap nutrisi. untuk menghidupkan mesin percernaan dan melakukan proses ini tentunya memerlukan kalori. sebab itu, amalkan makan sedikit tetapi kerap kerana dapat membakar lebih banyak kalori.
  • jangan abaikan sarapan
i selalu abaikan sarapan. bangun tidur pukul 12pm terus lunch T_______T

orang yang mengabaikan sarapan cenderung lebih banyak mengambil kalori pada waktu makan tengahari, petang atau malam. so, setiap hari you guys perlu ambil sarapan untuk mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan.
  • minum lapan gelas sehari
minum lapan gelas sehari (dua liter) sehari dapat membantu membakar 100 kalori dalam tubuh. mungkin kedengaran tidak terlalu besar, namun kalau dihitung dalam seminggu, boleh mencapai 700 kali atau 2800 sebulan. tapi ingat, jangan minum air terlalu berlebihan, nanti boleh mengancam kesihatan pulak.

18 comments:

Mieya said...

Okay nanti mieya nak mintak duit dekat abah untuk shopping sebab kakarara cakap boleh bakar kalori :P

Shira said...

Mieya

eh kejap. kang abah call kakrara pastu camana ni kang dia sebat kakrara sebab ajar anak dia bukan-bukan camana ni? HAHAHAHAH =D

Anonymous said...

bab shopping tu mmg agree sgt2 lah. mmg penat kalau tawaf 1 shopping complex tu. blk rmh mula lah sakit kaki. heheehee.

Shira said...

Haneem

betul tu sayang. macam i haritu, tawaf satu one utama pon sama macam liyanaa. hilang 3kg T____T tinggal 31kg dah berat i. pfft. bencinya rasa.

ini blog wirdah said...

I dlm prosess mahu kuruskn badan.huhuh.

Aini said...

Okeh nak start menari ikut step lagu nobody - wondergirl la pasni =)

AJ said...

tips yg bagus..sek baik aku dah kahwin..byk yg ble dipraktikkan..heheh..

Ada Apa Dengan Cik Epal

full of love,keyna said...

shopping?sys rara kne belanja la cmni.hehe :P

Shira said...

@Wirdah

bweheheheh. i dalam proses menggemukkan badan :-S

@Aini

okay nak mulakan roger i tau. eceh.

@Keyna

aik kenapa pulak? okaylah fine. kakrara belanja, guna duit Keyna. okay? =P

Liyana Lunia said...

HOI PERGI MAKAN SEKARANG mana boleh u turun 3kg, itu semacam meniru i lagaknya HAHAHAHAHA ;p

hoi makan banyak banyakkk la, makan sayur sekali tauu? hihi rindu nak paksa u makan sayur pfft ;p

btw tips sangat berguna. skrg i dh lost 1kg. and harap sangat dapat turun lagiiii.

*skrg i kurang mkn, byk lari je dlm rumah. fuhh dh makin fit dh ;p

Anonymous said...

berasmara boleh bakar kalori?
but semakin berasamara.. semakin gemuk macam orang yang dah kawen tu? haha :D

Scarlette Amy said...

Nice tips! :D thank you for sharing, Rara, hehe. I'm using Google translator to read, but it seems accurate enough. ^^ And I love your layout!!

xoxo
Scarly

Shira said...

Hanida

phewwwitttt HAHAHA tadi mula-mula pon i fikir macam itu. tapi bila fikir balik, oh maybe sebab diaorang yang dah kahwin tu tak pandai jaga badan kot? entah eh. hihi

Shira said...

Scarly

wow google translate? thankyou scarly! =P im appreciate it so much.

Huda Luna said...

u jgn kurang kn kalori lak

u kne gain weight
tahu?

miss u..
n sori tau

shouji said...

hehe...good tips...
ni research sendri ke nih..?? heh

BLOG WALKING

http://sagamerah.blogspot.com/

Pisyek said...

abis la bankrap

mak2 ngn bapak2 budak2...

haha...

safiena said...

aww.. thanks for the post sweetie!
i suka sangat bila u share tips nie sbb i dlm proses bakar kalori hahaha
thanks sweetie!