Friday, January 15, 2010

Felt : Name and ball; animal eyes juga.



eh oh hello. sekarang ini kan, rumah i dah jadi macam rumah tukang jahit dah. anak menjahit, mama dia mengait. eh. lain ya disitu. menjahit dan mengait adalah satu perbuatan yang lebih kurang sama tapi hasil dan bahan adalah sangat berlainan.



ini hasil mengait. ecewah. blog pun dah jadi macam kelas menjahit dan mengait. heh. okaylah sekarang tengoklah hasil kerja mama i. memang sangat kreatif dan kemas, kan? like mommy, like daughter. eh okay, i terangkat-bakul-masuk-dalam-kain.





ini adalah hasil kerja menjahit oleh anak dia. eh anak dia, maksudnya i lah. huruf-huruf tersebut sangat macam mintak dimakan. ngappppp! dalam gambar nampak macam besar kan, tapi huruf tu kecik sebenarnya. susahnya i nak jahit yang kecil macam itu. tapi bila nampak hasil, sangat puas hati tahu?



ini pulak adalah berbentuk bola. depan bola tu i jahit huruf 'FS' (gabungan nama fyka dan her boyfriend). ini adalah order dari adik fyka. i baru send dua item ni petang tadi. hik. i harap fyka suka. thankyou fyka. nice to know you!



dua hari lepas, i order this animal eyes. hihi. seronoknya bila dah dapat parcel tadi. animal eyes ni i nak guna untuk buat teddy bear or anything else yang menggunakan mata ni. hekhek. i beli online dari kak tini. thankyou so much to her and kak tini sangat nice tau. berbual punya berbual, rupanya kak tini ni adalah kawan kepada kak cujie. haa.

i order animal eyes ni sebanyak 60 pairs, tapi kak tini bagi extra tahu? memang sangat nice and tak rugi i beli dari kak tini. haa ni. i ada cakap dengan kak tini, kalau jumpa online shop yang jual mini brads, bagilah tahu i. tapi kak tini tak tahu T____T tapi tahu tak, kak tini yang nice ni bagi i hands shape and tulang ikan tu. tapi tulang ikan tu patah. punyalah ganas pos malaysia buat kerja cop cop ni. hik.





oh by the way,

T______________T *menangis sedu sedan.

syafi dah balik KL petang tadi. naik bas transnasional pukul 5pm tadi. and masa i menaip entri ni pun, syafi still dalam bas lagi. i dengan mama hantar syafi sampai terminal larkin. you know what, masa nak bye-bye syafi dalam bas tu, hati i meraung-raung dan i cuma pujuk hati macam ni;

"tak apa, hati. nanti bulan dua akan berjumpa lagi. dan bulan tiga pun akan berjumpa lagi. kali itu syafi dan keluarga akan datang berjumpa mama, insyaAllah, 'berkampung'. dan beberapa bulan selepas itu, insyaAllah akan mendirikan masjid"

hati i dah faham sekarang. dan hati dah tak sedih lagi.

AND OH; SIAPA NAK ORDER LAGI, BOLEH EMAIL I TAU ;)

14 comments:

Call me, Eyka said...

jgn sedey ea rara..sabar jerla..x lame lagi dh :)

Shira said...

Eykameow

Tak apa. I anggap ujian untuk kami berdua. Lain orang, lain ujiannya kan. Kena terima. Hati i pon faham. InsyaAllah. Mudah-mudahan lepas ni akan selalu dekat :D

Mieya said...

Yayanggg,suka tgk mata tuuu.
Mesti comel kan kalau ada mata.
And btw thanks utk keychain felt yg kakrara buatkan tu.
Cute sgt.
Mama pun ckp cute tauu.
And mama kirim salam.

Btw jgn lupa email pic tau nk buat entry felt and masukkan pic tu sekali :)

Btw lagi,jgn sedih.
Dah kahwin nanti nak dekat sampai terlekat pun tak apa.
HAHAHA :D

Shira said...

Mieya

hihi suka kan? tapi kena extra charge sikit lah kalau guna animal eyes ni. order pon mahal-mahal kannnnn :P

eh serius ke mama cakap camtu? entah-entah mama kata "tak cantik langsung" =(

eh email. yaAllah banyaknya kena email orang sampai terlupa-lupa T_____T pic tu ada dekat laptop lah. dekat handphone dah cut pergi laptop. now online thru pc. tu yang payah tu :( tsk.

eh sampai terlekat? amboi budak kecik sorang niiiiiiii =9

ayat lain macam!

Mieya said...

Hoi betullah mama ckp mcm tu,
takkan nak tipu plak.

La yeke patutla bila bukak email tu takde email baru.
Hihi :P

HAHA gurau² je lah kakrara sayam :D

ini blog wirdah said...

wah,bestnye kalau jd org yg kreatif..
boleh buat hasil tgn yg kreatif :)

Amoi said...

mana aku punya sample?
haha

Shira said...

Wirdah

hihi tak jugak. kalau belajar, mesti boleh punya ;))

Shira said...

Amoi

Tak sempat snap picture. HAHA. Kau dah tracking tak? ;P

Yot | is | Yati said...

happy dengar good news yang last tu. jgn sedih2 k. i pun da dua bulan tak jumpa my boifee. kang i plak sedih. hihii. i doakan jodoh u ngan syafi kuat. senyum..senyum ;)

Aurora said...

CUTE LAH JAHITAN KAK RARA..

I LOOOIKE!
HEHE..
:)

Amoi said...

dh track byk kali. still kuar msg UNKNOWN ;((
takut tak sempat sampai esok

Fyka said...

ala kakrara..
jgn sedih2,nnt dpt jmpa lg..
xlma je dye pg tu[hehe,mcm la tau sgt fyka ni]..
sabaq tau kakrara..
hasil keje kakrara sgt2 lah cntik okayh..
btw utk pengetahuan kakrara..
pengakuan brani mati ni..
sebanyak2 benda mcm kakrara wat ni fyka order kat another owner..
yg ni la plg2 tepat yg fyka imagine..

[sory bi fyka ngong skit]

Mysara Newrie said...

kak rara, klu nak order 2 nak tgk brang2 dier camana? n klu nak byr camana lak?