Showing posts with label digi pimp my day challenge. Show all posts
Showing posts with label digi pimp my day challenge. Show all posts

Tuesday, January 12, 2010

My new baby



oh hello hello. nak buat announcement sikit. result untuk DiGi Pimp My Day Challenge belum tahu lagi tau. so takyah tanya i apa-apa please. i kecewa lah setiapkali you guys tanya and i kena jawab satu per satu. well biasalah, hadiah pun lumayan so DiGi and Nuffnang kenalah buat result yang terbaik kan.

oh by the way, hari ahad lepas, i dengan family keluar pergi masjid jamek. angah nak beli ribbons untuk hias dulang hantaran dia nanti. yelah orang nak bertunang. i tak mampu nak support sikit, so i berjasalah sikit bawak angah pergi masjid jamek. heh. jasa peluh nama dia. pfft. padahal tak lah berpenat lelah pun T______T

weols masuk SSF lepas tu i terus nampak mini beauty dalam balang. eh. mini beauty ni taklah mini macam yang biasa tu. dia besar tau. before ni kan i pernah beli mini beauty, tapi memang betul-betul mini. tapi yang kali ni dia besar tau :D



see? comel kan dia? kak cujie pun beli satu tau. tapi tammo lah i tunjuk picture mini beauty dia. biar dia sendiri tunjuk dekat blog. hik. kak cujie punya pink color T______T i yang nak dulu, tapi dia nak sangat yang tu, sebagai adik nasiblah i mengalah. bluek.



lepas tu i jalan-jalan lagi on the that day, i jumpa brooch yang comel. eee kalau bab-bab brooch comel ni memang i rembat je tak kiralah berapa harga dia. confirm i akan fikir "NAK, NAK, NAK". heh.



i beli tujuh biji brooch. hik. ada lagi pattern lain tapi i rasa macam mahal pfft. dapat tujuh biji pun jadilah. mula-mula i ingat nak jual saja, tapi tak jadi i rasa sayang menyayang pulak. hekk.



oh by the way, syafi busuk masam i tu (panjang betul nama dia i bagi) masuk magazine. cuba teka magazine apa? cubalah teka, cubalah teka. hesh. pemalas betul you guys ni tahu tak?


*
**
*

tettt. magazine 'JELITA'. i tak surelah pulak betapa 'jelita'nya syafi i tu. setahu i dia cuma macho saja. lol.

pfft. apa salahnya if i nak puji bakal suami i sendiri kan? takda salah kan? okay fine, i tahu i ada hak nak puji dia. wek. ehem. tadi kitaorang pergi jumpa mak andammmm (tammo cerita yang nii. wekk lagiii)





gambar terbaru. haa. baru petang tadi tau. before pergi mydin dengan mama and busu lehan. ecewah ecewah wah wah wah.

okaylah dah penat membebel and you guys pun dah penat baca kan? babai.

Sunday, January 10, 2010

Individual by Rara (The Hunter) : Digi Pimp My Day Final Challenge



okaylah fine. entri sebelum ni dengan entri sekarang ni lebih kurang je. tapi previous entri tu i buat dengan teamwork. itu sebenarnya cabaran terakhir untuk weols. weols diberi masa satu jam 6.30pm-7.30pm untuk buat satu entri pasal DiGi Pimp My Challenge Day semalam. hihi. mesti you guys rasa macam "eh rajinnya update blog, taktahu penat ke?". hmp. actually, memang sangat penat sampai i rasa nak termuntah. serious, i nak termuntah semalam bila sampai Mardi Graz pukul 6.15pm tu. dah duduk baru rasa nak termuntah lah, berdiri pun tak boleh, kepala migrain, macam-macam.

okay now i nak start cerita pasal contest semalam even i rasa macam still penat. tapi ini pun dikira cabaran jugaklah yang dibagi oleh Digi and Nuffnang. i buat entri ni sekarang sebab takut tak sempat, kejap lagi i nak bertolak balik Johor. harap-harap bila dah sampai Johor, i dapat berita baik, manalah tahu team i TERmenang dalam apa-apa ke. pffft.

secara jujur, i bangga pada diri i sendiri. macam you guys tahu, hari jumaat (8 Januari 2010), i bertolak ke KL dari JB untuk join contest Digi Pimp My Challenge Day. dengan semangat yang kuat, i drive ke KL walaupun sepanjang highway, hujan adalah sangat lebat. i redah walaupun bahaya dan risiko sangatlah tinggi memandangkan mata i yang tak berapa clear. sampai di KL, i terus bergegas ke Berjaya Timesquare untuk beli baju warna kuning, bersesuaian dengan tema DiGi. and after that, alhamdulillah, i sampai dengan selamat di rumah kakak i, di petaling jaya lebih kurang pukul 11pm. dapatlah i berehat kejap dan tidur. seawal 6 pagi, i bangun dan bersiap.



breakfast dan mempersiapkan diri. dalam pukul 10.30am i bergegas pulak ke gombak untuk mengambil Ynn and Saffa. walaupun still letih berdriving dari JB-KL, i tetap bersemangat kuat, lebih-lebih lagi ramai sangat kawan-kawan, family, bloggers lain yang bagi support. i sangat terharu sebab terlalu ramai yang wish goodluck. thankyou so much. and tak lupa jugak, untuk syafi kesayangan i yang sangat-sangat supportive, siap sediakan kawan baik (Haikal) untuk drive kereta i pada hari tersebut (9 Januari 2010) so means i tak payah drive. thankyou sayang.

dalam perjalanan ke gombak, weols stuck dekat jammed berhampiran tesco ampang.



i dah risau sangat. manalah tahu jammed tu disebabkan oleh accident dan menyebabkan weols tak boleh lalu jalan tu. tapi nasib baik, walaupun jammed, kereta still bergerak perlahan. and at last i sampai di rumah Ynn and ambil Saffa di Giant, Gombak. terus bergegas ke one utama.



our parking area. mesti tangkap gambar. takut lupa T__________T



by the way, salah seorang team i, tak ada pun yang tahu menahu pasal one utama ni. even nak cari Mardi Graz pun weols tak tahu. and mengambil masa hampir setengah jam untuk cari Mardi Graz area. thankyou guard yang banyak menolong.



weols diberi borang agreement, kena baca and sign. tapi, salah seorang dari team kitaorang lambat sampai and kitaorang submit borang ni lebih kurang pukul 2.45pm T_______T tapi tak apa, dah kata pun team, weols kena understanding. Mel stuck dekat komuter Sungai Buloh :(



bila dah submit agreement letter, weols diberi DiGi internet broadband tau. happy sangat and broadband dia pun kecil je. tapi bak kata orang 'kecil-kecil cili padiii' haaaa. walaupun bersaiz kecil, tapi sangat laju and i rasa siapa yang subscribe digi broadband, memang takda menyesal punyaaaa. i recommend you. and i rasa i pun nak bertukar kepada Digi jugak tahu?



weols dah kena masuk Mardi Graz dah. serious i teruja dengan lagu-lagu yang sangat fun. team yang lain pun sangat best sebab sporting and takda sombong. semua pun tegur menegur like dah kenal each other. walaupun ramai Chinese, tapi i memang respect lah sebab diaorang pun sangat friendly. and paling best, i tengok semua orang pakai baju kuning. yes. Digi memang terbaik lah. first time i pakai handphone pun, i pakai Digi tau, masa tu simcard sangat mahal. hihi. seronokkk. bonus pun selalu dapat. i still ingat, i pernah dapat bonus credit RM100 from Digi.





i dengan Ynn keluar kejap from Mardi Graz sebab our readers nak jumpa sangat dengan weols ni haa. thankyou Mieya sebab datang jauh dari Banting just because nak bagi semangat dekat our team. yes, Mieya datang dengan her family dari Banting semata-mata nak bagi support je tau. terharu sangatttt!

cabaran bermula tepat pukul 4pm. see? Digi and Nuffnang sangat menepati masa. If diaorang kata start pukul 4pm, memang tepat pukul 4pm lah start. weols diberi satu kertas. dalam kertas tu ada beberapa logo kedai yang weols kena cari. dah lah weols ni taktahu langsung pasal one utama tu. pencarian sangatlah menguji kesabaran T______T bila tanya guard cakap lain, bila tanya orang ramai cakap lain and tanya promoter kedai-kedai pun cakap lain :(

first challenge adalah cabaran yang sangat menguji kekuatan i dan itulah yang paling mencabar. i ni manalah pernah nak berjogging ke apa. tapi tetiba kena pulak berlari sejauh 800 meter di Celebrity Fitness Center. fuhhh. walaupun penat and tak berdaya, semput, sesak nafas, i teruskan jugak. dalam fikiran ni fikir laptop je T_____T serious i sangat perlukan laptop baru. tapi bila tengok team lain pun gigih jugak, i rasa ramai yang layak memenangi laptop tersebut. tsk.

apapun, inilah first time i pergi celebrity fitness center and i rasa seronok sangat sebab diberi peluang macamni. nak pergi sendiri, manalah nak ada duit kan T_____T HAHAHA i nak menambah berat badan, tapi bila dah lari sejauh 800 meter, nampaknya i kekurangan 20kg lah. hihihi.



lepas cabaran pertama, weols pergi mencari quicksilver. serious sangat susah cari quicksilver niii. saffa tanya ramai sangat orang tapi tak ada yang membantu and at last weols cari sendiri juga. nasib baiklah jumpa and weols terus buat tugasan yang diberi. pakai baju quicksilver yang disediakan and pose like models gitu. haaa. bila lagi nak ada peluang jadi model kan? :P





nasib baiklah lepas kekurangan 20kg di Celebrity Fitness Center tadi tu, balik Mardi Graz, Digi and Nuffnang dah siap sediakan makanan. semua free tahuuuu? memang terbaiklah. makanan bukannya sikit, tapi banyakkkkk and i makan sambil taip previous entri tu tau. lapar sangat. dah lah cari tempat nak charge laptop tapi dah full. ada satu kosong tapi dekat tangga. so our team pun berkampunglah dekat tangga. even i ingat pesan nenek i, anak dara tak elok makan dekat tangga, tapi demi ingin memiliki sebuah laptop, i sahut cabaran Digi Pimp My Challenge Day ni!!!



sedapnya makanan yang disediakan T________T nak lagi pleaseeeeee. hihi.





haaaa aksi panas tauu weols dapat tengokkkk. semua dah teruja dah. dengan lagu-lagu yang best and dengan show yang "phewwwww" memang terbaiklah. i wonder macamana lah diaorang boleh menari and melekat dekat tiang besi tu and lepas tangan. fuhhh.

tak cukup ke? okaylah i kasi you guys tengok puas-puassssss.





THE HUNTER #17

9 Januari 2010 akan kekal dalam kenangan manis hidup i. memang memenatkan, memang menerujakan, memang mendebarkan, tapi sangatlah awesome! i tak sangka i dapat peluang ni. terpilih sebagai finalist untuk join pun dah cukup buat our team sebenarnya. tapi apa salahnya if Digi and Nuffnang nak bagi hadiah untuk i sebab i buat 'orang kuning digi' ni? :P hikhik.



ramai sangat yang tegur dan minta nak ambil gambar weols dengan orang kuning ni sambil tanya macamana i buat, ambil masa berapa hari, and sekali dengan puji "its so cute!!". thankyou so muchhhh T______T you guys tahu tak tangan i melepuh sebab menjahit dan memegang jarum? :(( tapi tak apa. i melakukan yang terbaik untuk Digi Pimp My Challenge Day.

i bangga dengan diri sendiri. i bangga dengan team i. sebab semangat tak pernah buat weols putus asa.



semua nuffnanger yang join Digi Pimp My Day Challenge, dapat free simcard Digi Internet tau. percuma 5 hari dari tarikh activation. huwaaaaa. i need to change to digi broadband!!! dah lah turbo 3G compatible. memang seronok habisssssss. semalam i guna Digi internet broadband pun sangatlah laju and i rasa nak bawak balik je broadband yang Digi bagi tu tapi mana boleh, kena pulangkan hoii. hihi :D

Saturday, January 9, 2010

Digi Pimp My Day Challenge



DiGi Pimp My Day Challenge is A.W.E.S.O.M.E!


Rara mengambil masa sehari suntuk untuk menyiapkan 'orang kuning' ini :P and and, sepanjang contest ni, ramai yang tegur kitaorang just because 'orang kuning' iniiiii. yey.


ini digi broadband yang DIGI sediakan untuk semua nuffnanger. wahh digi broadband ternyata hebat. sangat pantas!


ini team kitaorang; THE HUNTER. Dari kiri; Mel, Rara, Ynn, Saffa.

Digi Pimp My Day Challenge with Celebrity Fitness






First kitorang start dengan celebrity fitness dan sampai disana kitorang dapat tau yang kitorang kene lari 800 meter pakai treadmill . Memang gila penat la waktu itu , apa-apa pun tabik spring dekat ynn sebab dapat habiskan jugak larian 800 meter dengan sokongan padu teamwork THE HUNTER .

Digi Pimp My Day Challenge with QuickSilver



Memang berpusinglah nak cari tempat QuickSilver sebab guard kata dekat atas tapi ada pekerja restoran tuh plak cakap kat bawah , apa² ada kakak sombong taknak bagi tau kitorang kat mana QuickSilver sebab dia kata "kena cari sendiri". Dekat QuickSilver nie , kitorang kena pakai baju QuickSilver dan Pose , tak kiralah nak pose maut ke apa . miahaha. Macam model gitu !

Digi Pimp My Day Challenge with Swatch



Tempat nie sememangnya sangat senang dicari gitu ! tapi menguji tahap kreativiti kitorang terhadap marketing gitu ! . Depa suruh kitorang buat advertisement tentang DIGI INTERNET dengan SWATCH . Kitorang kena jadi pelakon selama 30 saat jer .

Digi Pimp My Day Challenge with Mardi Grass



Ini memang takleh blah gila sampai nak gila kitorang . Cuba teka kitorang nak kena buat apa ?
Kitorang kena menari siot!!! macam apa² tah miahahaha . dah la atas stage , pole dancing plak tuh miahaha . Kitorang ditugaskan untuk menari dengan tema ATHLETIC .

Digi Pimp My Day Challenge with Digi

Kat sini kitaorang diuji dengan kepantasan masa kitaorang add dua lagu dari Lady Gaga and Akon kedalam playlist wesite Digimusic! 3 minit! Not bad lah kan sebab kitaorang tak pernah ;og in pun Digimusic tu. Tapi macam BESTTT GILER kowr website tuuu!

Digi Pimp My Day Challenge with Rain Forest 1

Game nie plak menguji kemindaan kitorang gitu . Kitorang kena tengok Youtube dan selesaikan satu CODE/ Puzzle . Clue dia DICTIONARY IN YOUR HAND ! apa punya dictionary aku pun tatau la . tapi Saffa dapat idea tiba² nak tengok Phone Msg !. Dictionary T9 dan dapatlah kitorang selesaikan puzzle tuh haha..

Digi Pimp My Day Challenge with Rain Forest 2

BULL EYES! . kitorang bertukar menjadi orang asli plak . hahaha Sumpit² sana sini . Angin memainkan peranan dalam menentukan markah kitorang ! Fizik gitu ! Dan yang sedihnya , ini adalah cabaran Terakhir yang mampu kitorang selesaikan ! Huhuu

Digi Pimp My Day Challenge with HomeRun

Game nie kitorang dapat jumpa ! tapi Judge cakap kitorang dah terlambat untuk memukul bola !. So kitorang berpakat untuk balik ke MARDI GRAZZ dengan Happy sebab kitorang dah berjaya menyelesaikan 7 cabaran daripada walaupun team kitorang tak pernah datang OU dalam seumur hidup !

Perasaan Kitorang selepas DIGI PIMP MY DAY CHALLENGE

RARA.

fuhhhhh i sekarang tengah join contest DiGi Pimp My Day Challenge. seriously i tengah penat sekarang. sambil update ni sambil suap mulut dengan makanan yang very sedap. makanan pun free tau. best tak digi dengan nuffnang niiii? walaupun penat i rasa sangat berbaloi-baloi sebab contest ni memang fun sangat sebab semua team bekerjasama tau.

SAFFA.

Two Words: FREAKING TIRED. Tapi FUN! Untuk Digi Pimp My Day Challenge ni Saffa memang buat banyak sangat perkara yang Saffa tak pernah terfikir pun akan buat!Terutamanya 'So You Think You Can Dance' tu! Hahha.. Serius Saffa rasa macam WOOAAHHH. It was GREAT.

Frankly. Saffa mula-mula rasa awkward sebab first time jumpa rara dengan ynn and mel. Tapi, terima kasih dekat DiGi Pimp My Day Challenge and Nuffnang sebab anjurkan contest ni! Bukan setakat rapatkan Saffa dengan team je, tapi rapat dengan team lain jugak. =D

LIYANAA.

first challenge (celebrity fitness) kite org kene lari 800m, 2round kau tahu? memang serius penat habis lah wehh, i rasa i dah turun 10kg punya lah penat aku lari, aku jalannnnn and lastly dalam masa 10min berjaya hoi habiskan 2round. ngehhh HAHAHAH sebab first challenge memang terlampau mencabar kredibiliti orang kurus macam i, so i dah semput untuk challenge kedua and ketiga and ketujuh kelapan terus. okay fine even semput, my team and i memang have fun habissssss. memang lah siapa tak rugi digi pimp my day challenge sangat rugiiiii ( i dah turun 10kg, anda bila lagi? ) KAH KAH KAH

MELZ

Sememangnya DIGI PIMP MY DAY teramat best sehinggakan aku tak leh nak cakap apa dah er.. Apa² pun hari ini walaupun penat gila perrghhh TERBAIK! Cabaran yang paling mencabar adalah Celebrity FITNESS.



Beberapa jam saja lagi


hish. i berdebar sangat ni. dup dap dup dap i rasa T_________T

jantung i macam nak gugur. kejap lagi dah nak pergi fetch up liyanaa.com dengan saffawati.com. i rasa macam sangat takut. takut tu macam takut nak ambil test JPJ tahu tak? macam nak ambil peperiksaan dekat dewan besar sambil diperhatikan oleh pengawas. pfft. macam ada lecturer garang yang memerhatikan i kalau-kalau i tiru ke. eee i takutlah.

by the way, you guys yang datang one utama kejap lagi, tegur i. jangan tengok dari jauh je. karang dah balik rumah tetiba ada message dekat shoutbox cakap nampak i lah apa. nak kena lah tu T_____T

20 team x 4 orang = bermakna 80 orang yang join event kejap lagi. ramainyaa. takutlah i.

hati i tengah berdebar sangat ni sampai i tak boleh nak drive. nasib baik lah i dah ada driver untuk hari ni.

tak ada mood nak gelak sekarang sebab hati, tangan, kaki, seluruh badan i menggigil je. pfft.

okay, apa lagi, pergi bentang sejadah, pakai telekung, doakan team i.

Friday, January 8, 2010

Contest: Digi Pimp My Day Challenge dan orang kuning saya





semalam i bangun awal semata-mata nak siapkan empat orang kuning dalam satu hari. terus tak sempat makan minum apa dah, i terus pergi melukis dan menggunting felt T______T

harap nuffnang tahu betapa banyak pengorbanan i untuk join event DiGi Pimp My Day Challenge tu.



i ni tak lah pandai melukis tapi boleh dikatakan yang boleh diharaplah untuk melukis di antara adik beradik i. ecewah. kak cujie pun pandai melukis jugak tapi tak adalah secantik lukisan i. pfft. angkat bakul masuk sendiri. heh.



bila dah siap melukis, i tekap dekat felt. and guntinggggg orang kuning.

budak-budak dekat twitter dah sibuk tanya i apa benda orang kuning. team i kan terpilih untuk join event DiGi Pimp My Day Challenge. alhamdulillah sangat at last weols terpilih jugak. bukan senang tahu? punyalah ramai yang submit email untuk join event tu tapi tak berjaya. weols yang submit last minute pun diterima. thankyou so much nuffnang and digi.



nametag nama i untuk esok. eh esok lah event tu! tak sabarnyaaaaaa T_________T nak menang laptop. nak menang voucher levis rm300. please pleaseeee. harap-harap usaha i membuat orang kuning dan juga drive dari jb-kl yang memakan duit minyak dan duit tol sebanyak rm200 adalah membuahkan hasil T___________T

hoi nametag tu idea i tau. jangan curi :P i nak nuffnang and digi senang cam team i. heh.

okay dah. i nak bagitahu you guys yang comel-comel semua, i akan bertolak dari jb ke kl lebih kurang pukul 2 petang nanti. you guys doakan i drive dengan selamat. psssst. kali ni i bawak ramai orang ke kl. i bawak syafi, mama, adik and cousin i, su. hihi. mama saja nak bawak cousin i tu since dia baru lepas spm :D

doakan i selamat, doakan team i menang laptop dan doakan team i menang voucher levis rm300 juga. kita kasi bolot semuaaaaaaaa. hikhik.

and and, untuk team lain yang terpilih juga, tahniah dari i dan kita jumpa disanaaaa.

eh you guys yang boleh datang one utama esok, please datang bagi support untuk kitorang and kalau boleh bawak sepanduk, bawak team kepompom girl pun dialu-alukan. hihihi. demand pulakkk. event esok start pukul 4pm tapi weols kena ada dekat ou around 2.30pm gitu. aww. jom lahh datang kita kasi gegar one utama :P