Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Sebab-sebab lelaki menjadi 'kaki perempuan'



Hari ini I check website Nuffnang dan benda wajib I tengok mestilah analytics. I suka ambil tahu siapa yang keluar masuk blog I ni. Selalunya orang terjah blog I dalam diam, takda tegur atau apa. Lepas tu I buatlah terjahan balik ke blog dia. Pun sama. I terjah takda tegur. Heh. And bila I beralih kepada keyword section, I rasa macam nak gelak. Siapa punya kerja ni?



Siapa punya kerja baik mengaku cepat heh. I rasa yang google tu adalah sama kaum dengan I. Dan dia mencari tahu kenapa lelaki kaki perempuan. Adakah beliau dalam dilema? Atau rakan beliau? Err atau berlaku dalam keluarga beliau? Mintak simpang -_-'

Okaylah, I nak bantu beliau menjawab pertanyaan itu. I ni tak lah professional tapi ikut akal fikiran I sendiri lah jawapan I ni.

#Sebab-sebab lelaki menjadi 'kaki perempuan'

Pertama, mungkin sebab kaki dia tak cukup bulu, atau pun dia selalu cukur bulu kaki, sebab tu nampak licin macam kaki perempuan. Err okay tak tak, main-main saja. Menurut I, tak semua lelaki macam tu. Kalau nakal-nakal sikit suka kacau perempuan, lumrah lah lelaki macam tu. Remind you, tak semua lelaki macam tu. Kadang-kadang kita nampak je dia suka kacau perempuan, tapi dia sekadar suka-suka je. Tak lah sampai nak curang ke apa. Atau erti kata lain, isi masa lapang. Heh.

Kedua, tak boleh salahkan lelaki seratus peratus. Kadang-kadang, salah perempuan jugak. Bila ajak keluar, tak boleh. Bila ajak kahwin, belum ready. Bila sibuk, tak fikir pasal boyfriend/tunang/suami langsung. Lelaki pun rasa tercabar lah. Sunyi pun satu.

Ketiga, lelaki ni memang gatal. Eh remind you again, tak semua lah kan. Kebanyakkan lelaki memang gatal. Selalu je I jumpa lelaki yang nafsu tinggi sangat sampai tengah bawak awek/tunang/bini atas motor pun, sempat kenyit mata dekat perempuan. Gatal kan? Bergantung dekat individu lah. Kalau dia setia, setia jugak heh.

Keempat, pun I nak cakap, salah perempuan jugak. Gaduh sikit, terus mintak putus, terus mintak cerai. Gaduh sikit, terus pergi sembunyikan diri. Yang dah kahwin pergi balik rumah mak bapak. Yang belum kahwin, pergi lepak rumah kawan. Kononnya nak lari dari masalah. Ingat lelaki suka? Ingat lelaki nak layan? Ingat lelaki nak pujuk? Heh. Kalau dah selalu sangat buat tindakan ikut perasaan, lelaki pun carilah perempuan lain. Lagi enjoy. Lagi best.

Kelima, kalau hubungan tu dah renggang, memang susah nak cakap. Lelaki fikir perempuan tu ada orang lain, perempuan pulak fikir lelaki ada orang lain. Lepas tu masing-masing sendiri cari lain. Dah bosan punya pasal. Haha.

Keenam, perempuan cuba jangan cabar kewibawaan lelaki. Jangan suka-suka nak keluar kata-kata kesat, jangan mudah nak maki hamun, jangan cuba nak pertikaikan tentang tanggungjawab lelaki. Lelaki benci perempuan yang tak respect dia. Kalau lelaki tu respect you, please respect him too.

Okaylah, itu je kot yang I dapat kongsikan jawapan kepada soalan keyword tu.

Pesanan untuk perempuan: Bawaklah bersabar. Jangan cepat naik angin sangat. Cool kan keadaan. Lepas tu discuss secara comel. Cipta memori indah. Kan lagi best?

Pesanan untuk lelaki: Janganlah menggatal sangat! -_____-' Dapat balasan nanti tak ke haru?

Bye.

Tuesday, February 16, 2010

Pertunangan Raracandyfloss.com



Fuhhh. Lamanya I mendustai blog Raracandyfloss.com ini. Oh no. I bukan mendustai, tapi melupai beberapa ketika. Hek. Bukan lama pun sampai cecah sebulan tak update. Ini belum uruskan wedding sendiri. Agaknya nanti dah dekat persiapan, dua tiga bulan lupa blog. Habislah earning Nuffnang yang belambak T____T Hek, belambak lah sangat. Tak boleh challenge dengan Innity heh. Innity approved Raracandyfloss.com tau, tapi I tak nak curang dengan Nuffnang, yes I love Nuffnang banyak-banyak. Ada events, ada contest, cukup cukup cukup.

Eh entri ni bukan nak cerita pasal Nuffnang mahupun Innity. Pilihan dihujung jari anda. Pfft.



Haa. Kan dah letak gambar bulan madu. Eh bukan bukan. Gambar manis macam madu. Memanglah pasangan ini tak comel tapi dia rasa macam boleh tahan lah daripada macam syok sendiri. Yes yes, I bangga ada bakal-suami-yang-sangat-sayangkan-I. Heh. Tak biarkan I sendirian, tak pernah biarkan I sunyi. Tak pernah buat I terabai atau rasa macam tak ada boyfriend ke camana entah. Tak ada, tak ada. Semuanya baik-baik saja and I rasa lengkap sangat dah. Jom lah kahwin sekarang, sayang? Hekk.

Oh lupa. Pasangan ini tidak meraikan hari Valentine heh. WTH with Valentines? Pui!

Gambar adalah diambil semasa I sedang penat baru balik dari Pontian dan lepas itu ke Jusco Bukit Indah dan lepas itu jumpa Syafi dekat rumah, tiba-tiba Syafi dengan rakan-rakan dah sampai. I kelam kabut bawak kereta sebab banyak tempat nak kena bawak Angah and lepas tu pergi Angsana ambil sirih junjung. Eh lepastu penat macam nak kasi penampar semua orang T__T



Khemah dah siap pasang, cantik sekali. Oren + putih. Kerusi meja semua dihias cantik-cantik. Macamana agaknya kalau owner Raracandyfloss.com kahwin nanti? Tema warna apa? Khemah ada berapa? Comel dia macamana? Siapa nak datang? Siapa nak datang?



Ini dia cupcakes yang I dengan family pergi ambil dekat Yong Peng masa on the way balik JB hari tu. Serious sangat puas hati. Walaupun I tak dapat merasa, tapi tak apa, nanti I nak order cupcakes untuk sedapkan tekak sendiri. Terliur kot tengok gambar ni. Nanti kita buat cupcakes Chelsea + Hello Kitty theme heh?



Baju biru muda tu suami Mak Mah. And Pak Cik adalah wakil bagi pihak perempuan. Bila orang Penang cakap nak sunting bunga, Pak Cik tanya macam ini:

"Dekat rumah ni ada dua bunga. Itu ada masalah sikit tu. Ada dua bunga. Jadi yang mana satu?"

I ada dekat ruang tamu masa itu terus malu T___T Orang semua dah pandang I, jadi nasib baik wakil pihak lelaki sebut nama Angah. Ewahh. I adalah bunga yang tunggu hari kebahagiaan, mana boleh sunting lagi dah :P

Dalam pukul 12.30pm, keluarga pihak lelaki dah datang dah T_______T Angah gementar, I menggeletar. Pfft. I menangis kot tengok Angah dah nak disunting. Ehem. Masa bincang-bincang tu tetiba hati I sebak macam I pula yang nak disunting. Eh nanti I kahwin, confirm banjir satu JB ni. I rasa I tak boleh tahan. Mesti I menangis sampai makeup tertanggal semua sekali. Apalagi bulu mata pelesu, confirm tercabut HAHAHA.







Makeup artist by; Amy Bridal Gallery.
#01, Jalan Orkid 1,
Taman Orkid, Johor Bahru.
07-2388380

Thankyou kepada semua tetamu yang diundang seramai lebih kurang 150 orang yang datang. Majlis berjalan lancar and meriah sangat. Family pihak Abang Azam pun datang ramai dari Penang. Heh. Bayangkan dari Penang-JB? Huih kalau I yang drive, confirm tercabut tangan dengan kaki dengan pinggang dengan tengkuk, habislah rangup seluruh badan. Nasib baik family Syafi dekat KL je. 3 jam setengah sampai dahhhh.





Ramai family from Singapore yang datang. Boleh dikatakan 99% yang datang. Alhamdulillah. And seronok sangat dapat jumpa family belah arwah Abah. Harap-harap hubungan kekeluargaan tu kukuh walaupun arwah Abah dah tak ada. Tapi kalau arwah Abah ada, mesti Abah happy tengok Angah bertunang. Kan? Tapi mesti jugak airmata Abah keluar sebab tengok anak dia masing-masing dah nak mulakan hidup baru. Dulu kecik je, sekarang semua dah besar dah, dah boleh hidup sendiri =_______="

After majlis selesai, I bawak Angah, Abang Azam & his friends, pergi Puteri Harbour, Kota Iskandar. Pemandangan cantik untuk photographer. I recommended. Kalau wedding nanti ada rezeki nak sewa boat, RM300 - the crew bawak pusing laut Selat Tebrau tu.





Alhamdulillah selesai semuanya. Kita tunggu owner Raracandyfloss.com buat announcement pulak. Heh. Jangan tanya bila, bila, bila. Once I dah confirm this March, I terus buat announcement. Tak payah risau. Doakan yang terbaik. Amin. And and, boleh jugak nak countdown untuk Angah. Maybe end of May tahun depan. InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan.

Wednesday, January 20, 2010

Why I Like It Longer


empat hari lepas, i tengok website nuffnang, ada buat contest LG. just write a blog entry about ‘Why I Like It Longer’ dan tiga entri terbaik bakal memenangi LG BL40 New Chocolate setiap seorang. i sangat berkeyakinan tinggi untuk buat entri memandangkan hadiah sangat diidamkan oleh i sendiri.


nasib baik nuffnang sangat friendly dan reply pertanyaan i ni :D and this is..

'why i like it longer'




since i dah terjebak dalam dunia crafting felt, lebih baik i share dengan you all why i like it longer. i suka beli felt fabric yang lebih panjang berbanding yang pendek (merujuk gambar). i memang cenderung beli felt fabric yang lebih panjang sebab ia bermaksud felt tersebut lebih besar dan boleh digunakan dengan banyak. walaupun agak mahal sedikit, tapi bagi i, sangat berbaloi. kualiti dan harga yang sama, tapi kalau ada yang lebih panjang, mestilah i akan memilih yang lebih panjang dan besar!



masih dalam dunia crafting felt, i lebih suka gunting yang lebih panjang. senang nak potong felt. kalau i potong felt menggunakan gunting yang pendek (rujuk kepada gambar) i feels like it too complicated and it will make my fingers hurt!



plus, benang pun i tak suka yang pendek. why i like it longer because i rasa membazir beli benang yang pendek since benang yang lebih panjang itu adalah lebih banyak kuantiti berbanding yang pendek. so i boleh pakai lama and tak perlu asyik beli benang. harga mahal sikit tak apa, yang penting memudahkan i.



oh ya. jangan lupa. why i like it longer just because i am too short with height 156cm only. hihi. *blushing*

oh don't forget one more 'special thing'! why i like it longer..



mempunyai 3G HSDPA 900/1200. ini adalah salah satu benda yang penting i perlukan. well, my fiance sekarang ada dekat KL, while i'm in JB. jarak sangat memisahkan dan 3G menjadi penghubung antara i dengan dia. LG BL40 New Chocolate yang semakin panjang dan bukan slide ini sangat menepati citarasa i. as you know, i kurang suka mobile phone slide type.


LG BL40 New Chocolate seberat 129g ini sangat slim. slim like me, maybe? ahaaa. this is why i like it longer! nipis dan tak tebal macam slide type! and it make the LG BL40 New Chocolate are so sexy!


i dah buat crafting felt for phone casing. it special for LG BL40 New Chocolate! :D why i like it longer, LG BL40 New Chocolate adalah S-Class Touch UI. dan ia menjadikan LG BL40 New Chocolate sangat selesa dan sesuai untuk berinternet dengan aplikasi Wi-Fi 802.11 b/g, DLNA! wowwww! bagi yang addict berblogging macam i, sangat sesuai kan? this is why i like it longer! nak online pun senang, it have the big big big screen!




qwerty thumboard! this time though qwerty keys are big enough and it is much harder to tap the wrong key. OMG. kerana panjangnya LG BL40 New Chocolate, ia sangat memudahkan user. senang cakap, very friendly user lah!



whoaaaaaaa! why i like it longer sebab i boleh tengok video dengan screen yang besar! 4" tuuu! i'm in love with LG BL40 New Chocolate! i want it so badly now. please?


why i like it longer? the length of the phone actually is pretty unique!


see? kalau i pakai dan gantung dekat leher pun sangat sesuai kan? this is one more of the reason why i like it longer ; unique design!

actually, very nice design, just like anothers LG. but this time, it more longggg and more nice too ^___^

the phone is great especially with the 21:9 aspect ratio movies work just great giving out great sound with the dolby great surround sound technology. i think LG BL40 New Chocolate the greatest phone this year!



OMG!!!!!!!! i berharap sangat i akan menerima calls dari nuffnang and LG dan beritahu, i adalah salah seorang daripada pemenang 'why i like it longer'.

you all tengoklah sendiri kalau LG BL40 New Chocolate diletakkan di atas meja, sangat unique dengan saiz yang panjang dan warna yang very exclusive.

serious talking, this is the awesome phone to be owned!


Tuesday, January 12, 2010

My new baby



oh hello hello. nak buat announcement sikit. result untuk DiGi Pimp My Day Challenge belum tahu lagi tau. so takyah tanya i apa-apa please. i kecewa lah setiapkali you guys tanya and i kena jawab satu per satu. well biasalah, hadiah pun lumayan so DiGi and Nuffnang kenalah buat result yang terbaik kan.

oh by the way, hari ahad lepas, i dengan family keluar pergi masjid jamek. angah nak beli ribbons untuk hias dulang hantaran dia nanti. yelah orang nak bertunang. i tak mampu nak support sikit, so i berjasalah sikit bawak angah pergi masjid jamek. heh. jasa peluh nama dia. pfft. padahal tak lah berpenat lelah pun T______T

weols masuk SSF lepas tu i terus nampak mini beauty dalam balang. eh. mini beauty ni taklah mini macam yang biasa tu. dia besar tau. before ni kan i pernah beli mini beauty, tapi memang betul-betul mini. tapi yang kali ni dia besar tau :D



see? comel kan dia? kak cujie pun beli satu tau. tapi tammo lah i tunjuk picture mini beauty dia. biar dia sendiri tunjuk dekat blog. hik. kak cujie punya pink color T______T i yang nak dulu, tapi dia nak sangat yang tu, sebagai adik nasiblah i mengalah. bluek.



lepas tu i jalan-jalan lagi on the that day, i jumpa brooch yang comel. eee kalau bab-bab brooch comel ni memang i rembat je tak kiralah berapa harga dia. confirm i akan fikir "NAK, NAK, NAK". heh.



i beli tujuh biji brooch. hik. ada lagi pattern lain tapi i rasa macam mahal pfft. dapat tujuh biji pun jadilah. mula-mula i ingat nak jual saja, tapi tak jadi i rasa sayang menyayang pulak. hekk.



oh by the way, syafi busuk masam i tu (panjang betul nama dia i bagi) masuk magazine. cuba teka magazine apa? cubalah teka, cubalah teka. hesh. pemalas betul you guys ni tahu tak?


*
**
*

tettt. magazine 'JELITA'. i tak surelah pulak betapa 'jelita'nya syafi i tu. setahu i dia cuma macho saja. lol.

pfft. apa salahnya if i nak puji bakal suami i sendiri kan? takda salah kan? okay fine, i tahu i ada hak nak puji dia. wek. ehem. tadi kitaorang pergi jumpa mak andammmm (tammo cerita yang nii. wekk lagiii)





gambar terbaru. haa. baru petang tadi tau. before pergi mydin dengan mama and busu lehan. ecewah ecewah wah wah wah.

okaylah dah penat membebel and you guys pun dah penat baca kan? babai.

Friday, January 8, 2010

Contest: Digi Pimp My Day Challenge dan orang kuning saya





semalam i bangun awal semata-mata nak siapkan empat orang kuning dalam satu hari. terus tak sempat makan minum apa dah, i terus pergi melukis dan menggunting felt T______T

harap nuffnang tahu betapa banyak pengorbanan i untuk join event DiGi Pimp My Day Challenge tu.



i ni tak lah pandai melukis tapi boleh dikatakan yang boleh diharaplah untuk melukis di antara adik beradik i. ecewah. kak cujie pun pandai melukis jugak tapi tak adalah secantik lukisan i. pfft. angkat bakul masuk sendiri. heh.



bila dah siap melukis, i tekap dekat felt. and guntinggggg orang kuning.

budak-budak dekat twitter dah sibuk tanya i apa benda orang kuning. team i kan terpilih untuk join event DiGi Pimp My Day Challenge. alhamdulillah sangat at last weols terpilih jugak. bukan senang tahu? punyalah ramai yang submit email untuk join event tu tapi tak berjaya. weols yang submit last minute pun diterima. thankyou so much nuffnang and digi.



nametag nama i untuk esok. eh esok lah event tu! tak sabarnyaaaaaa T_________T nak menang laptop. nak menang voucher levis rm300. please pleaseeee. harap-harap usaha i membuat orang kuning dan juga drive dari jb-kl yang memakan duit minyak dan duit tol sebanyak rm200 adalah membuahkan hasil T___________T

hoi nametag tu idea i tau. jangan curi :P i nak nuffnang and digi senang cam team i. heh.

okay dah. i nak bagitahu you guys yang comel-comel semua, i akan bertolak dari jb ke kl lebih kurang pukul 2 petang nanti. you guys doakan i drive dengan selamat. psssst. kali ni i bawak ramai orang ke kl. i bawak syafi, mama, adik and cousin i, su. hihi. mama saja nak bawak cousin i tu since dia baru lepas spm :D

doakan i selamat, doakan team i menang laptop dan doakan team i menang voucher levis rm300 juga. kita kasi bolot semuaaaaaaaa. hikhik.

and and, untuk team lain yang terpilih juga, tahniah dari i dan kita jumpa disanaaaa.

eh you guys yang boleh datang one utama esok, please datang bagi support untuk kitorang and kalau boleh bawak sepanduk, bawak team kepompom girl pun dialu-alukan. hihihi. demand pulakkk. event esok start pukul 4pm tapi weols kena ada dekat ou around 2.30pm gitu. aww. jom lahh datang kita kasi gegar one utama :P

Tuesday, January 5, 2010

Felt : Hello kitty shape



hai. dah dua hari i tak update. i busy dengan contest DiGi Pimp My Challenge yang i dengan team i join. heh. doakan kitaorang dapat join contest tu tau. serious i nak sangat masuk challenge tu and kalau boleh nak menang T____________T

eh jom mulakan hari dengan senyuman =D

i ada buat satu lagi item from felt fabric. tadaaaaa.





mata dengan hidung hello kitty tu i jahit pakai benang, tak pakai tampal guna felt. hihi.



of course yang ni pun i sumbat kapas bagi gemuk. bweheheh. btw, i dah start dapat order dari my readers. insyaAllah i akan buat yang terbaik.

ok ok ok. love you all my lovelies.

Saturday, December 26, 2009

Nuffnang : Hasil berblogging



i want nobody nobody but you :P - i tengah layan lagu ni masa taip entri. heh.

you guys tahu tak cheque nuffnang i untuk bulan oktober dah sampai rumah dan dah pun i cash deposit kan dan dah pun ada dalam account bank i? hihi. alhamdulillah. i terus keluarkan rm200 daripada duit tu and bagi mama; duit untuk hajikan arwah abah i. mama minta setiap seorang adik beradik i rm200. and you guys tahu duit yang i bagi tu adalah hasil usaha i dari berblogging? syukur sangat ada jugak income lebih.



so dua hari lepas, i ajak family i pergi city square jb. yelah. alang-alang kan you guys, angah i dengan bakal tunang dia ada dekat sini. bweheheheh. we olls pergi city square sebab i nak beli jco donut T_________T



bila dah dapat jco donut satu dozen yang berperisa oreo kesemuanya, i beli pulak mcflurry oreo jugak. heh memang hantu oreo betul lah family i ni. dari dulu sampai sekarang semua pun pilih oreo je. hikhik. kalau you guys perasan, dalam gambar dekat atas ni, pipi i nampak chubby sangat. i memang suka sangat lah kan kalau gambar menampakkan diri i ni gemuk.

lepas tu we olls singgah sasa boutique tau you guys. i lah, nak beli brushes lagi. tak cukup-cukup. haa ni pun i beli guna hasil nuffnang. weee.

balik dari city square, we olls pergi amy's bridal dekat taman orkid pulak =)

lepas tu we olls pergi makan-makan dekat taman perling.





gelak punya gelak, makan punya makan, minum punya minum, bincang punya bincang, we olls pun balik rumah. eh tak tak. sebelum balik rumah kan, we olls pergi beli cd pirate heh. drag me to the hell dengan phobia 2. phobia 2 tu i yang recommend sebab i suka cerita tu. haa lepas tu baru lah balik rumah. sambil nak tunggu angah pasang movie tu, sambil tu we olls melantak lagi.





alhamdulillah lagi sekali sebab i dapat belanja family i makan jco donut ni. kali ni hasil duit nuffnang i memang berbaloi-baloi. bwehehehehh.