Showing posts with label lappy. Show all posts
Showing posts with label lappy. Show all posts

Friday, January 1, 2010

Kaspersky antivirus 2010 activation code



berdebar rasanya nak taip entri untuk tahun baru. treng trenggg. nervous gitu macam seram sejuk tangan, macam menggigil satu badan, macam fuhhh. akhirnya kita semua dah melangkah ke tahun dua ribu sepuluh. i rasa macam tak percaya. banyak betul kenangan manis sepanjang dua ribu sembilan. rasa sayang nak lepaskan tapi apa boleh buat, life must go on and kita anggap tahun-tahun lepas sebagai kenangan terindah dalam hidup. ecewah.

penuh penantian. penuh debaran. debaran sehati blog. aik? bwehehehh.

okay fine. i memulakan tahun baru i dengan cukup perfect. tiba-tiba i menang contest macam 'tinggg!'.



i pun tak ingat entah bila i join contest ni. contest ni senang je i masuk. drop comment dekat entri dia and tinggalkan email. i macam tak sangka lah menang. kot-kot owner blog dia main-main je. eh tiba-tiba macam 'tinggg!' betul rupanya. hekkk kau lah rara.



i menang tanpa bertanding rupanya.

nasiblah. rezeki tahun baru i kan. dapat jugak activation code kaspersky antivirus selama setahun. wah gituu kan. owner blog yang buat contest ni, i sendiri dah tak ingat url blog dia. kalau you baca entri i ni, please bagitahu and i will give you a credit.



macam 'tinggg!' tiba-tiba laptop delly pinky i ni dah ada kaspersky antivirus tau you guys. ingat senang nak dapat free macam tu? kalau tempoh trial 30 hari tu memang lah boleh download dekat mana-mana. haa. tarikh expired activation codes ni sampai 01012011. marbelesssss.

rupa-rupanya kan you guys, laptop i mengandungi virus trojan yang terdapat dalam folder psp game yang kak cujie download through laptop i. fuhhh. patutlah delly i semput je. heh.

amboiiii you guys kan wish happy new year untuk i, tak sah kalau tak tulis gini "tak sabar nak makan nasi minyak" amboiiiii. karang i bagi makan nasi putih lauk kampung je baru you guys tahuuuuu :P

Wednesday, October 28, 2009

Melayang lima ratus ringgit



habis melayang duit berjumlah lima ratus. tetttt.

masa i sibuk nak beli gadget baru lah ada je benda rosak. cabaran betul. camera rosak, laptop rosak, handphone pun dah nak kena masuk tong sampah. i tengah fikir nak pakai handphone apa yang camera dia bagus, ada wifi, ada 3g and design ada style. kalau ada, tolong cadangkan. tapi jangan cadangkan blackberry sebab i dah tengok review dia, semua camera tak menepati citarasi i. and and kalau boleh tak nak touch screen, leceh nak sms masa driving. heh.

i memang ingat duit cpf singapore arwah abah tu nak kasi dekat mama je. tapi dah macam-macam benda pulak rosak and dapat pulak adik beradik yang kurang faham perasaan orang bila semua benda yang penting dalam hidup i dah rosak. i nak buat macamana. i kena lah beli gadget baru tu kan. paling penting, handphone lah. serious i kena beli sebab i memang tak suka pinjam handphone orang. sebab i jenis tak suka bila orang pinjam barang i. jujur cakap.



laptop i TERjatuh. bukan salah i. terbukti. memang bukan salah i. mama sendiri nampak. adik sendiri nampak. malang tak berbau. bag yang i bawak tu suwey. tali dia putus. habis nak buat macamana. bag tu bukannya bagitahu i macamni;

"hoi. tali aku nak terputus dah ni. baik kau hati-hati"

serious bag tu tak bercakap sepatah haram dengan i. tolong percaya. dia memang tak ada cakap apatah lagi pesan dekat i. warranty dah habis. i tak sambung warranty after setahun. i beli laptop ni dekat mid valley megamall. rajin lah pulak i nak pergi balik kl semata-mata sebab laptop ni. nekad. pergi je bawak dekat kedai komputer gelang patah tu. lima ratus ringgit malaysia kalau nak ganti baru. untuk kakak kecintaan hati, i dahulukan duit mama bukan bermakna i menggunakan duit mama untuk repair laptop i. i dah cashout nuffnang i semalam and bila dah tunaikan cek, i bagi semua duit tu dekat mama. ada balance dari duit tu, of course ada, semua i bagi mama. so tak payah risau risau.



bukan boleh repair. screen laptop kalau dah rosak, kena ganti keseluruhan screen lah. so better you guys jaga laptop elok-elok. terhentak sikit je dah boleh melayang lima ratus ringgit malaysia. yang pakai dell terutamanya, hati-hati. dell sangat sensitif.

nasihat untuk orang yang berkenaan; please jangan pandang rendah dekat i sebab i akan buktikan one day dekat you, you silap besar hina-hina i beberapa malam lepas.

dah berapa entri tak sebut nama syafi? okay kali ni nak sebut lah. rindu dekat dia. i love you, sayang.

Wednesday, September 30, 2009

Happy anniversary @fwzynn



liyanaa.com ; kawan baik i. selalu kongsi macam-macam cerita. kalau dah berborak macam tak boleh nak stop tapi once masing-masing busy, senyap sekejap. lepas tu mula balik cerita itu ini macam biasa. siapa datang raracandyfloss.com for sure tahu siapa liyanaa.com, kan? ramai yang ingat we all ni kawan since zaman kanak-kanak. and ada yang ingat we all ni duduk dekat kawasan rumah yang sama. heh. bukan itu je, ramai yang ingat we all pernah di satu sekolah yang sama. padahal kitaorang baru kenal lebih kurang dua tahun sahaja. bila dah berborak dengan ynn dekat shoutbox, i dah macam tak berapa layan orang lain dah. heh. teruk betul. okay fine lepas ni i tak buat macam tu lagi dah. ini serious :P



semalam (29 september 2009) adalah hari ulangtahun kedua ynn dengan faweez. ulangtahun diaorang pun lebih kurang dengan ulangtahun i dengan syafi; september 2007. sweet kan? first time i jumpa ynn, masing-masing bawak orang tersayang masing-masing. gambar dekat atas ni i capture tanpa pengetahuan ynn and fwz tau; dekat rumah ynn. happy 2nd anniversary korang :)

lagi persamaan kitorang; memiliki dell inspiron 1420. cuma beza warna sahaja. ynn ada reddy; i ada pinky. hihi. lagi persamaan; ada makhluk berbulu tebal yang comel. ynn ada chibi; i ada oliey. eceh. sumpah i sayang gila dekat ynn. tak dapat bayangkan macamana kalau friendship kitorang terputus =____="

tipulah kalau kitorang tak pernah ada perselisihan faham. pernah juga. melibatkan hati dan perasaan lagi. sampai kitorang macam tak tegur pun. but then, kitorang discuss cara baik. tak ada lah sampai cakap bukan-bukan ke apa. i still respect dia, and dia jugak. apapun, sekarang kitorang baik-baik sahaja. ada yang cakap kitorang dah macam siblings. hee betul ke?

btw, happy 2nd anniversary faweez iqram and nur liyanaa; sayang hubungan korang. jaga elok-elok. trust each other tau?

Tuesday, September 15, 2009

Laptop manis



Hello loves. Ingat lagi tak masa I pergi City Square dengan terbusuk
termasam I tu baru-baru ini By the way, masa itu Syafi belanja I
beberapa keping fabric reform sticker and beberapa keping girly sticker.
I memang dah lama sangat nak decorate laptop I ni menjadi very girlish
supaya I kelihatan terlalu kempunan keperempuanan. I tak mahu ada sedikit
pun boyish dalam diri I ni. I akan cuba sedaya upaya untuk mengejar cita-cita
ku di mercuuuuu
( Baiklah I suka betul dengan lagu Ayu OIAM tu )



Ada ribbon ala-ala Hello Kitty lah kan ; the diamond stickers tu
pun terbusuk termasam yang belikan. Actually, I pesan dengan dia,
beli dekat Pair World, Level 3, Timesquare, dekat situ dapat harga
murah. But since dia pun busy dengan kerja, I malas nak merengek.
Bila tengok dekat City Square, harga dia mahal gila sampai I rasa tak
berbaloi and rasa nak terajang amoi yang bagitahu harga tu T____T

Rara : It's okay lah bb. Takyah lah beli..
Syafi : Ala ambik jelah. Dah alang-alang ada ni ha.
Rara : Sekeping ni yang kecik je dah RM15.90. Baik takyah.
Syafi : Beli je, beli je.
Syafi terus ambik tiga keping and pergi bayar and I pulak rasa benci
gila dengan harga and I sedih sebab Syafi beli jugak, sebab harga dia
tak best langsung, kalau dekat Timesquare, tiga keping baru RM10 and
percuma satu keping lagi, what the fish huh



For sure I akan letak Hello Kitty 3D sticker jugak. Kalau korang nak
beli 3D sticker, boleh contact Suet Yi (Bubbles) sebab dia memang
ada jual and I pun memang beli dekat dia. Actually, dekat City Square
JB pun ada 3D sticker tu, kalau tak silap I, harga dia RM6.90 satu set.
Satu set tu adalah dalam enam-tujuh biji 3D sticker.



Fabric reform sticker ni I pun kurang berkenan dengan design dia.
Tapi ini lah paling termanis yang I tengok. If yang lain tu, I rasa macam
boyish design sikit. Sapa-sapa yang ada jumpa this fabric reform sticker
dengan design yang comel, please please kamu jangan nakal let me know ya.
( Saya juga suka lagu Jangan Nakal by Aliff Satar T_T )



Jeng jeng jenggggg. Dah comel dah laptop manis I ni. Sumpah
I teruja bila tengok laptop sendiri ; dah macam TERdesign
sempena hari raya Aidilfitri mulia. Haha kan kan I tak decorate
bahagian depan laptop sebab laptop I ni dah memang pink. So
I malas lagipun skin dia tak macam Acer.

Hee jom online dengan laptop manis Tatah

Tuesday, September 1, 2009

Windows 7 Ultimate



Sekarang ini semua orang pun sibuk memperkatakan tentang
Windows 7. Apa Windows 7 ini Hebat sangatkah Eceh I pun
tak tahu sebenarnya. I baru berjinak-jinak menggunakannya.
Sekarang ini lagi sekali, kita fikir dari sudut positif lah kot;
Kalau ia tak hebat, orang tak akan sibuk sana sini cari Win 7.
Anggap jelah Window 7 ini hebat Kenapa I kata dia hebat
Okay mari I tunjuk dengan lebih hebat lagi.



Tengok desktop sahaja sudah tahu ianya hebat Tengoklah
taskbar. Transparent; Aero theme. Sumpah teruja. Before ini
I cuma pakai Windows Vista Home Basic; cikai betul. Lambat satu
hal, lagi satu hal semua orang tahu; Vista entah apa-apa.
Sudah tiba masanya beralih arah dengan bijak. Tak ada menyesal punya.
Sebab Vista memang not good Bermasalah, walaupun I pakai
original Vista.







Tengoklah juga start menu. Mengancam, bukan
I dah rasa fall in love gila masa pertama kali tengok Win7 Ultimate
berfungsi. Memang the best lah kan



Walaupun RAM tidaklah sehebat mana, tapi I rasa dah cukup
laju dah Win7 Ultimate ni. Sebab I dah cuba main The Sims 3,
lagi best Tak stuck macam masa I pakai Vista. Apa kata survey
Mengancam. Win7 hotties gila. Jakun I dibuatnya (-___-")
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Win7, you all boleh ke sini.



I sudah tukar, anda bila lagi

Saturday, July 11, 2009

Bukan Murahan


Entri baru lagi sebelum bermula minggu yang baru Hehe.
Entri ini adalah entri permintaan my sweetheart, Syafi. Comel kan
sebab entri ini terhasil kerana request dari buah hati sendiri
Amboi. Syafi sekarang dah pandai membagi idea untuk Rara update.
Lately ni, dia rajin ambil gambar semata-mata suruh Rara update.
Alhamdulillah. Hobi memblog ini disokong sepenuhnya oleh Syafi tak
pernah mengeluh langsung walaupun kadang-kadang dia ada rasa cemburu.
Since dia dah sedar yang I ni bukan jenis perempuan murah yang suka
melayan lelaki, menggedik sana sini tegur lelaki, dia mula trust me 100%.
Untuk pengetahuan readers tercinta, Rara Syafi dah bertahan selama
1year 10months, walaupun banyak cabaran dugaan antara kami.


Ini adalah sesi berwebcam di MSN Yes, setakat ini MSN
adalah tempat berjumpa di masa kejauhan. Eceh. Mengadanya.
Tapi tak apa, kadang-kadang selalu sangat jumpa pun susah jugak.
Nanti terbosan-bosan sampai tak tahu apa motif tiapkali jumpa
Tapi alhamdulillah kalau ada couple yang selalu jumpa tapi bertambah
kasih sayang, Rara happy untuk you all. Syafi mesti terkejut tengok
Rara print screen photo di atas sebab dia tak tahu langsung. Hahaha.


Awal pagi tadi, Syafi balik rumah parents dia dekat Hulu Langat.
Katanya urgent. Memandangkan parents dia dah beberapa hari tidur
di rumah siblings dia dekat Bandar Tun Razak, jadi tak ada siapa nak
tengok-tengokkan Tabby Peeko ( Peeko adalah hamster tersebut ).
Syafi kan memang seorang yang sangat cintakan haiwan. Jadi dia bagitahu
Rara "Bb urgent nak balik Langat. Nak bagi Tabby Peeko makan" Hehe
Memang sweet sangat dapat future husband (InsyaAllah) macam ni. Kalau
nak tahu (kalau taknak tahu, shut up you) Syafi pernah ambil bawak
balik kucing yang mati dekat tepi jalan tolong tanam kucing tersebut



Gambar ini pulak, Rara capture untuk Syafi readers tersayang.
Mama masak bubur pulut hitam. Sedap. Sampai berdarab-darab
makan ( Konon tak nak guna berkali-kali lah ). Hehe. Lapar tak Wekk



Sengaja nak tunjuk laptop Dell Inspiron 1420 yang dah genap
satu tahun pada 2nd July 2009. Berseri-seri dia bila dah tambah usia.
Jangan nakal-nakal tau. Beroperasi macam biasa baik-baik selalu tau.

Akhir kata, sayangilah buah hati laptop. Hehe. Babai