Tuesday, February 16, 2010

Pertunangan Raracandyfloss.com



Fuhhh. Lamanya I mendustai blog Raracandyfloss.com ini. Oh no. I bukan mendustai, tapi melupai beberapa ketika. Hek. Bukan lama pun sampai cecah sebulan tak update. Ini belum uruskan wedding sendiri. Agaknya nanti dah dekat persiapan, dua tiga bulan lupa blog. Habislah earning Nuffnang yang belambak T____T Hek, belambak lah sangat. Tak boleh challenge dengan Innity heh. Innity approved Raracandyfloss.com tau, tapi I tak nak curang dengan Nuffnang, yes I love Nuffnang banyak-banyak. Ada events, ada contest, cukup cukup cukup.

Eh entri ni bukan nak cerita pasal Nuffnang mahupun Innity. Pilihan dihujung jari anda. Pfft.



Haa. Kan dah letak gambar bulan madu. Eh bukan bukan. Gambar manis macam madu. Memanglah pasangan ini tak comel tapi dia rasa macam boleh tahan lah daripada macam syok sendiri. Yes yes, I bangga ada bakal-suami-yang-sangat-sayangkan-I. Heh. Tak biarkan I sendirian, tak pernah biarkan I sunyi. Tak pernah buat I terabai atau rasa macam tak ada boyfriend ke camana entah. Tak ada, tak ada. Semuanya baik-baik saja and I rasa lengkap sangat dah. Jom lah kahwin sekarang, sayang? Hekk.

Oh lupa. Pasangan ini tidak meraikan hari Valentine heh. WTH with Valentines? Pui!

Gambar adalah diambil semasa I sedang penat baru balik dari Pontian dan lepas itu ke Jusco Bukit Indah dan lepas itu jumpa Syafi dekat rumah, tiba-tiba Syafi dengan rakan-rakan dah sampai. I kelam kabut bawak kereta sebab banyak tempat nak kena bawak Angah and lepas tu pergi Angsana ambil sirih junjung. Eh lepastu penat macam nak kasi penampar semua orang T__T



Khemah dah siap pasang, cantik sekali. Oren + putih. Kerusi meja semua dihias cantik-cantik. Macamana agaknya kalau owner Raracandyfloss.com kahwin nanti? Tema warna apa? Khemah ada berapa? Comel dia macamana? Siapa nak datang? Siapa nak datang?



Ini dia cupcakes yang I dengan family pergi ambil dekat Yong Peng masa on the way balik JB hari tu. Serious sangat puas hati. Walaupun I tak dapat merasa, tapi tak apa, nanti I nak order cupcakes untuk sedapkan tekak sendiri. Terliur kot tengok gambar ni. Nanti kita buat cupcakes Chelsea + Hello Kitty theme heh?



Baju biru muda tu suami Mak Mah. And Pak Cik adalah wakil bagi pihak perempuan. Bila orang Penang cakap nak sunting bunga, Pak Cik tanya macam ini:

"Dekat rumah ni ada dua bunga. Itu ada masalah sikit tu. Ada dua bunga. Jadi yang mana satu?"

I ada dekat ruang tamu masa itu terus malu T___T Orang semua dah pandang I, jadi nasib baik wakil pihak lelaki sebut nama Angah. Ewahh. I adalah bunga yang tunggu hari kebahagiaan, mana boleh sunting lagi dah :P

Dalam pukul 12.30pm, keluarga pihak lelaki dah datang dah T_______T Angah gementar, I menggeletar. Pfft. I menangis kot tengok Angah dah nak disunting. Ehem. Masa bincang-bincang tu tetiba hati I sebak macam I pula yang nak disunting. Eh nanti I kahwin, confirm banjir satu JB ni. I rasa I tak boleh tahan. Mesti I menangis sampai makeup tertanggal semua sekali. Apalagi bulu mata pelesu, confirm tercabut HAHAHA.







Makeup artist by; Amy Bridal Gallery.
#01, Jalan Orkid 1,
Taman Orkid, Johor Bahru.
07-2388380

Thankyou kepada semua tetamu yang diundang seramai lebih kurang 150 orang yang datang. Majlis berjalan lancar and meriah sangat. Family pihak Abang Azam pun datang ramai dari Penang. Heh. Bayangkan dari Penang-JB? Huih kalau I yang drive, confirm tercabut tangan dengan kaki dengan pinggang dengan tengkuk, habislah rangup seluruh badan. Nasib baik family Syafi dekat KL je. 3 jam setengah sampai dahhhh.





Ramai family from Singapore yang datang. Boleh dikatakan 99% yang datang. Alhamdulillah. And seronok sangat dapat jumpa family belah arwah Abah. Harap-harap hubungan kekeluargaan tu kukuh walaupun arwah Abah dah tak ada. Tapi kalau arwah Abah ada, mesti Abah happy tengok Angah bertunang. Kan? Tapi mesti jugak airmata Abah keluar sebab tengok anak dia masing-masing dah nak mulakan hidup baru. Dulu kecik je, sekarang semua dah besar dah, dah boleh hidup sendiri =_______="

After majlis selesai, I bawak Angah, Abang Azam & his friends, pergi Puteri Harbour, Kota Iskandar. Pemandangan cantik untuk photographer. I recommended. Kalau wedding nanti ada rezeki nak sewa boat, RM300 - the crew bawak pusing laut Selat Tebrau tu.





Alhamdulillah selesai semuanya. Kita tunggu owner Raracandyfloss.com buat announcement pulak. Heh. Jangan tanya bila, bila, bila. Once I dah confirm this March, I terus buat announcement. Tak payah risau. Doakan yang terbaik. Amin. And and, boleh jugak nak countdown untuk Angah. Maybe end of May tahun depan. InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan.

Thursday, February 11, 2010

11 Februari 2010 - Lori membawa arak terbalik di highway ke arah selatan


Salam. Lagi sekali entri I terpaksa meluahkan rasa penat I T________T Eh okay tak payah lah. Setiapkali nak taip diari je asyik cakap penat. Lama-lama diari sendiri menyampah macamana? Tapi I nak uols tahu, semalam, 10 Februari 2010, I bertolak dari JB pukul 10.30am dan selamat sampai ke KL pukul 2pm. Sampai KL terus pergi Giant Taman Permata cari tudung cotton sekolah adik, and lepas tu terus tergesa-gesa ke TM Point, Titiwangsa. Then pergi Keramat, rumah lama I. I sampai rumah kakak I dekat Petaling Jaya lebih kurang pukul 8.30pm. Dan hari ni, 11 Februari, I bertolak dari KL pukul 10.30am dan sampai JB pukul 3pm. I drive seorang. Yes, I nak ulang, I drive seorang T______T

Dan, I bangga setiapkali orang tanya siapa drive, Mama jawab anak dia yang nombor tiga yang drive. Weewitt I rasa macam.. err.. macam bangga lah. Serious tak tipu. Lepas itu orang itu akan puji lah, I terror, I handal, I hebat dan sebagainya. Eh bukan seorang dua ya. Ramai. Ramai okay, I tell you.

Eleh kau ni Rara, tak payah lah nak berlagak sangat. JB-KL-JB bukannya jauh sangat pun. Heh. At least jauh tak jauh pun, I berjaya jugak berdriving dengan gigih. Kalau orang lain, confirm dah penat and perlu berehat sekurang-kurangnya satu hari heh. Kalau lelaki tu aku tak kisah lah, memanglah lelaki kuat. Kalau perempuan macam I ni? :P Yelah yelah, berlagak sikit pon kau nak marah aku, aku-malas-ah-nak-berlagak-lagi-dah. Pfft.


Masa I on the way balik JB tadi, ada accident tau. Okay jangan tanya teruk ke tak, sebab I nak bagitahu ni, lori tu terbalik. Habis masuk longkang. Memang terbalik terus. And lori tu bawak arak T___T I macam rasa driver dia pon minum arak lah kot. Sebab tu lalok ke apa =___=" Perkara macam ni macam kenalah take serious. Janganlah buat main-main. Driving tu baik-baiklah. And yang baru dapat lesen atau baru nak ambil lesen atau kawasan yang sama waktu dengannya, pleaselah, driving dengan betul. Jangan selfish sangat. Eeee I dah selalu kena tau dengan lori-lori yang selfish gila. Eh bas ekspress lagilah selfish. Asyik nak potong sana sini je. Tak fikir kenderaan lain. Dah kenderaan berat tu, dok lah diam kat slow lane. Lemah lah I kalau nak potong tapi ada bas atau lori dekat lane kanan. Kacau betul. Haa tu yang buat I main pancung-pancung memotong ikut lane kiri. Pfft. Terpaksa. Eh tapi tak selalu heh. Jarang-jarang. Bas dengan lori kalau tak nak mengalah nak buat macamana T____T Dia ingat dia bagus. I pun nak ingat I bagus jugak hek.


Muka ni tak yah explain pon tahu dah. Dia penat tapi dia poyo sangat nak buat muka kegembiraan tak terkata. Bweheheheh.


On the way balik JB jugak, I dengan family semua singgah Yong Peng (U) - Bukan untuk tontonan umum, tapi Utara. Angah order cupcakes dekat situ and kenalah pergi ambil. And kawasan kampung dia macam best lah. Tenang je. Tapi kawasan dia, banyaknya lori keluar masuk (-________-") Pulak tu, macam I cakap, eh taip tadi lah, semua pun selfish memanjang! Ggr.

Okay dah penat dah penat dah penat. I banyak order felt tak siap lagi. After 16hb baru I boleh sent item. I pun cuti jugak. Kalau tak kerana Angah I nak tunang, takda maknanya I nak cuti. I dah buat dah siap semua. Tapi Ahad ni, Angah I tunang. So keadaan rumah agak kelam kabut lah. Dah lah Amy's Bridal tu nak pasang pelamin awal. Kenduri hari Ahad, hari Khamis dah pasang pelamin :D

P/S : Btw, kejap lagi, Syafi and friends nak bertolak dari KL ke Kluang, Johor pukul 4am ni. Doakan semuanya dalam keadaan yang baik-baik dan selamat ya. Perlukan doa semua orang. Thanks. And esok seharian diaorang dekat Kluang. And then hari Sabtu baru gerak datang sini. Yay.