sekarang ini dah banyak sangat dah
kes-kes cubaan membunuh diri yang dilakukan oleh golongan perempuan. sampaikan i rasa nak pergi jumpa perempuan tersebut dan maki hamun je
T________T annoying gila perangai dia sampai nak bunuh diri. kalau kubur tak terima, nak tanam dekat mana
kes macam ni selalu terjadi bila perempuan ditinggalkan oleh lelaki. lelaki pun satu. kalau dah berniat nak mempermainkan perasaan perempuan, janganlah sampai membagi harapan yang lebih tinggi dari gunung everest. kalau perempuan yang engkau main-mainkan tu betul-betul mati bunuh diri lepas tu dia jadi
hantu pontianak sebab nak balas dendam dekat engkau, macamana
bulan puasa ni insyaAllah lah dia tak kacau engkau, kalau bulan lain
engkau tengah malam pertama dengan isteri engkau ke tiba-tiba nampak kelibat perempuan tu macamana
engkau tak takut
okay sekarang ni i nak berkongsi lah sedikit perangai-perangai lelaki yang i sendiri tak suka. benda ni tak ditujukan pada semua lelaki ya. segelintir sahaja. ada lelaki yang setia habis tu, tahniah lah i ucapkan. main kayu tiga ni bukannya best, menghabiskan duit engkau je, betul tak
takkan lah setiap kali dating, engkau nak guna duit perempuan
tak malu
• panas baranini sesuatu yang paling i takut. seriously, syafi sendiri seorang yang panas baran, tapi itu dulu. sekarang dia dah berubah menjadi seorang yang gila loving. lelaki panas baran ni susah sikit, apa-apa sikit silap kita, bukan boleh dirunding cara baik. habis-habis kena
maki, kena tengking je dari dia. so elakkan lah berpasangan dengan lelaki jenis panas baran ni. kalau dia boleh berubah, cuba lah kasi peluang dulu.
• kaki perempuanini kes berat. kalau lelaki tu
jenis perasan kacak, dia mesti lebih cenderung nak bermain kayu tiga. dia belum rasa macamana rasanya bila hati kecewa disebabkan orang ketiga. kalau jenis macam ni, kalau dia boleh berubah pun, why not cuba ubah dia secara perlahan. dulu syafi pun suka sangat beramah mesra dengan perempuan. tapi lepas ni kalau dia buat lagi ;
dia tahu lah langit tinggi atau rendah.
• suka mengungkitbila bergaduh atau ada sikit tak puas hati, mula mengungkit benda dah lepas. kadang-kadang bosan jugak bila perkara kecil diperbesarkan. siap ungkit pasal masa lalu lagi. contohnya ungkit pasal perempuan tu pernah couple dengan si polan ini lah si polan itulah. lepas itu perempuan akan ada perasaan yang menjengkelkan terhadap lelaki tu, dari situ pun boleh buat
punca clash.
• suka menipusenang kata tak jujur lah. asyik buat perangai tak henti-henti. cakap ada dekat rumah tengah tidur padahal pergi melepak dengan member dekat kedai makan. alasan lelaki kalau tanya kenapa buat macam tu, mesti dia cakap "
takut nak bagitahu, takut nanti perempuan tak kasi keluar" wtf. kalau dia tak kasi itu ada maknanya. maybe sebab takut engkau tu menggatal atau pun risau engkau accident ke apatah T_______T suka menipu ni banyak lah aspek. macam-macam contoh kalau nak kasi. kenapa susah sangat ke kalau nak menjadi seorang yang jujur
• pentingkan kawanni pun merimaskan bagi i. sikit-sikit kawan, sikit-sikit kawan. pergi mana-mana, nak dating ke nak dinner ke, semua ajak kawan. bila bergaduh sikit, off handphone, pergi lepak dengan kawan tak reti nak balik dah. baik kau pergi kahwin dengan kawan kau tu je
tukar jantina, habis cerita. kalau
pandai bahagi masa antara kawan dengan girlfriend tu tak kisah lah, ini tak. semua pun kawan.
• selekehhahahahahaha jahat gila tak i ni
i sendiri pun selekeh je. okay okay maksud selekeh disini adalah tak menjaga penampilan diri. rambut tak terurus, baju tak bergosok, pakai
selipar jepun saiz lain-lain etc. malu lah kan kalau perempuan tu comel comel nak pergi dating tapi lelaki pulak selekeh and serabai. kalau terserempak dengan saudara mara or rakan-rakan macamana
boleh tak kalau nak kenalkan macamni "
hai. kenalkan, ini tukang kebun dekat rumah saya" hahahahahahaha
:D• poket keringini pun meluat. kalau keluar dating, asyik harapkan duit perempuan. at least kalau tak mampu sangat, share lah dengan girlfriend tu. janganlah
cintaku seratus percent duit girlfriend. buat malu lah pulak. lagipun ; perempuan sekarang mana tahu susah. mascara je dah mencecah ratusan ringgit. ngehngeh.
• tak matangterlampau kebudak-budakan sangat and berfikir secara tak matang pun annoying jugak. cubalah mematangkan diri. lelaki kan bertanggungjawab untuk menjaga perempuan. so mestilah perempuan akan rasa dilindungi bila seorang lelaki tu matang. bila shopping pun, buah fikiran dari lelaki mestilah perempuan nak ambil tahu juga.
• tak pandai memujukasyik engkau je nak merajuk, bila engkau merajuk, si girlfriend
susah hati cari jalan macamana nak pujuk. tapi bila girlfriend engkau merajuk, buat tak tahu je. engkau kata diam lagi okay. perempuan nak jugak dipujuk
:P• anak emak ; credit to
huda
yang ini bahaya. sebelum kahwin tak apa lah, boleh dimaafkan. tapi kalau dah kahwin nanti asyik emak, emak, emak pon bosan juga. syurga dibawah tapak kaki emak; itu betul. tapi jangan sampai emak suruh ceraikan isteri pon engkau nak buat. itu dah salah. kadang-kadang emak seorang lelaki memang susah nak terima menantu perempuan; dia jeles ke apatah tu tak sure lah T______________T
okay rasanya cukup kot setakat ni. kalau ada tertinggal atau korang nak bagi pendapat, boleh lah tinggalkan dekat comment :) semua di atas adalah berdasarkan pengalaman i sendiri ya tapi serius bukanlah dengan terbusuk termasam i tu. sikit-sikit tu adalah tapi syafi bukan macam semua di atas ya. ini sekadar berkongsi, jangan terasa hati pulak. tatah