Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Felt : Names and announcement II



Selamat siang. Macam dah lama tak bangun pagi update blog. Hari ni, sebelum I ke post office dan sebelum I menjadi perempuan yang very the busy, I nak update blog dulu. Nanti rindu-rinduan dekat blog yang terbusuk masam ni. Lama dah tak tukar baju dia. Asyik pakai baju yang sama je heh T_________T



Ada dua puluh satu tali yang I beli dekat Meiwa, Taman Keramat Permai- Kuala Lumpur. Kenapa dua puluh satu dan bukan dua puluh genap. Hoh. I nak ngam kan dua puluh, sekali terambil dua puluh satu T______T Sempat kan I pergi cari tali ni padahal hanya satu malam saja di Kuala Lumpur? Actually kedai Meiwa ni dekat dengan rumah lama I dekat Keramat sana. So I pun singgahlah kejap heh. I ingat nak ambil banyak tapi tali tu panjang, I guna pon tak banyak mana. Just untuk dijadikan tali penyangkut phone strap je.

So, my lovely customer, kalau uols nak pilih warna tali ni pun boleh heh.



Buttons di atas pulak I order secara atas-garisan dekat Button Planet. Pfft. Dekat situ semuanya murah dan semua buttons pun nice. I tak berhenti asyik order saja. Tapi lepas ni I nak minta Button Planet pos kepada I menggunakan Pos Laju. Kalau Pos Ekspress nanti boleh menyebabkan I hilang tahap kesabaran (-____-")



Tiny button. Whoaaaaa I love this blackberry much! Buttons ni lah yang I gunakan untuk huruf berlubang macam A, O, Q, etc.







Item yang akan dihantar pada hari ini. Oh by the way, kepada customer lain yang masih menunggu, harap bersabar dan memahami. Thankyou. Sayang uols!

Nak order? Please, jangan tanya I dekat shoutbox "Macamana nak order?"

Heh nak kena penampar? Email lah I. Message dekat Facebook pon tak apa. Walaupun u're not accepted in my friend list, you still boleh message dekat Facebook I. Ataupun, uols Direct Message je I dekat Twitter okek?

Yang Menyayangi Kalian,
--- Rawr Rawr (Gedik gila kan spelling macam ini?)

Monday, December 21, 2009

Protected Entry : Kenapa mesti sama?





***click perempuan comel di atas untuk masukkan password.

-with love, Raracandyfloss.com

tinggalkan message dekat facebook atau direct message untuk dapatkan password heh. cara lain terutamanya myspace adalah tidak dilayan. bwehehehehh. and please, no heart feeling with this entry.

tak apa. you guys boleh je tinggalkan comment. i tak ada masalah untuk approve ;)

Thursday, October 22, 2009

Surat untuk readers



hai you guys T________________T

untuk pengumuman semua, i dalam keadaan baik-baik sahaja. terima kasih kepada yang sms, call, email, mms, message dekat facebook. you guys memang ambil berat pasal i, i tahu dan i ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana memberi perhatian yang very the sweet.

sorry if korang yang calling calling, i tak boleh angkat. so sorry and very the sorry sangat. sms pun i tak sempat balas semua. harap faham.

okay sebagai bukti i dalam keadaan yang sihat dan baik, tontonilah gambar-gambar i.



gambar minggu lepas lah hoi :P

sorry sebab gambar yang super selekeh pun i letak. nak buat macamana kan dik nonnnn. i rasa ada baiknya letak gambar yang selekeh macam ni, agak-agak you guys jijik tak untuk masuk blog ni lagi? T________________T haha okay dah dah lah tu. gambar menunjukkan i sihat lah kan? i sayang you guys. mwah mwah. heh.

Tuesday, October 20, 2009

Kepochi betul



eleh. kan dah cakap. i tak tidur punya tengahari ni. korang dekat facebook mengumpat i bukan main lagi. hobi i bukan tidur lah. cis. okay i baru balik dari bank sebenarnya. i parking betul-betul depan bank. tapi hujan lebat. lepak dulu dalam kereta dengan mama. adik tak ikut. dia kena tegur dengan mama sebab suka sangat melawan cakap. dengan i pun. dia tak hormat. heh.



dah keluar dari kereta, hujan betul-betul tengah lebat. redah tanpa payung. ehhhh. bila dah sampai dekat depan bank, ada pak cik tu tegur mama. dia kata tak ada elektrik. means, sistem dekat bank pun tergendala. buat penat. nasib baik sebelah bank tu ada kedai handphone. survey handphone and harga sekali. fine. dekat kawasan ni tak yah lah beli handphone. mahal. syafi kata nak belikan. okay fine. i tunggu je ni ha, sayang.



anak beranak ni memang suka bergambar. tunjuk camera terus posing. heh. i ni kalau tangkap gambar semua sepesen je. tak ada macam lain sikit ke, tak ada macam perubahan ke. well. itulah i. nak buat macamana kan? ok dah. kalau nak kritik, boleh kritik dekat comment blog i. tak payah dekat tempat lain. dosa tau jadi kepochi. hahahahhahahhahahha :D

hah. i pun kepochi jugak sebenarnya T________________T

sekarang ni i dah jadi macam dulu. update banyak entri dalam masa satu hari. well. itulah i. nak buat macamana kan? (ulang lagi)

Saturday, September 26, 2009

Hantu dah tak kena ikat



since kakak-kakak kecintaan pulang ke tanah air rumah halaman,
i menjadi seorang yang sangat rajin. bekerja keras untuk mendapatkan
hasil yang lumayan. tidur tak cukup, hati tak keruan, makan tak basah,
mandi tak kenyang. trr. letih. tapi apakan daya itulah sumber pendapatan
untuk alam maya. ceh ceh ceh.



selepas barn buddy, i menjadi ketagihan dengan farmville. ketagihan
ini semakin menjadi-jadi selepas dihasut oleh dua perempuan ini ;
zaiton sameon & sharifah aini.





yang mana rajin nak kasi gift tu, kasi lah yang best sikit. jangan ah asyik
kasi pokok je. sekali sekala kasi ah animal pulak. kalau ada yang adopt tu,
cepat-cepat bagitahu i, boleh i adopt cepat-cepat, mari dekat-dekat. hek.
ketagihan main restaurant city dah habis dah sebab terbosan-boring bila
asyik kena add orang asing. rasa macam annoying gila. tak fun langsung.
dalam farmville ni i paling suka dapat adopt ugly duckling sebab nanti
dia akan transform menjadi si cantik.



marilah berjiran dengan i :D



malam tadi i baru je decorate farmville i. duit pun berpuluh ribu habis.
kalau renovate secara nyata, confirm i fikir enam juta kali. ngehngeh.
setakat ni i suka tanam tanaman yang mengambil masa 12 hours.
senang nak fikir. kalau tanam pukul 10am, maknanya i boleh harvest
pukul 10pm. oh btw, musim perayaan tahun ni best kan? meriah gila.
gambar raya? banyak dekat sharifah aini, dia pulak tak bawak balik cabel. cis.

ok ok ok nanti update lagi. farmville dah nak kena harvest. babai

Friday, September 4, 2009

Size 5 dah sold out



Semalam I demam. I pergi shopping dengan Mama, Adik my aunty,
called her 'Busu Lehan'. Shopping kali ini I tak menjumpa sebarang Hello
Kitty item Perkara ini tidak melemahkan semangat I sebab I berjaya
memiliki beberapa helai baju, sehelai seluar sepasang wedges. Yes.
Semua favourite, walaupun I sangat benci masuk ke kedai kasut. Susah
nak cari kasut size I apatah lagi kalau I nak beli sandle atau wedges
Susah sangat sebab size kaki I ini cuma size 5. Size 5 tahu tak size kaki I
Kalau menjumpa yang I suka, mesti promoter akan cakap "Size 5 dah sold out"
Fine. I kadang-kadang jadi fobia nak pergi masuk kedai kasut. Sebelum ini
I cuma berharap dekat Vincci sahaja Tapi selalu hampa juga. This year I
tak berpeluang lah shopping di Kuala Lumpur, tempat kelahiran I walaupun
sepatutnya I berada disana semasa I menjalani kehidupan sebagai sweet 21
pada 10 September ini. I tak boleh balik Kuala Lumpur sebab tak boleh.
Sekarang ini I sangat risau tentang sesuatu perkara.



Inilah masalah I Berat badan I cuma 34kg manakala ketinggian I
adalah 156cm. I calculate BMI dekat Facebook. The result is like
the above mention; Severely Underweight Bedebah betul bila
I rasa diri I terlalu ringan. I benci. I jadi takut. Nanti nak tempah
baju pengantin pun mesti susah, kan Kalau senang pun, mesti menjadi
tidak terlalu cantik mengenakan pakaian pengantin. I benci
Ramai akan cakap, I kurang makan but you all tahu tak, I ni pantang
nampak makanan
I taktahu kenapa dan bagaimana I terlalu ringan.
I minum susu, I makan makanan berkhasiat, berprotein, tapi berat badan
I susah nak naik. Berat yang paling tinggi I pernah capai sepanjang hidup
adalah 39.6kg. I teringin mencapai berat sehingga 40kg Help me please



I ada lagi satu masalah. Masalah ini I perlu settlekan secepat yang
mungkin. Beberapa hari lagi (sila refer sidebar section Fiance untuk
keterangan lanjut) I akan mensambut 2 years anniversary dengan
Muhammad Syafi tersayang. Ahaa. I tengah sakit kepala sebab fikir
nak kasi hadiah apa dekat dia ni. Kalau lelaki ni, susah betul I nak fikir.
Kalau perempuan tu senang je, kasi benda comel-comel pun boleh, kan

Tolong eh suggest untuk I Thankyou darling

Wednesday, July 22, 2009

Kaki Merpati



Jumaat lepas, Syafi sampai JB dalam pukul 4.30pm I dengan Mama
tunggu Syafi dekat bus stand. Sebelum tu, bermain Uno dekat Facebook
dengan Eny Ynn. Hehe. Pemenangnya dah tentulah heroin paling
comel, Rara Rawr. Masa Syafi sampai, Mama dah sibuk buat cempedak
goreng. On the that day, tak ada capture gambar pun. Ehem. Kena fahamlah
merpati dua sejoli nak lepas rindu secara puas dulu. Sebelum tidur,
I dah pesan dekat Syafi, jangan bangun awal sangat. Hehe. Sebab I malas
nak bangun awal untuk buat sarapan. Isk. Teruknya perangai



9.30am I dah bangun buatkan murtabak maggi ayam untuk Syafi.
Lupa pulak Syafi sekarang dah makan sayur, so I tak letak sayur pun.
Bila dah nak dekat siap, call Syafi, suruh dia bangun mandi. Hehe.
Gila comel masa Syafi baru bangun tidur. Lepastu makan murtabak
maggi buatan tunang tersayang. Eceh.



Nyum nyum. Sedapnya Ada banyak sangat isi ayam. Syafi kata
kalau ada sayur lagi sedap. Tapi tetap sedap. Hehe. Lepas ni kitaorang
terus bersiap pergi Jusco belikan brooch yang Balqis pesan. Tapi brooch
tersebut dah naik harga, jadi RM2.80 Tapi rasanya still murah lagi sebab
RM2.80 sudah dapat dua biji brooch. Kalau tempat lain, RM2.90 baru dapat
sebiji brooch, kan Masa dekat Jusco, Angah call, beritahu dah sampai
depan rumah. So I drive secara drift. Mama takut sampai pesan
supaya slow sikit.



Masa ni Angah, Abg Azam, Kak Cujinana, Haikal Alesha dah sampai.
So kitaorang duduk luar rumah capture gambar. Ada banyak gambar.
Tapi takkan nak sumbat semua dalam album Flickr pulak. Baik kita
simpan sebagai simpanan sendiri untuk masa hadapan masa nak tunjuk
dekat anak cucu Eh, jauh sangat pulak Haha.



No komen. Bluwek Nanti update lagi okek. Babai