Monday, November 23, 2009

Perjalanan ke Dewan Merak Kayangan



dimulakan dengan bismillah. ehem. i takut entri ni panjang jadi you guys pergi minum hundred plus banyak-banyak dulu sampai sebotol besar pun tak apa. takut you guys penat sebab merasa kepenatan i dengan bloggers lain pada hari perkahwinan i. eh bukan. hari perkahwinan jeng jeng jengggg..





i bangun seawal 8 pagi. awal sangat sampai mama i hairan. mama perli macam bertanya i siapa yang nak kahwin. i ataupun kak sobrina. hik. sabar sabar. i bangun seawal 8 pagi bersebab. i kan dah janji nak tumpangkan ynn, nurull, kakak lyana and huda. so i rasa macam banyak tempat i kena pergi and kena lah gerak awal pagi. takut sesat pun ada.


i bersiap macam magic lepas tu i terus gerak dari petaling jaya dengan syafi. thankyou syafi, sebab selalu ada dengan i.

i pergi ambil kakak lyana dekat ktm dato' harun, sebab yang itu paling dekat dengan rumah kakak i. fuh, first time jumpa kakak lyana. mula-mula macam takut tapi lepas tu kitaorang rapat secara sendiri and berbual macam dah enam puluh tahun kenal. eceh padahal umur baru setahun jagung manis. heh. kitaorang terus rushing pergi ampang point, pick up nurull dekat sana. tunggu nurull dah dekat setengah jam, nurull kata angah dia pergi isi minyak tapi i rasa macam angah dia pergi cari gali minyak. okay i bergurau, itu bukan gurauan kasar kan? :P

okay pukul 11.15am macam tu kitaorang dah ada dengan nurull. and terus i drive secara tergesa-gesa ke gombak. jalan ke rumah ynn entah ingat entah tak ni. i bergantung pada co-driver jelah. syafi je pandai sup sap sup sap jalan ni, i mana reti T___T tersesat sikit je nak pergi rumah ynn. sampai rumah ynn dalam pukul 11.45am and huda pun dah ada dekat rumah ynn. i dah macam berfikir macamana diaorang nak sumbat sekali empat orang dekat seat belakang. so i deal dengan huda, minta tolong huda bawak kereta i. tapi huda tak biasa dengan kereta i and huda macam ter-mer-bahaya-kan diri sendiri. i risau and suruh huda stop dekat petronas and i pun drive. terpaksalah diaorang ni disumbatkan dekat belakang macam ikan dalam tin. sorry girls, nanti tunggu i beli bas, kita naik ramai-ramai lagi :D hik

ambil nafas kejap lima minit (-___-")



okay dah. boleh sambung balik. haa. lepas tu kan, i pergi masuk lebuhraya duke, nak ke jalan ampang tu. tapi hari tu boleh pulak jalan ke ampang dekat lebuhraya duke tu tutup. what the f? jalan ditutup semata-mata ada marathon $%#*( apatah dekat situ. hesh. macam ni lah malaysia. menyusahkan rakyat. dah i terpaksa lah pusing siap pergi damansara, petaling jaya balik and pusing satu kl ni ha hoi. penat tak penat? rasa macam nak mengamuk tapi sebab happy hari tu i buat macam cool je padahal i rasa dah macam nak terbang je dah.


bila dah sampai, aina pulak tunggu kitaorang dekat depan menara celcom. nak masuk hall sama-sama. and dekat situ ada tiga ke empat wedding entah. nasib baik tak salah pergi wedding walaupun hampir-hampir dah nak salah sebab pergi masuk dewan lain and tengok tema warna biru habis hancur luluh hati sebab biru dia sangat tak gorgeous HAHAHA.

and akhirnya dapat parking dengan sibuk sangat i nak buat semua bumper mengikut sistem 'S'. haa. actually i nak bagitahu you guys. selama i berdriving ni, first time i belajar buat 'S' dekat bumper. itupun sebab bumper dekat gombak bukan main tinggi semua sampai i buat spekulasi bahawa gombak ramai mat rempit heh.



fuhhhh +_____+ sampai pun dekat dewan merak kayangan ni. make up kena touch up dulu. itupun dah tak larat dah. perut dah lapar berbunyi lagu gurindam ke seloka apatah i pun tak sure sangat dah. dapat kerusi meja terus ajak syafi ambil makanan. makanan dia okaylah, not bad. i nampak ynaa dekat atas pelamin. dia kan pengapit. apapun, i ada dekat situ just for her. i tak tahu macamana ynaa tabah sangat tapi i tengok dia memang seorang perempuan yang sangat kuat. i harap i akan jadi setabah ynaa. amin.

okay okay ni baru cerita pasal perjalanan. nanti cerita pasal lain lagi and nah lah tengok gambar we all sikit dulu.







dari kiri : ynaa, kak lyana, ynn, raracandyfloss, huda, nurull

semua picture dalam entri ni hasil dari handphone i. nanti karang i update pasal wedding tu guna gambar dari dslr kak lyana pulak tau. fuh. tarik nafas dalam-dalam. hembus. fuh.


25 comments:

admin said...

rara cantik sgt.

Liyana Lunia said...

boleh plagiat HAHAHAHAHA

mcm sardin pun we had so much funnnn weh haha syggg tq so much tumpangkan kiteorang tsk tskk tsk T_________________T

btw pengalaman sesat paling best and and 'S' and and and paling penting syfi marah manja HAHAHAHHAAHHAHAHA

Shira said...

Elle

Jeng jenggg. Mana ada cantik :(

ayong said...

menarik peralan rara. ayong cam ape je. haha. kuar masuk dewan sbb cam cuak sorang2. hehe~

Shira said...

Liyanaa

HAHAHHAHAHHAHAHAHA seronok kan. memang fun sangat sampai rasa macam tak nak balik and kita orang yang paling lama dekat dewan tu and kita macam buat kecoh and kita dera photographer wakakakkaka :D

eh jangan lupa. pengalaman syafi berjanji sumpah setia wehhhh :P

Shira said...

Ayong

Haaaaaaa :S Kenapa tak join meja kitaorang and kenapa jauh-jauh. and kenapa balik tak jumpa i dulu and kenapa tinggalkan i :( tapi best sebab dapat jumpa u cuma tak dapat snap pic je. tak sempat. tak tahu u kena balik awal :(

btw, apa peralan tu? :/

Melz said...

nama aku takda.. sedih seh.. aku nie penyegan.. tak caya tanya liyanaa.. wakakakkakaka

Liyana Lunia said...

hoi syafi kata mustahil. i dengan huda adalah saksi :)) HAHAHAHAHHA

queenlyana said...

Rara,
serius i tak tahu nak update bagaimana dan mula dari mana. Hihihi keje baca update korang je nih. ahahaha

eceh. macam kenal enam puluh tahun yeh..hahaha percaya sangat.

anyway... sangat fun semalam. But i sangat kesian dengan you sebab you nampak penat giler drive dengan tension 'karenah jalan raya' lagi.. pastu kitaorang lak sibuk je duk menceceh macam-macam kat belakang. HAHAHA

Really hope this relationship tidak berakhir di sini saja.
Thanks ya sis..!

Shira said...

Melz

HAHA. kau tak termasuk dalam diari perjalanan weh. next entri ada lah tu. eleh penyegan apa. berborak dengan tunang aku relaks je aku tengok. hek

Shira said...

Liyanaa

HAAAAAA kan? eceh. i suka lah bila dah ada saksi. jadi kalau syafi mungkir janji, i akan gantung dia dekat pokok besar tepi jalan tu. ingat tau?

Melz said...

aku ngan lelaki tadehal . hilang semua segan. wakakakaka kem salam kat dia na :)

Shira said...

Kakak Lyana

Haa tadi pun rara tak tahu nak mula dari mana. tapi kena lah cerita pasal perjalanan kita yang kelakar and banyak betul cabaran tu. hee. nanti share-share cerita macam kita plan pun best kan?

memang macam enam puluh tahun kan? HAHA umur mama pun belum sampai enam puluh tahun T_____________T percaya tau.

karenah jalanraya. kereta kedekut tammo bagi masuk lane dia. and lepas tu kita pulak jadi kedekut whahahaw. lepas tu comel-comel semua pengalaman atas jalanraya. eeiiii have fun sangat rasa macam tak percayaaaaaaaaaa.

menceceh macam-macam dekat belakang, kesian kan korang semua sebab rara tak on radio :( rara tak boleh drive sambil on radio bila rara tak tahu jalan =(

yes sister. harap sangat relationship ni akan kekal sampai bila² and lepas tu anak-anak kita pulak boleh berkawan and cucu pun and dah merepek okay okay :P

Shira said...

Melz

okay nanti aku sampaikan. aku anggap kau dah jadi kawan dia.

Melz said...

eh..aku semua boleh kawan..hahaha eh dia ada blog ? bak mai url

Shira said...

Melz

kesayangan aku tu TAK dibenarkan ada blog, nanti menggatal >,< hahaha kejam gila weh aku

Melz said...

lah baru nak ada geng blogger laki :D hahaha . boleh ajak borak2 gossip2 ka apa ka ...muahahaha

ayong said...

rara. itu adalah perjalanan. aiya... huruf j di laptop ni bermasalah betul. huhu~ adui. sedeh la tak dpt bergmbr ngn korang kan. huhu. takpe2, mayb ade next time. huhu~

ღnurull.mrs21ღ said...

rara..nxt update sape?

Huda Luna said...

hee...!

u tau x..
u mcm datin je semalam..
sumpah lawa..


hee..
kesian u drive smlm..

haa..
sumpah setia syafi tu kite kne abadi kn dlm blog neh..
hahha..
sumpah comel syafi ms ckp mcm tu..
syg betul die kt rara die neh..

hee...
i pon xtau nk mula update mcm mn ni..

haihh...
skrg ni pn nk tgk dlu korg update mcm ne..
lalala..

Shira said...

Nurull

next update kita semua jugak lah =P

Shira said...

Ayong

okay nanti kenduri i, u mesti datang tau. whahahaw :') lambat lagi lah tapi. hesh. eh² perjalanan ye. hihi

Shira said...

Huda

tipuuuuuuuuuuu mana ada =( HAHAHHAHAHA malu i tau.

haaa dia memang macam tu, sayang bukan main dekat i, mulut manis macam candyfloss. tapi i tahu dia memang sayang i. eceh. apapun, i dah rindu kat you all semua. and you dah nak balik tak sempat pun hangout sama² kan =(

lel said...

rara rara nanti beli bas bagitau yea
boleh i join!
nasib baik i tak ikut kali ni
kalau tak tatau mana nak sumbat lagi
hee :p

miss vanilla :D said...

best lahh (●´∀`●)ノ
comel2 semua.
bila kak rara pule nak kawen? hihi
jgn lupe jemput oke.
layal reader nihh.hihik