Wednesday, November 4, 2009

Tips bercuti secara ringkas



tak lama lagi dah nak cuti sekolah. eh², entri tadi dah ada bagitahu kot. hish kenapa tak sabar ni?

okay sekarang i nak cerita pasal weekend akan datang. weekend ni i and family nak pergi masuk singapore (again) and insyaAllah kalau tak ada halangan, angah ajak pergi sentosa island. abang azam pun ikut sama. macam fun pulak kalau pergi lebih dari tiga orang. selalunya kan i masuk singapore hanya dengan mama and adik. so bila ada angah dengan abang azam, meriah lah sikit. i rasa meriah banyak kot sebab bakal abang ipar i tu suka sangat melawak. kejap kejap dia buat lawak. i rasa dia terbaik lah untuk jadi abang ipar i, insyaAllah.

okay i nak kongsikan tips berholiday. hihi. mana tahu kalau jadi pergi sentosa island, i boleh guna tips yang ambil dari intrend ini.

jangan bawa terlalu banyak alat solek

elak daripada membawa banyak alat solek sebab akan mengguna banyak ruang dalam bag. bawa apa yang dirasakan perlu sahaja. i rasa semua make up pun semua perlu. kalau tak perlu buat apa i beli, so i bawak jelah semua ye? hihi.

praktikkan solekan natural

bagi menyelamatkan keadaan, bawa palet solekan bernada natural. ia lebih sesuai untuk aktiviti riadah ataupun mood relaks semasa memperuntukkan masa percutian. bedak padat, gloss dan maskara sudah memadai. err. masa i tengok dolphin show nanti mestilah i makeup tebal² mana tahu dolphin terpikat (-___-")



gambar original i sendiri ambil masa i tengok dolphin show dekat sentosa island, singapore. tengok pada orang yang depan tu tutup kepala pakai kertas pun dah nampak betapa panasnya cuasa masa itu :B i pulak pergi duduk yang paling hadapan pada masa itu sebab nak tengok dolphin secara dekat. tak duduk bawah khemah pun. i duduk atas pasir. serius i hebat demi record aksi dolphin =___=

hindari kulit menggelupas

sekiranya percutian di pulau dan banyak masa dihabiskan di tepi pantai (i pergi dolphin show nanti boleh pakai tips ini), aplikasi krim tabir suria pada seluruh bahagian badan yang terdedah pada cahaya matahari. jangan pakai sebarang solekan kerana ia menyebabkan kulit menggelupas. oh maknanya i tak boleh makeup untuk tengok dolphin show nanti T________T

hindari kulit berminyak

jika kulit you guys jenis berminyak, hindari solekan tekstur minyak seperti bedak asas ataupun bedak padat. gunakan solekan unsur debu ataupun pusam bagi mengurangkan produksi minyak pada wajah. (asyik-asyik hindari solekan. pergi pantai nak camwhoring pun tak cantik lah nanti. muka kusam tanpa solekan lepas tu tangkap gambar macam suruh orang ucap takziah) hmp.

laughter is the best medicine

percutian pastinya lebih bermakna dengan senyuman dan gelak ketawa. perhebatkan senyuman dengan layangan gincu atau gloss rona lembut sebagai daya tarik sepanjang menikmati percutian. kalau tak pergi pantai pun, i memang orang yang suka ketawa tak berhenti. heh.

belaian hingga penghujung hari

setelah sehari suntuk menikmati aktiviti menarik (kalau menarik lah), di penghujung hari jangan lupa membelai diri dengan mencuci muka dan mengenakan masker. oleskan juga lotion pada tubuh (i tak suka pakai lotion sebab nanti macam berlengas) hahahaha

3 comments:

Sesopie said...

rara smngt ber'dolphin' smpei duk kat pasir.

Azureen Azlan said...

Dear,
happy holiday. take care ok :)

u xpayah makeup pun xpe. natural beauty gitu. he

Huda Luna said...

i nak itot sayang!




nakkkkkkkkkkkkkkk!

nk tgk dolphin!