Showing posts with label make-up. Show all posts
Showing posts with label make-up. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Tips bercuti secara ringkas



tak lama lagi dah nak cuti sekolah. eh², entri tadi dah ada bagitahu kot. hish kenapa tak sabar ni?

okay sekarang i nak cerita pasal weekend akan datang. weekend ni i and family nak pergi masuk singapore (again) and insyaAllah kalau tak ada halangan, angah ajak pergi sentosa island. abang azam pun ikut sama. macam fun pulak kalau pergi lebih dari tiga orang. selalunya kan i masuk singapore hanya dengan mama and adik. so bila ada angah dengan abang azam, meriah lah sikit. i rasa meriah banyak kot sebab bakal abang ipar i tu suka sangat melawak. kejap kejap dia buat lawak. i rasa dia terbaik lah untuk jadi abang ipar i, insyaAllah.

okay i nak kongsikan tips berholiday. hihi. mana tahu kalau jadi pergi sentosa island, i boleh guna tips yang ambil dari intrend ini.

jangan bawa terlalu banyak alat solek

elak daripada membawa banyak alat solek sebab akan mengguna banyak ruang dalam bag. bawa apa yang dirasakan perlu sahaja. i rasa semua make up pun semua perlu. kalau tak perlu buat apa i beli, so i bawak jelah semua ye? hihi.

praktikkan solekan natural

bagi menyelamatkan keadaan, bawa palet solekan bernada natural. ia lebih sesuai untuk aktiviti riadah ataupun mood relaks semasa memperuntukkan masa percutian. bedak padat, gloss dan maskara sudah memadai. err. masa i tengok dolphin show nanti mestilah i makeup tebal² mana tahu dolphin terpikat (-___-")



gambar original i sendiri ambil masa i tengok dolphin show dekat sentosa island, singapore. tengok pada orang yang depan tu tutup kepala pakai kertas pun dah nampak betapa panasnya cuasa masa itu :B i pulak pergi duduk yang paling hadapan pada masa itu sebab nak tengok dolphin secara dekat. tak duduk bawah khemah pun. i duduk atas pasir. serius i hebat demi record aksi dolphin =___=

hindari kulit menggelupas

sekiranya percutian di pulau dan banyak masa dihabiskan di tepi pantai (i pergi dolphin show nanti boleh pakai tips ini), aplikasi krim tabir suria pada seluruh bahagian badan yang terdedah pada cahaya matahari. jangan pakai sebarang solekan kerana ia menyebabkan kulit menggelupas. oh maknanya i tak boleh makeup untuk tengok dolphin show nanti T________T

hindari kulit berminyak

jika kulit you guys jenis berminyak, hindari solekan tekstur minyak seperti bedak asas ataupun bedak padat. gunakan solekan unsur debu ataupun pusam bagi mengurangkan produksi minyak pada wajah. (asyik-asyik hindari solekan. pergi pantai nak camwhoring pun tak cantik lah nanti. muka kusam tanpa solekan lepas tu tangkap gambar macam suruh orang ucap takziah) hmp.

laughter is the best medicine

percutian pastinya lebih bermakna dengan senyuman dan gelak ketawa. perhebatkan senyuman dengan layangan gincu atau gloss rona lembut sebagai daya tarik sepanjang menikmati percutian. kalau tak pergi pantai pun, i memang orang yang suka ketawa tak berhenti. heh.

belaian hingga penghujung hari

setelah sehari suntuk menikmati aktiviti menarik (kalau menarik lah), di penghujung hari jangan lupa membelai diri dengan mencuci muka dan mengenakan masker. oleskan juga lotion pada tubuh (i tak suka pakai lotion sebab nanti macam berlengas) hahahaha

Friday, October 30, 2009

Tips kulit sihat dan cantik



nak kulit sihat? tak perlulah sampai pergi berhabis duit dekat beauty saloon. kononnya nak manjakan diri. kalau kita sendiri pandai jaga kulit, tak akan ada masalah kulit suram atau sebagainya. yang penting, kita kena selalu manjakan diri dengan cara kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja ratus-ratusan ringgit. jom kita cuba tips yang dikongsikan oleh intrend ni!
  • makanan sihat


elakkan atau kurangkan makanan yang boleh menyebabkan muka berjerawat dan kulit berminyak. contohnya coklat, kentang goreng and minuman soda. banyakkan makan sayur (ehem) and buah-buahan, ia lebih mendorong untuk mendapatkan kulit sihat.
  • senaman and minum plain water
bersenam secara teratur mempengaruhi kesihatan kompleks kulit muka. selain itu, penting untuk you guys tahu, you guys kena minum lapan gelas plain water sehari. bila darah dalam badan berjalan lancar, ia boleh menjadikan kulit kita berseri balik. you guys juga kena tahu, bersenam and minum plain water boleh mengurangkan stress tau.
  • cuci muka sebelum tidur
haaa. siapa yang tak pernah cuci muka sebelum tidur? muka still ada blusher, ada mascara, eyeliner, lipstick, lepas tu terus tidur. bukan setakat pemalas, pengotor pun ada jugak heh. biasa-biasakanlah diri tu untuk basuh muka dengan air suam sebelum tidur. pembersih muka mestilah sesuai dengan kulit. and then sapukan penyegar, diikuti dengan pelembap. sekali seminggu, gunakan scrub atau revive gel untuk membuang kotoran lama yang menempel pada muka dan mengecilkan liang pori.
  • tidur yang cukup sangat penting
tidur yang cukup adalah tidur selama lapan jam setiap malam. confirm esok pagi you guys bangun dengan segar. bangun tidur tu jangan lupa mulakan hari dengan senyuman. sambil menggeliat tu, sambil senyumlah and cakap pada diri "have a nice day". hihi. rasanya you guys tahu lah kot kalau tidur yang tak cukup boleh menyebabkan lingkaran hitam bawah mata.
  • lindungi kulit daripada cahaya matahari
penting sekali melindungi kulit daripada sinaran matahari yang menyebabkan berkeriput, terbakar dan kemerah-merahan. gunakan cream dengan spf 15.
  • berhenti merokok
ayyomaa, ayyopaaaa. ada tak perempuan yang merokok tengah baca ni? T_______T seriously, merokok boleh menyebabkan proses penuaan yang melampau; muka cepat berkedut.



terimalah muka sebelum tidur daripada i :') TAKPAYAH kot nak hipokrit sebab i memang tak lawa.

Tuesday, October 27, 2009

I love earring



earring. i loveeeeeee earring. serious. kalau ada orang nak hadiahkan i, tak payah susah-susah fikir, boleh beli earring, tapi jangan lah beli yang seringgit dua tu. baru pakai sekali dah patah. eh eh eh cop. macam lah ada orang nak hadiahkan. tak guna cakap banyak. ok ok nak sedapkan hati nanti i hadiahkan untuk diri sendiri. baikkkkkkk.

you guys pernah tak tengok orang pakai earring type 16mm flesh tunnel? huih. i pernah tengok. depan mata. takutttttt. tapi i tak takut kalau tindik banyak-banyakkkkk. hihi. masa remaja dulu biasalah nakal lebih, social lebih, mengada lebih.. i tindik sampai tiga lubang belah kanan, and dua lubang belah kiri. sekarang ni i nak simpan satu lubang je. yang lain dah nak tutup dah. i bukan tindik satu-satu tau you guys. i tindik sekali dua terus. masa tu the girlfriends yang teman. i yang tindik, diaorang yang tutup mata. kenangan betul. dulu jelah i nakal macam tu, sekarang ni nakal jugak tapi nasib baik dah duduk jb ni ha. kurang sikit lah heh.

yes yes yes, i bukan budak baik macam ayu sangat atau macam feminin sangat atau eh eh atau terlampau baik sangat pun. tak tak takkkkk.









punyalah pemalas nak buat storyline sampai letak je gambar lepas tu biar je you guys tengok sedikit sebanyak daripada collection i. start from now memang i nak collect earring. hobby ni dah lama sebenarnya terpendam dalam diri i. since i meningkat keremajaan memang i dah gilakan earring. okay sekarang boleh comment dan cakap "wah cantiknya earring" hihihihii. kalau malas nak comment, you guys memang garfield. meowwww!

Monday, June 22, 2009

Kodzutsumi


Petang tadi, sebelum Rara keluar pergi Jusco ( Aik )
Okay, Rara dah lepas gian pergi Jusco, seronok sangat ah
dapat Mama terbaik nak layan perangai anak yang merengek.
Okay masa Mama suruh Rara mandi, Mama terima parcel. Aik
Mama terima parcel Oh. Mama cuma tolong terima bagi pihak
anak gadis yang berusia dua puluh tahun ini. Eh bukan dua puluh
satu Belum. Belum lagi bulan September. Jangan pandai - pandai.


Rara mintak tolong Lisa Dearlova untuk belikan Hello Kitty
stylus tersebut. Lisa tolong order dari London. Thankyou Lisa
Bukan setakat stylus, Rara dapat happy gift dari Lisa tau.
Lisa baru balik holiday dari Sabah, so Lisa ada belikan Rara
beberapa item from Sabah, tengok tu fridge magnet Rafflesia tu


Hello Kitty keychain from Lisa comel sangat Rara dah letak
dekat kunci kereta Rara. Bagi semangat untuk Rara drive
masa on the way nak pergi Jusco tau. Seronok sangat
Lisa very the baik hati. Again. Thank you Lisa


Rara dah guna dah stylus tu Message pertama Rara bagi dekat
my beloved Syafi lah. Memang best sangat ah. Tak lah
longgar je macam the old one stylus tu. CEH. Stylus lama dah
hilang, bila ada pengganti terus kutuk dia. Hina ah perangai T___T
Sapa ajar ni Sapa ajar Syafi , Syafi HAHAHAHA
( Mesti Syafi buat muka blurr bila dia terbaca ni )


By the way, dah beberapa bulan pakai Kitty phone ni, baru
semalam Rara tahu cara nak tukar wallpaper. Selama ni
memang tak ada masa nak godeh ke apa. Memang teruk ah.
Bila dah dapat tukar wallpaper, habis ah menjerit satu rumah
( tapi masih tak boleh lawan jiran sebelah !@$%#^ )
Tunjuk Mama, tunjuk adik, call Syafi. Hehehe sedikit jakun ah.


Bila dah boleh tukar wallpaper, mula ah nak letak gambar
macam - macam. Haa. Tapi current wallpaper mesti ah
gambar Rara Syafi. Mana boleh asyik nak pakai Hello Kitty.
Mana boleh kedudukan Syafi tergugat. Tak boleh. Tak boleh.


Tadi beli Cat Eyes Mascara from Maybelline Before ni cuma
pakai Maybelline's mascara yang biasa tu. Bukan cat eyes ni.
Tapi teringin nak cuba. Tell you, memang terbaik ah.
Mascara terbaik pernah dijumpai. Dah cuba Majolica Majorca,
tapi still bukan yang terbaik. Yes yes, I'm in love with cat eyes

Okay selamat malam Krooh krooh

Thursday, May 21, 2009

Kitty Aoiro



Hello readers. Rasanya dah lama tak ada entri Hello Kitty.
Sangat sibuk lah lately ni, bukan Memang tak akan
sempat lah nak buat hal yang diluar dari hal yang penting atau
dengan kata lain, hal yang tidak terlalu penting. Insya Allah bila
habis semua urusan, akan kembali normal seperti biasa.
Err.. Bukan bermaksud sekarang tidak normal. Ahh.
Malas ah nak terangkan. Lain kali Rara terangkan. Lain kali.
Lain kali tidak membawa maksud esok atau lusa.
Mungkin tahun depan. Eh bukan kah kita nak cerita tentang
Hello Kitty Ni apa ni Ye ah. Ye ah. Okay let's go.



Aik Kenapa warna biru Bukan kah Rara anti warna biru
Terpaksa redha. Ini pemberian dari kakak kedua. Ya, Angah.
Hello Kitty lamp ini dibeli di kedai Hello Kitty berhampiran rumah.
Stock terakhir Harga cuma RM3.90. Murah. Berbaloi - baloi.
Sesuailah dengan tema Konsert Search yang ditaja oleh Celcom.
Menggunakan trademark ' Berbaloi - baloi '. Biru sama biru.
Tak faham Ah. Lupakan. Anda memang suka begitu %C$GYR^@



Murah tapi berkualiti Rara tak nafikan, Rara mana mampu nak
beli Sanrio Original setiap Hello Kitty item Kopak ah duit nanti.
Kita kena tahu berjimat cermat untuk memudahkan urusan belanja
barang kahwin dekat Nilai 3 nanti Ceh. Takyah tanya bila, takyah.



Bila berlampu lagi comel walaupun warna biru T______T
Yang penting lampu dia berwarna putih bukan kuning.
Benci lampu warna kuning. Tak suka. Anti. Nyah kau dari sini
Maka semua lampu warna kuning pun berlalu pergi. Cewah.



Angah belanja skin lingerie ( OD Control ) Majolica Majorca.
Kalau Angah tak belanja, kenalah tunggu kahwin nanti baru boleh
mintak dengan suami tersayang HAHAHA.

Moisturizes skin while absorbing excess sebum. As essential
makeup base that preps both oily skin and dry skin.

Eh. Sebelum terlupa, Rara nak announce, blog ni telah terpilih
sebagai InTrend Blog Winner June 2009. Terima kasih.
Masa untuk tidur. Salam sayang. Babai