Thursday, February 4, 2010

Jom berkenalan dengan pembantu tukang jahit I


Kejap. Kejap. I tengah penat ni.

Rehat enampuluhlimaminit.

Okay dah. Penat rupanya menjadi tukang jahit tak bertauliah ni. Takda pekerja atau pembantu. Apatah lagi nak ada personal assistant. Heh. Itulah. I ingat nak lantik Oliey sebagai pembantu I, tukang potong kain felt. Lepas tu nak lantik Tabby dan Chibi jadi pembantu peribadi I macam tukang pergi post office T______T Dan Kiki tukang masukkan benang dalam jarum. Boleh? Sebab apa tak boleh kalau Kiki sangat layak ada jawatan macam itu?


Kiki ada kelayakkan yang sangat layak, kan? =______=" Dia selalu kacau I tau. Tiapkali I bentang felt untuk dipotong, mesti dia cepat-cepat datang and terus baring atas felt tu. Lepastu bila I sibuk nak masukkan benang dalam jarum, dia sibuk nak capai benang I tu. Pffft.


Oh btw, ini adalah contoh yang I nak tunjuk dekat uols. Kebetulan I buat order untuk Syafa, I pinjam kejap nak buat contoh :P Hope she don't mind. Okay macam ini uols boleh order untuk jahit sendiri dekat mana-mana. Contohnya uols nak jahit dekat baju, ataupun nak jahit dekat laptop bag ke apa. Kalau nak jahit dekat pipi masing-masing pun boleh heh.


I dah siapkan order from Syafa and her lovely friends. Syafa order sebanyak lima. I buat dari malam tadi and sambung pagi tadi. Dalam pukul 3pm baru siap and I terus pergi pos. Actually, Syafa bayar untuk harga pos ekspress RM3, tapi sampul tu tak muat nak letak semua items tu, so I tambah duit untuk poslaju RM6. It is because, Syafa and her friends punya total RM50. So anggap macam 'gift' lah kan.


Ni semua order from kawan-kawan Syafa. I must admit, I suka cara diaorang ni make order. Discuss sekejap saja, lepas tu cuma bagitahu nak warna apa, and siap pesan dekat I supaya buat yang comel-comel macam I (bukan I yang cakap heh, diaorang yang cakap) Hihi. Lepas itu terus bank in dekat I dan send SMS yang sangat nice membagitahu dah buat payment. Dan pesan lagi suruh I buat yang comel-comel macam I (bukan I yang cakap heh, diaorang yang cakap) T______T Kemaluan.

I harap diaorang semua happy bila terima parcel tu esok :') Lepas tu buat order banyak-banyak lagi YAY.

Tracking number for them
EN244926249MY


Hei Patrick. -Suara Spongebob Squarepants

Patrick ni baru siap sekejap tadi. Order from schoolmate dulu, Fad. She's a girl ye. Hihi. Yelah, kadang-kadang ada orang ingat 'Fad' tu macam nama kelelakian sikit, tapi sebenarnya perempuan. Kalau tak silap I, nama dia Fadzillah. Hei you, kalau I salah, you tell me heh.

Patrick ni gemuk sangat. I pulak geram. Dah lah mata dia goyang-goyang.

Okay dah. My mom asked me to take a rest start from now to tomorrow. Period pain. Muka pun dah pucat. So my lovely customer, uols faham I ya. Tammo worry, ur items for sure I akan hantar terus once dah siap ;)

Have a nice day everyone. Loves.

27 comments:

Aishot said...

comelnye
ni yang geram
klau blh nak order je

Anonymous said...

oh mommy! cute nye patrick tu! comel comel comel sangat! Ehh, jahitan u sangat kemas lorrr.

Shira said...

Isha

Habis apa yang membuatkan tak boleh order? :P

Shira said...

Haneem

Mommy? Ngee. Kenapa semua orang panggil i as Mommy. Karang ada mak merah marah i pulak :P Hee. Jahitan I kemas? Alaaaa tak pun dear, biasa je T__________T

chokilala said...

eee lucahnya seluar patrick tu! tutup dia punya *tooot*. hahaha

bestnya pandai menjahit. i xreti langsung T___T cucuk benang je selalu kena suruh dgn mak & nenek. huhu. nak order juga la, tapi xtau lagi design. nak suruh buat muka azwan ali boleh ke. sanggup x. haha

Shira said...

Cik Cukis

Hahahahaha mana ada lucah. I tahulah seluar dalam u ada yang pattern macam ni :P Wkakakaka.

U reti sebenarnya. Semua orang reti sebenarnya, tapi malas je lebih kan? I pon malas jugak actually but what to do lah. Isi masa lapang sambil isi duit poket =P

Eh muka Azwan Ali? Kalau I buat lepastu dia letak dekat blog dia, sekali dengan link I, agaknya meletup tak traffic blog i? Hahaha

Aisya J said...

Kakrara! SANGAT CANTIK OKAY <333 Very cuteeee :)

Shira said...

Aisya J

Haaaaaaaa so meh lah order ;pp

yonna said...

bengong ah choki ni HAHAHAHAH ade ke nak muka azwan ali?

rara jahitkan felt muka rosli shah kat dia baru tau! HAHAHAHA

rara,good job! kemas sangat

ok dah sedih T_____________________T

ini blog wirdah said...

wah. naik geram juge tgk si patrick tuh.tibe2 jd handsome.wee~

shakirah samsudin said...

cantik cantikkkk..
hope u dpt customer banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakk lagi.
happy bile org sronok tgk hasil keje kite kan :)

Liyana Lunia said...

RARARA sila berehat T_____________________T

okay sekarang nak tanya toot belah belakang ditutup tak? HAHAHAHHAA

Shira said...

Yonna

Kakakkkkkkkkkkkkk! Cik Cukis memangggggg, sayang benau dengan Azwana Ali dia tuuuu :P

Thankyou kakak tapi tammo lah bersedih tau T______T Kesian kakak :/

Shira said...

Wirdah

Tetiba jadi handsomeeeeeee? Meh i tolong you mintakkan couple dekat dia meh :pp

Shira said...

Shakirah

Aah, happy sangat :)) Alhamdulillah. Ingatkan macam orang tak berapa interested, tapi alhamdulillah ramai yang nak ;D

Shira said...

Liyanaa

Bahagian belakang pun tutup lah yanggggg :P Siap ada nama 'Fad' lagi :D

Mieya said...

Ohh yang nama tu boleh letak dkt pipi eh? Kalau nak letak dekat tudung lepastu Zul punya letak dekat baju, and pakai bila keluar date boleh kan? Tapi tak nak la tulis nama, nak tulis, "apa tengok², dia saya punya". Wakakaka.

OMG patrick ni 'comel' macam mieya laa. Bukan comel yang cute tu, tapi comel lain. Faham kan? T_________T

Shira said...

Mieya

HAHAHAHAHAHA nak letak dekat tudung? HAHAHAHAHAHA kalau buat ayat macam gitu takpayah guna felt, pergi beli je baju dekat downtown belambak HAHAHAHA T_________T

'Comel' macam Mieya? Huwaaaaaaaa comel sangat sangat sangat! Isk Mieya ni tak baik tahu? :/

bawangpink said...

rara, i don't mind la...tmpg glamour jap kat blog rara...hihihi..sori dear..duit postage tu xckup...nk i byr x?

Shira said...

Syafa

Haaaaaaaaa ada pun you. Nak letak link blog u. Heeeee ;p

Eh takpayahlah. Dahlah uols punya total RM50, patutnya i kasi free gift tapi tak apa, kita ganti dekat duit postage ye sayang ;b

full of love,keyna said...

kemasnye sys buat :D

momoe said...

hye miss rara
emm miss rara jual x felt warna biru??
boleh x nak beli?
xboleh xpe la
:)

bawangpink said...

hehe...kalo i tau i request gift tau..hihi..tengs ltak i kt link u...:)

Shira said...

Fatin

Hello dear. Felt warna biru yang camana? Boleh. RM8 satu. Besar, setengah meter I think.

admin said...

syg, cantik sgt........!

thesuraya said...

Kak Rara !
alargh , nak jugerk bnder comeyl mcm ituh !
macam mne aka buat ?
tersangat comel mcm saye largh ,
:)

s.c.h.u.l.t said...

comelnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

T.T (jeles)