Monday, July 28, 2008

buang image border




Untuk entry kali ni , saya nak kongsi cara - cara nak buang image border . Sebab kadang - kadang tu ada jugak templates yang gedik2 nak adakan jugak border kat image . Esh . Sungguh tak patut ! Benda ni takdelah susah sangat :)
contohnya korang nak buang border untuk image ni :
<img src="http://bubbles.sweet.free.fr/linkme/link44.gif" alt="Bouncy Bubbles.Net"></a>


Korang just tambah codes ni je :
border="0" alt=""


Contohnya :
<img src="http://bubbles.sweet.free.fr/linkme/link44.gif" alt="Bouncy Bubbles.Net" border="0" alt=""></a>

Sunday, July 27, 2008

open in a new window

Bagaimanakah caranya untuk membuat link dimana apabila seseorang meng"click" pada link tersebut dan akan terus membuka tetingkap baru (open in new window)

Jika anda ingin membuat link...
code berikut
<a href="http://ur_whatever_weblinks/">Text</a>


adalah diperlukan...

anda hanya perlu meletakkan code
target="_blank"

di dalam code link tadi..
contohnya ;
<a href="http://ur_whatever_weblinks/" target="_blank">Text</a>


Oleh itu , saya dengan berbesar hati untuk memberi sekalung tahniah dan credit untuk Fizz kerana telah membantu saya untuk membuat (open in new window) ! ;P

Saturday, July 26, 2008

aktiviti sabtu :)

HAHA , lepas post pasal cara2 nak buat link untuk comment , kita cerita pulak pasal aktiviti saya untuk hari ni . Agak penat ! Haih . Daripada semalam , mama kemas rumah dan hari ni pulak turn untuk kemas bilik saya . Kemas bukan sebab saje2 , HAHA , tapi sebab ada orang nak datang esok ! Esok Pak Itam , pakcik saya akan hantar nenek saya yang telah uzur (tak boleh bangun langsung dah..) ke rumah saya . Sebab tibalah masa untuk mama pulak jaga nenek saya tuh setelah bertahun2 Pak Itam jaga . Takpelah , itu kan tanggungjawab mama jugak . Lagipon boleh la saya berborak2 dengan nenek nanti . Best tau ! Sebab nenek dah nyanyuk . So , dia tak ingat apa2 dah , even anak sendiri pon dia tak kenal :) Kadang2 saya suka main2kan dia . Wakaka :P HAA . Ni adalah wajah bilik saya setelah dikemaskini :DD


Lawa tak ? Atau lagi lawa yang sebelum nih ? Cuba bezakan ! Sebelum ini. Hee . Sila berikan pendapat anda :) Ohhh ! Tadi masa kemas2 tuh , saya peluk teddy bear yang mama hadiahkan sempena birthday saya tahun lepas ! Rindu kat dia ! Dah lama tak peluk dia tau . Dia terpaksa diletakkan di dalam plastik bagi mengelakkan habuk menganggu dia :P Besar teddy bear tuh adalah lagi besar daripada saya . Bayangkan yeh ! Tinggi saya adalah 158cm dan berat saya adalah 39kg :) Teddy bear itu diberi nama "Wiwi" . Ohh sungguh comel dia kan ?

comment link (classic templates only)

THIS IS PROTECTED ENTRY


click to show full posts.


KEYWORD : gulakapas


Friday, July 25, 2008

ohh Oliey !




HAA inilah kucing kesayangan saya yang diberi nama Oliey . Comel kan dia ? Tengoklah tuan dia pulak :DD Kucing lain kan suka main bola , sepak sana , sepak sini , tapi Oliey nih pemalas , dia tak larat nak bawak bulu dia yang berat tuh kot ? HAHA . Oliey tak makan makanan lain selain ayam dan makanan dia , Friskies . Friskies pon dia nak yang Kitten punya , tak sedar diri dah tua . HAHA . Si comel nih amatlah manja dan dia kenal semua family saya . Kalau orang lain cuba nak amik dia , jangan haraplah dapat ! Dan sepanjang dia hidup dengan family saya , dia tak pernah gigit pon , baikkan dia ? Dia hormat tuan dia :) Dia jugak takkan cakar orang dengan suka hati dia je . Kalau dia dah tak tahan sangat dibuli , baru dia akan cakar , dan orang yang selalu kena cakar adalah adik saya :P Padan muka , sape suruh kacau Oliey !

Oliey nih dah masuk 6 tahun kot dalam jagaan family saya . Masa duduk KL , dia boleh keluar sesuka hati dia je , tapi sejak pindah JB nih , padan muka dia sebab tak boleh keluar . Hari tu dia terlepas dari pagar dan keluar entah mana2 jee . Nasib baik mama dengan saya jumpa dia dekat rumah sebelah . Dia taktahu jalan nak balik BAHAHA ;P Kesian dia . Masa jumpa tuh , dia tengah menangis kot . Sebab ada kucing lain tengah marah dia . Kucing tuh milik tuan sebelah rumah tuh . Oliey la yang salah , sape suruh masuk kawasan orang lain , kan dah kena marah dengan kucing dia ! Meowwww !

Ohhh pasal nak membuang segala jenis hadas yeh ? Oliey nih bijak okae . Dia membuang hajat di bilik air tau . Pandai kan dia ? Ohhh lagi sekali , tengoklah tuan dia :P Kalau nak tidur , dia lebih suka tidur atas sofa berbanding tidur di atas lantai , dia pon nak standard jugak ! Ingat korang jee boleh standard nih ? Wakaka . Oliey nih boleh dikategorikan dalam golongan kucing yang pondan sebab dia tak pernah nak mengorat kucing betina . HAHA . Dan ramai jugak yang beritahu saya , Oliey adalah seekor kucing yang sombong :) Kesian dia tau .

Wednesday, July 23, 2008

Yay !



Woaa , alhamdulillah , akhirnya dapat jugak download Mozilla Firefox untuk Windows Vista , susah betul nak cari . Siap baca cara - cara nak download , cettt ! Rupa - rupanya , tak pandai cari je kot ? HAHA . Dengan berkat kesabaran , akhirnya , dapat jugak download dan telah pun berjaya :P Caranya mudah je , tekan download , lepastu satu message box akan keluar , then click Run jee . Masa nak install tuh sebenarnya amik masa kejap je , tapi memandangkan saya guna Maxis Broadband ni , installation tu makan masa dalam 30 minit kot .

Ada sesiapa yang juga sedang mencari laman web untuk download Mozilla Firefox pada Windows Vista ? Tekan sini

Lega rasanya lepas dah dapat Mozilla Firefox nih ! ;P Baru la bole tidur dengan lena :D

Tuesday, July 22, 2008

i love pink




HAA seperti yang dijanjikan , picture bilik saya .. HAHA . Takdelah pink sangat kot , tapi seronok jugak la sebab orang yang datang rumah mesti akan cakap "Wahhh .. Bestnya bilik nih semua pink !" dan ada jugak yang cakap "Ohh sweet pink lah!" :) Tapi sebenarnya bilik tuh pon tak siap sepenuhnya lagik tuh . Biasalah pemalas en . Dan still ada barang dalam kotak :P Teddy bear yang kat atas katil tuh adalah pemberian daripada seseorang taw , thank youuuuu :P dan dan dan , bantal yang bentuk love tuh , hadiah sebab saya nak pindah aritu, daripada Jiera , kawan baik saya. Gambar kat dressing table tuh agak bersepah kan ? HAHA , pemalas ! ;) Dan disitulah tempat saya online :D

Arini rasa rindu sangat dekat 2 orang anak buah kesayangan saya tuh , Ahmad Haikal dan Alesha . Esh . Tadi kakak saya tunjuk gambar Alesha , geramnyaaa tengok ! Rasa nak geget pipi dia tuh ! ;) Rindu sangat kat diaorang . Malam - malam before tidur , kalau tengok video yang saya rakam masa Haikal ada kat sini , saya mesti sebak pastu menangis ! Entah bila nak jumpa diaorang lagi . Entah2 masa jumpa pon , dah tak ingat kat saya kot ? ):

Sekarang nih dah pukul 4:19PM , tapi saya belum check lagi Myspace . HAHA ;P Blog sekarang lebih meriah daripada Myspace yang membosankan tuh ! Kenapa yeh ? Myspace semakin sunyi dan semakin tenggelam ?

Friday, July 18, 2008

the last goodbye




the last goodbye is the hardest one to say ..

tengah malam camni , tiba-tiba rasa sebak sangat2 hati ni . even saya dah cuba ready untuk semua ni , tapi , still lagi rasa tak kuat untuk menghadapinya . hari ni , saya kehilangan orang yang saya sayang sangat2 , bohonglah kalau saya kata saya tak sayang dia ! sebab dia dah buat saya happy dan 'ter'biasa ada dia . so , bila takde ni , saya rasa 'hilang' . mesti awak faham kan ? saya cuba tabahkan hati untuk lupakan dia , tapi bak kata orang , tak mudah untuk lupakan orang yang kita sayang . even hubungan tuh baru pun , tapi nak lupakan mengambil masa yang agak lama . dan setakat ni , saya rasa , takkan ada pengganti dia yang betul - betul boleh buat saya lupakan dia .

6 September 2007 - 18 Julai 2008 , masa yang sangat - sangat bahagia bagi saya meskipun banyak dugaan dan kenangan . saya takkan dan tak pernah lupakan awak , awak tahu kan ? awak sendiri tahu , dan awak sendiri nampak sejauh mana kejujuran saya terhadap awak ! * fuhh .. macam lah dia baca !

mesti ramai kawan - kawan saya yang terkejut pasal ni . buat masa ni , saya tak tahu apa nak buat , saya tak tahu macamana kehidupan saya tanpa dia . boleh ke saya ? orang melihat saya tersenyum , orang mendengar saya ketawa , tapi orang nampak dan dengar ke hati saya ? ): TIADA YANG TAHU . Ya Allah , tolonglah kembalikan semangat untukku hidup seperti biasa ..

malam ni , rasa sebak sangat . hati ni menangis sekuat - kuatnya tapi tiada seorang pun yang tahu . itulah cinta . dan , kalau awak ingat , MMS yang awak hantar ni betul - betul buat saya rasa bahagia sangat , bahagia sebab saya ingat awak terlalu sayangkan saya ..

"Tuhan .. bila masih ku diberi kesempatan.. izinkan aku untuk mencintainya.. namun bila waktuku habis dengannya.. biarkan cinta ini hidup untuk sekali ini saja" -17 July 2008 22:39PM

saya nak awak kembali ):

Wednesday, July 16, 2008

aneh



ohh , dah genap 3 bulan kot menjinak - jinakkan diri dengan maxis broadband ni . mula - mula pakai rasa tak seronok sebab surver dia lambat sikit daripada streamyx . biasa lah kot , semua benda tak sama :P tapi seronok pakai maxis broadband ni sebab bole dibawak ke mana saje . yeayy :D

tapi rasa terkilan sebab masa beli , benda tuh semua warna putih je , skrg ni ada corak2 pulak . nak tukar free , bole tiap bulan mama yang bayarkan , haihh , bila la nak keje ni , bole bayar sendiri , tapayah nak susah - susahkan mama lagi ): kesian pulak dia . macam2 duit nak guna sebab renovate rumah .

maxis broadband ni surver dia lambat sangat mula - mula pakai , kalau nak guna , kena ada tahap kesabaran yang tebal 1 X 50 inci . HAHA . tapi skrg dah okae sikit lah . sikit je la kot . nak main game online pun macam tak lepas je . nak download lagu kat ARES , langsung tak dapat , tak seronok lah centuh . bayar mahal tapi tak memuaskan

pihak maxis ; sila upgrade mutu barangan anda :)

rindu



saya rindu kawan - kawan saya . semalam kawan saya (MIA) ada send comments kat myspace saya . dia bgtau , dia demam sebab rindukan saya . kesian dia ): lepas tuh , saya tidur , dalam tidur , saya mimpi kawan - kawan saya . saya rindu mereka semua di kl . macamana saya nak biasakan kehidupan saya disini saya tak biasaaa )):

kawan - kawan saya sangat baik dengan saya , mereka selalu ada semasa saya gembira sedih . mereka tak pernah abaikan saya . even sometimes saya ada sakitkan hati mereka , tapi mereka tetap layan saya baik - baik . masa saya kat kl aritu pun , mereka baikkkk sangat ! MIA sanggup penat untuk teman saya shopping sian dia .

saya nak mereka sekarang . saya betul - betul perlukan mereka skrg

** lokasi photo ; jusco wangsa maju , kl

Tuesday, July 15, 2008

akhirnya ..



alhamdulillah . akhirnya impian saya telah tercapai pada 02/07/08 untuk memiliki laptop berjenama DELL berwarna pink. ohh , cukup panjang masa yang diambil oleh mama untuk menghadiahkan saya laptop itu . QUOTE ; Mama , terima kasih kerana sudi memenuhi impian saya ! Cayang Mama ! :P

tapi jenama DELL ni kalau nak beli susah sikit lah . kena booking dulu , order online . tapi nasib baik , skrg kat M'sia dah buka satu cawangan utk jenama DELL . takde lah susahkan orang nak order online tuh . kat Mid Valley Megamall pun dah ada dah showcase untuk jenama DELL . tapi itupun kena order online . cuma kalau bernasib baik stock yg kita nak tuh ada lagi , so tapayah lah order online . saya bernasib baik kerana tidak perlu mengambil masa 7 hari untuk order :) cash carry jee ! :DD

mula - mula rasa tidak biasa kerana laptop ini agak berbeza sedikit daripada laptop yang saya gunakan sebelum ini . sebelum ini saya menggunakan jenama ACER windows XP , tetapi bila memakai DELL , saya menggunakan windows vista . memang taboleh tukar ke kalau nak windows XP ? sebab windows Vista nieh selalu update . katanya important update . abis , kalau tade internet , caner nak update ? susah jugaaa gitu :P

saya gembira , anda ?