Saturday, February 27, 2010

(UPDATE) Bathtub untuk kucing kesayangan, mahal tau



Selamat hari Sabtu.

I dah belikan bathtub untuk Kiki. Yelah, kucing pun teringin jugak nak main buih sabun.





Muka Kiki macam excited kan? (Padahal muka marah kena paksa duduk dalam bathtub dia tu) Heh.



Tak ada maknanya I nak perabeh duit beli bathtub lah apa jadah tu. Dalam sinki sudah.

#UPDATE PASAL KIKI
  • Setiap pagi sekarang dalam pukul 8.30am akan bising 'meow meow' masuk setiap bilik dan kejut semua orang. Kalau tak bangun, Kiki akan naik atas katil dan pijak badan orang T___T
  • Kalau handphone Mama bunyi, Kiki akan cari handphone tu sampai dapat. Kalau Mama buat-buat tak dengar, Kiki akan pandang Mama dan lepas tu 'meow'.
  • Kalau jumpa jiran dekat kawasan rumah yang selalu berbual dengan Mama, Kiki akan tunjuk perangai. Panjat pagar, lari-lari etc.
  • Suka tidur dalam penutup box yang I letak barang-barang untuk crafting felt.
  • Kalau salah seorang dari family I, which is antara I, Mama atau adik keluar dari rumah, Kiki akan ikut. Kiki selalu ikut adik, kalau adik bawak basikal pergi kedai, Kiki kejar sampai kedai lepas tu akan 'meow' dekat adik -_____- Ikut Mama pergi rumah jiran-jiran. Dan pernah kejar kereta I masa I nak pergi ambil adik dekat sekolah.
  • Kalau I takda kerja, pasang lagu dan menyanyi secara kuat. Setiapkali part chorus, Kiki akan datang dekat I dan cium pipi I :')
Ini semua fakta, bukan auta. Serious. Sebab itu makin lama makin sayang. Selamat berhujung minggu, bye.

Thursday, February 25, 2010

Sebab-sebab lelaki menjadi 'kaki perempuan'



Hari ini I check website Nuffnang dan benda wajib I tengok mestilah analytics. I suka ambil tahu siapa yang keluar masuk blog I ni. Selalunya orang terjah blog I dalam diam, takda tegur atau apa. Lepas tu I buatlah terjahan balik ke blog dia. Pun sama. I terjah takda tegur. Heh. And bila I beralih kepada keyword section, I rasa macam nak gelak. Siapa punya kerja ni?



Siapa punya kerja baik mengaku cepat heh. I rasa yang google tu adalah sama kaum dengan I. Dan dia mencari tahu kenapa lelaki kaki perempuan. Adakah beliau dalam dilema? Atau rakan beliau? Err atau berlaku dalam keluarga beliau? Mintak simpang -_-'

Okaylah, I nak bantu beliau menjawab pertanyaan itu. I ni tak lah professional tapi ikut akal fikiran I sendiri lah jawapan I ni.

#Sebab-sebab lelaki menjadi 'kaki perempuan'

Pertama, mungkin sebab kaki dia tak cukup bulu, atau pun dia selalu cukur bulu kaki, sebab tu nampak licin macam kaki perempuan. Err okay tak tak, main-main saja. Menurut I, tak semua lelaki macam tu. Kalau nakal-nakal sikit suka kacau perempuan, lumrah lah lelaki macam tu. Remind you, tak semua lelaki macam tu. Kadang-kadang kita nampak je dia suka kacau perempuan, tapi dia sekadar suka-suka je. Tak lah sampai nak curang ke apa. Atau erti kata lain, isi masa lapang. Heh.

Kedua, tak boleh salahkan lelaki seratus peratus. Kadang-kadang, salah perempuan jugak. Bila ajak keluar, tak boleh. Bila ajak kahwin, belum ready. Bila sibuk, tak fikir pasal boyfriend/tunang/suami langsung. Lelaki pun rasa tercabar lah. Sunyi pun satu.

Ketiga, lelaki ni memang gatal. Eh remind you again, tak semua lah kan. Kebanyakkan lelaki memang gatal. Selalu je I jumpa lelaki yang nafsu tinggi sangat sampai tengah bawak awek/tunang/bini atas motor pun, sempat kenyit mata dekat perempuan. Gatal kan? Bergantung dekat individu lah. Kalau dia setia, setia jugak heh.

Keempat, pun I nak cakap, salah perempuan jugak. Gaduh sikit, terus mintak putus, terus mintak cerai. Gaduh sikit, terus pergi sembunyikan diri. Yang dah kahwin pergi balik rumah mak bapak. Yang belum kahwin, pergi lepak rumah kawan. Kononnya nak lari dari masalah. Ingat lelaki suka? Ingat lelaki nak layan? Ingat lelaki nak pujuk? Heh. Kalau dah selalu sangat buat tindakan ikut perasaan, lelaki pun carilah perempuan lain. Lagi enjoy. Lagi best.

Kelima, kalau hubungan tu dah renggang, memang susah nak cakap. Lelaki fikir perempuan tu ada orang lain, perempuan pulak fikir lelaki ada orang lain. Lepas tu masing-masing sendiri cari lain. Dah bosan punya pasal. Haha.

Keenam, perempuan cuba jangan cabar kewibawaan lelaki. Jangan suka-suka nak keluar kata-kata kesat, jangan mudah nak maki hamun, jangan cuba nak pertikaikan tentang tanggungjawab lelaki. Lelaki benci perempuan yang tak respect dia. Kalau lelaki tu respect you, please respect him too.

Okaylah, itu je kot yang I dapat kongsikan jawapan kepada soalan keyword tu.

Pesanan untuk perempuan: Bawaklah bersabar. Jangan cepat naik angin sangat. Cool kan keadaan. Lepas tu discuss secara comel. Cipta memori indah. Kan lagi best?

Pesanan untuk lelaki: Janganlah menggatal sangat! -_____-' Dapat balasan nanti tak ke haru?

Bye.

Felt : Baby milo and butterfly



Oh hai! Hari ini I macam busy tapi cubalah uols tengok heh. Kejap lagi I mesti tergedik-gedik jugak depan laptop macam takda kerja. Padahal kerja belambak I kena buat. Dah lah banyak item I kena post on today jugak. Paling penting item Mieya sebab dia nak bagi item tu dekat adik dia this weekend.







This item belong to Ar Ling. Her friend, Ieda yang order item ni sebenarnya, nak buat surprises. And item ni dah sampai dekat diaorang tadi, thats why I update. I hope Ar Ling suka this Baby Milo felt. Actually kan, I kenal Ar Ling ni lama dah, she's a sister to Suet Yi. I pernah beberapa kali pergi shop diaorang dekat Temerloh, Pahang. Thats mean, I pernah jumpa lah diaorang ni heh.





Butterfly felt; I tak sure Ieda ni ada blog ke tak. Yang I tahu blog Ar Ling jelah. Nevermine. Ieda lah yang nak buat surprises untuk Ar Ling tu. Masa items ni sampai dekat dia pagi tadi, terus Ieda text I,

"...Cute sangat. I suka. Hehe.."

I ingat nak cerita sikit pasal Puan I. Tapi I takut pulak ada mata-mata yang tak berkenan -.-'

Okay dah, bye.

Wednesday, February 24, 2010

Felt : Small heart shape with alphabet phone strap



Eh kejap. Semalam I update blog tak? (Pergi tengok previous entri) Oh tak. I tak update T____T Sibuk sangat dengan Puan I. Well, orang jakun memang macam I, setiap dua jam akan pergi tengok website I lepas tu tengok earning dah ada berapa. Blergh.

#Cerita pertama

Ha. Tadi kan, I pergi Jusco Bukit Indah dengan Mama. Lepas adik pergi sekolah agama, terus cepat-cepat I dengan Mama pergi Jusco tanpa pengetahuan adik. Kalau adik tahu, for sure dia merengek nak ikut. Err atau suruh belikan something. Heh.



I snap gambar dekat atas semasa driving. Anak siapalah terror sangat boleh ambil gambar siap setting apa semua. Anak siapa? Heh. Mama dekat sebelah buat slumber je. Mama tahu sangat dah anak dia punya perangai.



Pergi Jusco beli makanan kucing, maruku dengan keropok roda je. Lepas tu Mama tanya nak beli cupcorn ke tak. I jawab nak jelah. Rezeki tak baik tolak.

#Cerita kedua

Tengahari tadi I dapat parcel. Item yang I order dekat Kak Arin dah sampai. Baguslah, tak payah nak kerah orang post office tu suruh hantar baru nak hantar. Kalau before ni, siap nak kena call lah apa -_-"



200 pieces self adhesive packaging. Sengaja order banyak, takut nanti out of stock pulak. Actually I nak beli lebih dari tu, tapi Kak Arin dengar 200 pieces pun dah terkejut. Next time nak order lagi.



Kak Arin siap bagi Hello Kitty sticker untuk I. Thankyou Kak Arin :* Lepas I tengok items tu, I terus message Kak Arin, and she replied;

"...Ala akak tahu rara suka Hello Kitty. Hehe. Okay okay, happy crafting..."



And I dah guna self adhesive packaging tu. By the way, item tu order from Ayong. Tapi ada satu lagi yang belum siap, big heart shape. Before ni Ayong dah pernah order big heart shape tu, tapi dah hilang pulak. So Ayong order lagi. Hihi. Esoklah I pos this items to her.

#Cerita ketiga







Small heart shape with alphabet phone strap. Oleh sebab ukuran dia yang comel (4.5cm x 4cm), sesuai sangatlah jadikan phone strap. I pun buat satu untuk diri sendiri. Kalau yang macam ini, I memang siap letak loceng, tapi harga very cheap :D Nak order? Meh lah isi 'Order Form' dekat bahagian navigation.

P/S : Sorry, ukuran dekat pembaris tu lari pulak. LOL.

Loves.

Monday, February 22, 2010

Felt : Names and minnie mouse



"Hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang.. Kau hias dirimu, membuat hati bertambah sayang.." --Tiba-tiba I bangun pagi ternyanyi lagu ini. And yes. I bersyukur sangat I bahagia dengan Muhammad Syafi. Hari ini mood I baik sangat. Siapa yang cuba rosakkan mood I MESTI akan mendapat kesengsaraan seumur hidup heh.

"Kejamnya kau ini, Rara!"

Perlu menjadi kejam sekali sekala. Jadi baik sangat nanti kena pijak kepala.

Okay. Jom lah tengok hasil kerja tangan I yang halus mulus ni. Pfft. Actually tak adalah halus sangat, kasar jugak tangan I ni. Sekali dapat lempang orang, for sure berdarah hidung orang tu. Nak-nak lagi kalau dapat lempang orang yang poyo mengalahkan I. I pantang benar dikalahkan! Biarlah I poyo sorang-sorang nok.





Minnie mouse; order dari Nurul Syuhaidah. I happy sangat berurusan dengan dia. Sumpah senang. Dia kasitahu nak apa and I kasi harga, terus dia bank in. Macam 'ting', sekejap sangat dah masuk duit dalam bank I. I 'kurang' suka kalau customer tu order macam-macam, itu lah ini lah, baru email I, kasi details nak warna itu lah ini lah, lepastu terus tanya "Bila boleh siap?". Padahal sampai sekarang pun tak bank in apa-apa. Karang I smackdown baru dia tahu. Dey, buat payment dulu lah, dey! Lepas itu barulah boleh tanya bila siap. Budi bahasa budaya kita.

So, Nurul Syuhaidah yang menjadi salah seorang customer disayangi oleh I order Minnie Mouse untuk 'Dania'. Who's Dania? Kalau tak silap I, anak buah dia ke cousin. Hihi. I lupa lah nyah!



Order from Fida. I pun suka berurusan dengan Fida. She's a very understanding customer. Fida bank in before Chinese New Year tau. Lepas tu kan I cuti, I ke Kuala Lumpur and cuti sampai 16 haribulan. Kiranya lama jugak lah Fida tunggu items dia ni. Don't worry baby, hari ini I pos dan besok you dah boleh gantung dengan telinga eh silap, gantung dekat mana-mana lah.



Sorry, gambar tak clear. Warna berbeza sikit dari yang asal. Ya ya, semua picture dalam entri ni berbeza warna dengan yang asal heh T____T I nak update cepat, nak siapkan banyak lagi order, that's why nak setting camera pun tak menyempat. Kesian mommy korang ni. Blergh.

Order from Viera. Viera pun sama keadaan dengan Fida. Bank in before CNY but then I baru nak pos hari ni. Sayang betul dekat semua customer I, takda lah paksa-paksa macam tak reti sabar. Walaupun dah buat payment, takda sibuk tanya "Bila nak siap?". Thankyou sebab memahami. Yelah, uols cuti, I pun nak cuti jugak :B

Saturday, February 20, 2010

Tweet via SMS Anytime Anywhere!



Siapa bertwitter menggunakan gladlyCast SMS? I think kalau Maxis user, sangat berbaloi-baloi lah kalau dia guna gladlyCast SMS kan? Tapi Celcom user, kalau RM1 boleh send cuma lebih kurang 16 tweet sahaja. Agree? Tapi berita baik untuk Celcom user, dengan hanya RM1 seminggu, uols boleh tweet sebanyak mana uols suka! Unlimited! Best kan? Macamana nak buat? Okay jom follow I, I pun dah start guna Channel X Twitter since malam tadi.



Berbaloi-baloiiiiiii kalau Celcom user guna Channel X Twitter ni. RM1, murah saja kan? Daripada setiap tweet kena caj sebanyak 10sen err atau 6sen? T____T Sangat rugi kan? Tapi sekarang Celcom dah buat Channel X Twitter, no regret, mesti kena sign up! Jangan lupa. Account twitter jugak mestilah kena ada!

First thing uols kena buat adalah ambil handphone dan type macamni.



Lepas tu Celcom akan bagi SMS terus ke handphone uols. Uols pergi sini -> Channel X Twitter. Dekat website tu ada button Click here to link your account now macam dekat bawah ni;



Click button tu and proceed/allow to your Twitter account. After done, masukkan mobile phone number. Dekat situ boleh masukkan sebanyak lima nombor. Kot lah kalau uols pakai lima handphone kan. Kalau ada satu number je macam I, letak satu cukup. Lepas tu click save.

Haaaa sekarang uols dah boleh tweet macam nak gila. Unlimited dengan hanya RM1 seminggu. Berbaloi-baloi kan? Macamana nak update status? Nanti Celcom akan terus hantar SMS dekat uols cara-cara nak update status Twitter. Senang je caranya. Text your message and send to 29800.



Selain tu, uols boleh jugak follow memana Twitties. Contohnya lah, uols tengah tengok Trek Selebriti lepas tu artis favourite uols bagi ID Twitter dia, haaaa time tu uols terus lah follow dia through SMS saja. Senang kan?

Apalagi? Jom lah follow I dekat Twitter sekarang!

Friday, February 19, 2010

Happy parcel from Juliahoneyshakes



Hari ini I gembira. Pasal apa I gembira tetiba takda arah tujuan? Heh. Hidup I memang sentiasa gembira, kadang-kadang saja I menjadi emosional tak tentu pasal, mengamuk sana, mengamuk sini. Meroyan. Tadi I pergi kantor (pejabat) Poslaju --Layan sinetron lebih sangat lah ni.



Kepada pemilik nama, you boleh pergi semak item you dekat mana sekarang, kiranya macam friend finder lah. Contohnya you nak skodeng boyfriend you dekat mana. Haa sama jugak lah macam you trace your item.

Track your shipment via online.
1) Pergi sini
2) Masukkan tracking number : EN244926080MY

Track your shipment via SMS.
1) PL<space>EN244926080MY
2) Send to 33333

** 50 sen/SMS



By the way, tadi I pergi Amy Bridal Gallery. Lepas tu Mama ajak singgah Perling Mall. Lepas tu Mama ajak singgah Jusco Bukit Indah. Mama beli storage bags. And I pulak merengek nak KFC. Since Mama malas masak, I pun rajin lapar. Heh. Sekarang I dah kenyang, mata dah stim.

Tengahari tadi punya cerita pulak. I sengaja nak tunggang langgangkan cerita sebab cerita last ni cerita paling fun yang buat hidup I ceria tak terhingga pada hari ini. I dapat parcel. Eh sebenarnya bukanlah untuk I parcel tersebut. Parcel tersebut lebih bertujuan untuk Mama.



Jeng jeng jenggg. Parcel dari Kak Juliahoneyshakes dah pun I terima. Buah di atas. Nampak macam buah kurma, kan? It's buah lalop actually. Semua untuk Mama. Kak Ju kata sebab my mom ada diabetis. So orang dekat Sudan makan buah lalop ni untuk elakkan kena diabetis. Kak Ju kata lagi, orang dekat Sudan suka makanan manis. Tadi Mama dah cuba makan, Mama cakap rasa dia macam kelat dan pahit. Hopefully lepas ni diabetis Mama berkurang, dan kalau boleh hilang terus. Apapun, thankyou Kak Ju's husband, Abang Afan sebab susah payah carikan buah lalop ni T_________T



Tery Bear ni pulak untuk I. Dalam letter yang Kak Ju bagi, Kak Ju tulis;

"..and the Tery Bear, she's for you! Inside her there's Bloop cupcakes lipglosses for you, hope you'll love those.."





I dah menjerit kesukaan masa dapat Tery Bear! And I lebih menjerit kesukaan bila I tahu dalam Tery Bear ada Bloop cupcakes lipglosses! Thankyou so much Kak Ju, Rara speechless sangat, and I must admit, I love you very much. Hope this relationship will be forever.

P/S: I dah letak my handphone, my cards and money also into Tery Bear. And I dah bawak Tery Bear pergi jalan-jalan merata dah. Pergi Perling Mall, pergi Jusco Bukit Indah pun sentiasa pegang Tery Bear! Childish? Like I care.

Thursday, February 18, 2010

Selamat tinggal



Selamat tinggal. I tak bermaksud nak sakiti hati you, sayang. I tak bermaksud nak buang you tanpa sebab. I tak bermaksud nak kecewakan you. I menyesal, sayang. Tapi I lagi menyesal kalau tak ada pengganti untuk you. I terlalu sayangkan you sampai I rasa ramai juga yang sayangkan you, yang mahu mencuri you dari I, dan I lepaskan you kepada 'mereka'. Maafkan I. Selamat tinggal. Ramai lagi yang cari you, ramai lagi yang mahukan you.



Melepaskan you adalah satu perkara yang sangat sukar buat I. Apatah lagi kenangan berkongsi suka duka bersama Liyanaa. Biarlah. Biarkan 'mereka' puas hati dengan cara ini. I harap you tak akan pernah sedih dan menyesal sepanjang bersama I. I sayangkan you lebih daripada I sayangkan yang sekarang ini. Apakan daya, you terlalu dipuja ramai. Ramai yang cemburu bila I bersama you. I tak sanggup lagi menahan segala kesakitan itu.



Hello you.

Walaupun you masih baru dengan I, walaupun warna kulit you terlalu hitam, I harap tak akan ada lagi hati yang dengki, tak akan ada lagi hati yang punya niat untuk memisahkan kita.

Oh hai kawan-kawan. Hodoh kan layout baru I? Sigh. T________T

Felt : Names and announcement II



Selamat siang. Macam dah lama tak bangun pagi update blog. Hari ni, sebelum I ke post office dan sebelum I menjadi perempuan yang very the busy, I nak update blog dulu. Nanti rindu-rinduan dekat blog yang terbusuk masam ni. Lama dah tak tukar baju dia. Asyik pakai baju yang sama je heh T_________T



Ada dua puluh satu tali yang I beli dekat Meiwa, Taman Keramat Permai- Kuala Lumpur. Kenapa dua puluh satu dan bukan dua puluh genap. Hoh. I nak ngam kan dua puluh, sekali terambil dua puluh satu T______T Sempat kan I pergi cari tali ni padahal hanya satu malam saja di Kuala Lumpur? Actually kedai Meiwa ni dekat dengan rumah lama I dekat Keramat sana. So I pun singgahlah kejap heh. I ingat nak ambil banyak tapi tali tu panjang, I guna pon tak banyak mana. Just untuk dijadikan tali penyangkut phone strap je.

So, my lovely customer, kalau uols nak pilih warna tali ni pun boleh heh.



Buttons di atas pulak I order secara atas-garisan dekat Button Planet. Pfft. Dekat situ semuanya murah dan semua buttons pun nice. I tak berhenti asyik order saja. Tapi lepas ni I nak minta Button Planet pos kepada I menggunakan Pos Laju. Kalau Pos Ekspress nanti boleh menyebabkan I hilang tahap kesabaran (-____-")



Tiny button. Whoaaaaa I love this blackberry much! Buttons ni lah yang I gunakan untuk huruf berlubang macam A, O, Q, etc.







Item yang akan dihantar pada hari ini. Oh by the way, kepada customer lain yang masih menunggu, harap bersabar dan memahami. Thankyou. Sayang uols!

Nak order? Please, jangan tanya I dekat shoutbox "Macamana nak order?"

Heh nak kena penampar? Email lah I. Message dekat Facebook pon tak apa. Walaupun u're not accepted in my friend list, you still boleh message dekat Facebook I. Ataupun, uols Direct Message je I dekat Twitter okek?

Yang Menyayangi Kalian,
--- Rawr Rawr (Gedik gila kan spelling macam ini?)

Wednesday, February 17, 2010

Karaoke bilik sejam RM5; Yeah.



Sebelum I memulakan kerja I seperti hari-hari biasa, I rasa I perlu update blog. Karang kalau I dah mulakan balik kerjaya I sebagai businesswoman di rumah, I akan lupakan blog T______T Baiklah sekarang jom lah teman I update secara laju. Err teman maksudnya, uols bacalah secara laju-laju.

Actually, lepas majlis pertunangan Angah & Abang Azam selesai, Syafi & his friends pun mulalah kemas-kemas apa yang patut. Basuh pinggan apa semua, tapi seriously sangat terbaiklah bila I tengok Syafi ada kawan-kawan yang very nice. I suka bila lelaki rajin. Bila dia rajin, I akan beranggapan dia adalah lelaki yang bertanggungjawab. Hopefully Syafi & his friends memang orang yang bertanggungjawab lah. Then bila semua dah siap, weols terus bersiap and lepastu I dengan Syafi pergi keluar kejap hantar periuk besar dekat rumah Busu Lehan ; dulang kaki dekat rumah Cik Munah. Well I rasa orang-orang dekat sini semua dah kenal Syafi dah.

Bila dah siap hantar barang semua, weols terus gerak pergi Danga Bay. Heh. Boring memanglah boring, tapi nasib baik ada funfair tu so I rasa macam barulah meriah sikit. Kalau tak, Danga Bay adalah tempat yang paling I nak elakkan daripada jejak kaki dekat situ T____T





Duduk dekat Danga Bay tu tak ada kerja lain dah. Tengok orang berjalan, habis semua orang kena bahan. Heh. Bila pasangan kekasih berjalan pun akan dibahan juga. Dan bila orang yang kayuh macam beca ke apatah tu, lepastu tak boleh reverse pun akan dibahan. Perut I jangan cakaplah, sakit perut akibat gelakkan orang yang dibahan. Berdosalah I pada malam tersebut. Tak baik betul tahu tak?

Lepas dah puas bersuka ria membahan orang, weols balik ke Perintis and lepak makan sampai pukul 1 pagi. Barulah balik rumah and family I pun dah terbongkang tidur masing-masing heh. Mama pulak bangun and tanya macamni;

"Seronok tak keluar jalan?"

Heh sporting kan Mama I? Very understanding. Apa yang tak seronoknya, lepas puas bergelak ketawa dekat Danga Bay, weols sambung gelak ketawa dekat kedai makan KAKAK PEKAK nama dia. Order lain, lain yang dapat. Pfft.



Esoknya pun weols keluar lagi. See? I pakai baju yang sangat sporty. Tak melaram apa dah. Patutnya masa ada Syafi lah I melaram kan? Heh apa nak kisah. Sekali sekala kita mainlah gaya sporty pulak. Lagipun I malas nak biar Syafi dengan kawan-kawan dia tunggu lama. So tempat pertama weols pergi adalah Jusco Bukit Indah. Kedai semua tutup. Lepas tu lepak makan dekat foodcourt. Habis kakak jual cupcorn pun dimengorat oleh Fakhri. Tak lama lepas tu, Nurul pun sampai. Nak tengok Yuyun siapa tak? Haa ini dia Nurul, tapi I panggil dia as Yuyun. Lagi comel kan.



Yuyun ni adalah anak kepada kawan baik Mama. Sama baya dengan I. Tapi I dah kenenkan dia dengan Iskan (Norfazli Eshah Iskandar) -nama bukan main panjang lagi. Tetiba pulak Iskan nak kawan dengan Yuyun so I kenenkan lah mereka berdua :D Nama ayah diaorang dah lah sama heh. Persamaan yang tak dijangka ecewah.

Bila Yuyun dah sampai, weols pun terus plan ke Angsana untuk karaoke. Tapi kecewa sebab dekat Angsana tak ada karaoke bilik. Lepas tu weols mintak Yuyun bawakkan pergi Jusco Tebrau. I ni nama je dah duduk JB dekat dua tahun dah, tapi jalan dekat JB pun I tak tahu T___T Sampai dekat Jusco Tebrau pun weols kecewa sebab yang ada cuma RedBox. RedBox mahal gila heh. Satu kepala RM26 :(



Dekat Jusco Tebrau pun Fakhri sempat lagi mengorat promoter kedai Hinode Shop. Heh comel betul. Tapi I tak tahu berjaya mengorat atau tak. Hik. Lepastu Yuyun cakap ada lagi satu tempat karaoke dekat Taman Sentosa. Weols pun pergilah Taman Sentosa tu dengan harapan yang tinggi.



Yay. At last ada pun tempat karaoke. Murah gila heh I tell you.

Order satu jug besar coke; RM9.
Dapat free membercard.
Sejam RM5, lagu tak limited langsung.
Suka hati nak menyanyi berapa lagu pun, lagu pun complete semua ada.

And karaoke bilik, boleh tahanlah besar and aircond pun kuat. Kiranya I puas hatilah. Nanti nak pergi lagi. Kalau bawak Syafi's siblings mesti besttttt.

Bayangkan heh, dua jam setengah weols dekat dalam bilik tu, kitaorang dibagi satu jug air coke and total semua perlu dibayar cuma RM22 untuk enam orang :B





Dari kiri: Iskan, Akim, Fakhri, Syafi

Awal pagi semalam, pukul 8am, Syafi and his friends pun balik KL T______T



Dan ini adalah gadget kesayangan I, C903 yang diambil gambar oleh Sony Ericson SATIO. Pheewitt :P