Thursday, January 28, 2010

Tips: Risiko 'fad diet'





Diet yang diamalkan sebahagian wanita sekarang adalah TIDAK SIHAT (kena boldkan tanda warning keras), dan dikenali sebagai 'fad diet'. 'Fad diet' adalah pelan diet yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu menjaga pemakanan dan senaman. Jenis diet yang sering dilakukan ini berisiko tinggi. Antaranya seperti list dekat bawah ni.
  • Diet terlalu rendah kalori
Pengambilan makanan rendah daripada 800 kalori sehari. Ini menyebabkan tubuh terpaksa mendapatkan tenaga daripada simpanan lemak.
Risiko: Diet ini berisiko tinggi untuk mendapat kesan sampingan seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah kerana ketidakseimbangan tenaga.
  • Diet rendah rendah
Diet dari pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan kekurangan jumlah kalori. Ramai pengikut diet ini memberi gambaran mitos bahawa selulit adalah disebabkan bahan toksik. Dengan mengamalkan diet ini dapat mengurangkan lemak terutama pada bahagian peha atau pinggang.
Risiko: Diet ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan pengukur lemak tubuh (BMI) dalam badan.
  • Diet tinggi serat
Amalan diet tinggi serat boleh membantu penurunan berat badan dengan memberi rasa kenyang disebabkan pengambilan kalori yang sedikit.
Risiko: Jumlah serat disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut dan cirit birit. Bagi sesiapa yang bermasalah penghadaman akan memburukkan lagi keadaan dan pengambilan bijirin dalam kuantiti besar akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.
  • Diet tinggi protein
Pengambilan karbohidrat dihadkan kurang daripada 30 gram sehari. Pengambilan terlalu tinggi boleh melambatkan perut kosong dan mengurangkan keinginan untuk makan.
Risiko: Meningkatkan pengambilan kolestrol dan lemak tepu. Diet ini juga kurang kandungan serat berasaskan karbohidrat, terutama bijirin tumbuhan. Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit, fungsi kognitif terjejas dan peningkatan paras asid urik dalam buah pinggang berisiko untuk pembentukan batu karang.

Girlssss, tammo cuba 'fad diet' tanpa mendapatkan nasihat doktor tau. Nanti sakit T___T Bagi yang tengah diet tu, if ada something wrong, please cepat jumpa doktor sebelum ada kesan sampingan yang teruk. And girls, tak nak kan kurus keding macam I ni? Sobs.



Eh cuba tengok sarapan I untuk pagi tadi. Lontong. Sedap, kan? Makanan sedap macam ni pun uols ada hati nak diet ke? (Bersiul. Muka tak bersalah)

Papppppppppppp!

"Kan Mama dah cakap bersiul tak baik!" T___________T

Credit: Jelita Januari 2010, page 114

Wednesday, January 27, 2010

Felt and baby meow



Ini order yang I dapat daripada beberapa customer. Sengaja nak letak dekat entri ni. Nak tunjuk contoh. Senang kalau customer lain nak order, boleh tunjuk contoh mana satu dia nak.

Oyya, untuk pengetahuan kakak Yonna and kakak Diya, felt names untuk kakak Diya macam nama 'Mira' tu. Tapi kakak Diya punya warna lain T_________T Harap-harap dapatlah siasat siapa 'Rahim' tersebut. Pfft. Suka hati dia je nak curi parcel orang, kan?

Semua item dekat atas ni dijangka tiba kepada tuan masing-masing pada hari ini. Ada yang pos pakai pos laju and ada yang pakai pos ekspress. Hopefully semuanya sampai dengan selamat.


Oyya (lagi), malam tadi after maghrib, Kiki dah mula sakit and mintak dibelai oleh Mama. Gambar di atas adalah beberapa jam sebelum kelahiran anak-anak Kiki.


Pagi tadi, Mama bangun pukul 4am dan tengok Kiki dah beranak dah. Hoorayyyy! Mula-mula keluar dua ekor. Seekor hidup, seekor lagi mati dalam keadaan masih dalam sarung/kantung. Lepas itu keluar lagi dua ekor, juga keadaan yang sama. Seekor hidup, seekor lagi mati dalam keadaan masih dalam sarung/kantung. Yang hidup pulak dibiarkan dengan uri. Nampak sangat Kiki tak tahu apa-apa lagi.


Kiki tengah lemah sekarang. Well, anak Kiki adalah BUKAN anak Oliey T________T

UPDATE: Baby lagi sekor tu mati jugak. Baby tu semua tak cukup bulan lagi sebenarnya :(

Tuesday, January 26, 2010

Tips: Serangan dan symptom migraine


Siapa ada migraine? I ada migraine, tapi lama dah tak kena serang dengan penyakit tu. Harap-harap tak payah lah datang lagi dah. Kalau dah kena serang migraine, I boleh rasa nak mati sangat dah. Jangan harap boleh berjalan-jalan macam biasa. Lebih-lebih lagi kalau kena cuaca yang panas.


Macamana nak tahu ada migraine? Okay ini adalah gejala ataupun symptom migraine:
  1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Mengikut pengalaman I, I selalu diserang pada kepala kanan. Kesakitannya agak teruk, kadang-kadang terasa di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam. I selalu kena dalam 24-30 jam.
  2. Rasa mual dan sometimes muntah.
  3. Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas.
  4. Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising. Mama I akan suruh I tidur dalam bilik gelap kalau I diserang migraine. Selalu tutup langsir dan tak akan ada cahaya yang terkena pada diri I terutamanya mata. Bunyi bising pun akan mengakibatkan migraine bertambah teruk T_____T
  5. Berpeluh-peluh.
Bagi sesetengah pesakit migraine, termasuk diri I sendiri, terdapat "aura" iaitu tanda-tanda amaran bahawa migraine akan mula menyerang. Contohnya, pandangan menjadi kabur, ternampak garisan zigzag ataupun kelihatan bintang-bintang di mata. Kalau I dah dapat tanda macam ni, jangan harap I akan keluar rumah.

Migraine akan menyerang apabila:
  1. Tekanan-tekanan emosi ataupun tekanan fizikal.
  2. Makanan - Coklat, makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate), makanan yang mengandungi tyramine seperti ayam, kekacang.
  3. Daging yang mengandungi nitrates seperti sosej dan salami.
  4. Bawang besar, mentega kacang, produk susu.
  5. Persekitaran - bau-bauan seperti minyak wangi, bunyi bising, missed meals, pertukaran masa tidur, pertukaran hormon seperti haid dan hamil, merokok atau asap rokok.
Ini tips yang berkesan semasa mendapat serangan migraine.
  • Meminum banyak air agar badan tidak kering terutama jika terdapat muntah-muntah.
  • Berehat di bilik yang senyap, gelap dan sejuk.
  • Letakkan kain yang sejuk di kepala.
  • Makan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
  • Bersabar dan berdoa agar Allah menghapuskan dosa-dosa kita melalui kesakitan yang kita lalui ini.
Menurut I, kesakitan yang paling sakit adalah sakit gigi dan gusi. Kedua adalah migraine. Menurut I lah T____T

Monday, January 25, 2010

Berkabung



Seorang perempuan. Ya, seorang perempuan yang lebih suka menghabiskan masa di dalam rumah sambil berinternet atau menjadi tukang jahit felt, hari ni keluar bersama mama tercintanya ke pejabat pos Gelang Patah. Telah seorang perempuan tersebut bersiap dan Mama mencapai tudung berwarna warni..

"Eh. Kena pakai tudung putih. Kejap heh, nak gosok tudung putih"
"Ala ma. Maknanya orang pun kena pakai tudung ke, ma?
"Ha'ah. Yelah"
"Alaa malaslah keluar. Kena pakai lengan panjang lagi"
"Takyah lengan panjang. Pakai tudung je"

Anak perempuan yang tercomel (comel makna dia bersaiz paling kecil dalam keluarga. bukan muka yang comel heh) telah menggosok tudung putih dan pakai dengan gopoh gapah macam dah terror sangat dah pakai tudung. Memanglah terror. Sepanjang lima tahun di sekolah menengah I memang pakai tudung T_______T

Keluar rumah. Start enjin kereta dan drift. Eh tak tak. Mana boleh drift. Dan memandu. Dah pos itu dan ini, sedang dalam perjalanan ke tempat letak kereta, tiba-tiba Mama menyuarakan sesuatu..

"Manis je pakai tudung"
"Eeee taklah"
"Yelah. Betul. Tak percaya sudah"

Malunya. Muka dah lah pucat tanpa satu make up pun yang terlekat. Okaylah, mommy. InsyaAllah suatu hari nanti :')

Secara ringkas


I rasa macam dah lama tak update pasal diri sendiri. I means, my daily routine kot. Hihi. So hari ni I nak share secara ringkas tentang apa yang berlaku sekitar diri I lah pulak. Asyik cerita pasal crafting felt je kan.
  1. Macam biasa, I banyak makan, setiap setengah jam akan mencari makanan, tapi berat I sekarang 31.5kg (baru timbang tadi).
  2. Sekarang ni mata I dah set tidur pukul 1am dan bangun pukul 10am. No need alarm clock, memang akan automatik macam itu.
  3. Lagi 20 hari, Angah I akan bertunang dan rumah I masih belum siap kemas-kemas lagi. I yang merasa debarannya. Sebab lagi 20 hari jugaklah I akan jumpa dengan Syafi lagi.
  4. Kereta I buat hal. Tayar ada bocor nipis. I tak sure sebab apa. Hari tu memang ada terlanggar serpihan kaca halus. Tak akan lah sebab tu? So kejap lagi akan ke workshop.
  5. Kiki tengah pregnant. Sebentar lagi (tak tahulah bila), Mama akan mendapat extra cucu.
  6. Semakin pemalas dan bermalasan di kerusi malas.
  7. Semakin addict dengan Twitter dan suka baca bila kawan-kawan update status.
  8. Rindu dekat Syafi tapi selalu salah faham lately. Tapi salah faham kejap je. Beberapa minit. Lepastu akan slow talk dan berbaik balik T________T
  9. Order yang I dapat untuk buat felt dah banyak and semua I dah siapkan. Just tunggu ada beberapa lagi customer yang belum bank in. Kalau you guys nak order, boleh email I ya.
  10. I bertanding dalam Why I Like It Longer. Doakan I, manalah tahu ada rezeki. InsyaAllah.
Cukuplah sepuluh. So far, life I semakin bahagia and semakin perfect. Hopefully kekal macam itulah sampai bila-bila. Amin.

Saturday, January 23, 2010

Felt : Novelty button, heart and phone casing. (Kenapa saya benci Pos Malaysia juga)


beberapa hari lepas, i sibuk dekat twitter marah-marah pos malaysia. heh. seriously i rasa macam kecewa dengan post office gelang patah, johor ni. actually, i beli buttons online. the owner of the blogshop tu bagi tracking number for pos ekpress. i pun track lah. yelah, this time i beli item yang agak mahal (mahal bagi i, bagi you guys i tak tahu lah). but then, esoknya i tengok item tu dah ada dekat post office gelang patah. masa tu pukul 2pm. so i thought item i akan sampai hari tu jugak. yelah. i track and item tu pun dah sampai, and jangan lupa, pos ekspress janji one day je kan? "dijamin sampai esok". the seller of buttons shop online tu pun send item tu before pukul 2pm tau. so of courselah ambil masa sehari je kan? heh T_______T

tapi hari ketiga tu i kena call post office gelang patah sampai tiga kali and paksa diaorang untuk hantar item i, then setengah jam lepastu barulah posmen dia hantar. kena PAKSA okay. wtf. heh.

thats why lah i tak percaya dengan pos ekspress. sebab pos ekspress guna posmen biasa. kalau poslaju kan ada van dia tu. so i lebih prefer poslaju lah. kalau poslaju pun buat hal yang sama, i terpaksa lah mengamuk dekat post office tu. hope takkan jadi macam tu lah. hesh.


at lastttt buttons ni semua dah ada dekat tangan i. nanti i nak order lagi dua pack. hihi.



actually this item, kawan sekolah adik i yang order. bweheheheh. dah dua orang kawan adik order dekat i tau. alhamdulillah. by the way, cartoon perempuan yang i buat tu ada tak macam budak sekolah? T____T



phone casing. gahhhhh. lepas ni i nak buat pencil case pulak lah :P

i rasa macam tak ada mood je today. you guys semua macamana? johor bahru panas terik ni, tak tahan i :(

Wednesday, January 20, 2010

Why I Like It Longer


empat hari lepas, i tengok website nuffnang, ada buat contest LG. just write a blog entry about ‘Why I Like It Longer’ dan tiga entri terbaik bakal memenangi LG BL40 New Chocolate setiap seorang. i sangat berkeyakinan tinggi untuk buat entri memandangkan hadiah sangat diidamkan oleh i sendiri.


nasib baik nuffnang sangat friendly dan reply pertanyaan i ni :D and this is..

'why i like it longer'




since i dah terjebak dalam dunia crafting felt, lebih baik i share dengan you all why i like it longer. i suka beli felt fabric yang lebih panjang berbanding yang pendek (merujuk gambar). i memang cenderung beli felt fabric yang lebih panjang sebab ia bermaksud felt tersebut lebih besar dan boleh digunakan dengan banyak. walaupun agak mahal sedikit, tapi bagi i, sangat berbaloi. kualiti dan harga yang sama, tapi kalau ada yang lebih panjang, mestilah i akan memilih yang lebih panjang dan besar!



masih dalam dunia crafting felt, i lebih suka gunting yang lebih panjang. senang nak potong felt. kalau i potong felt menggunakan gunting yang pendek (rujuk kepada gambar) i feels like it too complicated and it will make my fingers hurt!



plus, benang pun i tak suka yang pendek. why i like it longer because i rasa membazir beli benang yang pendek since benang yang lebih panjang itu adalah lebih banyak kuantiti berbanding yang pendek. so i boleh pakai lama and tak perlu asyik beli benang. harga mahal sikit tak apa, yang penting memudahkan i.



oh ya. jangan lupa. why i like it longer just because i am too short with height 156cm only. hihi. *blushing*

oh don't forget one more 'special thing'! why i like it longer..



mempunyai 3G HSDPA 900/1200. ini adalah salah satu benda yang penting i perlukan. well, my fiance sekarang ada dekat KL, while i'm in JB. jarak sangat memisahkan dan 3G menjadi penghubung antara i dengan dia. LG BL40 New Chocolate yang semakin panjang dan bukan slide ini sangat menepati citarasa i. as you know, i kurang suka mobile phone slide type.


LG BL40 New Chocolate seberat 129g ini sangat slim. slim like me, maybe? ahaaa. this is why i like it longer! nipis dan tak tebal macam slide type! and it make the LG BL40 New Chocolate are so sexy!


i dah buat crafting felt for phone casing. it special for LG BL40 New Chocolate! :D why i like it longer, LG BL40 New Chocolate adalah S-Class Touch UI. dan ia menjadikan LG BL40 New Chocolate sangat selesa dan sesuai untuk berinternet dengan aplikasi Wi-Fi 802.11 b/g, DLNA! wowwww! bagi yang addict berblogging macam i, sangat sesuai kan? this is why i like it longer! nak online pun senang, it have the big big big screen!




qwerty thumboard! this time though qwerty keys are big enough and it is much harder to tap the wrong key. OMG. kerana panjangnya LG BL40 New Chocolate, ia sangat memudahkan user. senang cakap, very friendly user lah!



whoaaaaaaa! why i like it longer sebab i boleh tengok video dengan screen yang besar! 4" tuuu! i'm in love with LG BL40 New Chocolate! i want it so badly now. please?


why i like it longer? the length of the phone actually is pretty unique!


see? kalau i pakai dan gantung dekat leher pun sangat sesuai kan? this is one more of the reason why i like it longer ; unique design!

actually, very nice design, just like anothers LG. but this time, it more longggg and more nice too ^___^

the phone is great especially with the 21:9 aspect ratio movies work just great giving out great sound with the dolby great surround sound technology. i think LG BL40 New Chocolate the greatest phone this year!



OMG!!!!!!!! i berharap sangat i akan menerima calls dari nuffnang and LG dan beritahu, i adalah salah seorang daripada pemenang 'why i like it longer'.

you all tengoklah sendiri kalau LG BL40 New Chocolate diletakkan di atas meja, sangat unique dengan saiz yang panjang dan warna yang very exclusive.

serious talking, this is the awesome phone to be owned!


Tips : Panduan memilih bra/coli



ala tak payahlah nak hipokrit sangat sampai cakap i ni entahapahapa buat entri macam ni. rasanya benda macamni sesuailah nak share kan. rasanya lagi, info macam ni penting jugak. nak elakkan sakit entahapahapa nanti kan. yelah sekarang ni macam-macam penyakit je yang suka sangat nak datang tanpa minta izin T_______T

jom cekidaut camana nak pilih coli cara betul. hahaha kelakar betul pilih bahasa 'coli' ni. selalu cakap 'bra' je. lol. jomlah jomlah gantikan 'coli' kepada 'bra'. pfft.

  1. jam ni, (bahasa orang johor yang bermaksud; sekarang ni) ada macam-macam jenis bra dekat pasaran. tak kiralah jusco ke, giant ke, carefour ke, tesco ke, hahahaha. asalkan tempat jual bra lah. kalau boleh, biarlah budget lebih sikit, pilih yang berkualiti melalui jahitan. jenama pun penting jugak. nak pakai triump memanglah selesa.
  2. kenali bentuk dan ukuran payudara. kalau jenis besar tu, pilihlah bra yang sesuai. jangan pulak pilih yang kecik-kecik. nanti kang macam tak pakai bra pulak. (tetiba masa i taip entri ni, kepala i tengok ke luar tingkap. manalah pulak pakcik posmen ni parcel i belum sampai lagi ni HAHAHA)
  3. kalau payudara saiz kecik, samalah jugak kan. pilih bra yang dapat menampung sekaligus memberi kesan lebih penuh. pilih bra yang berbesi dan span, mesti selesa lah T____T
  4. pilih dan kenakan bra sesuai dengan situasi. janganlah mengenakan bra seksi yang hanya bertisu kalau nak berjogging, nanti kang tak membentuk pulak payudara habis layu pulak nanti. pfft.
  5. bersihkan bra dengan baik. ini penting tahu? jangan cuci bra dengan washing machine hoiii. cucilah dengan tangan. bra tak rosak. yelah kalau beli triump, dahlah mahal, masuk washing machine habis rosak, melayang lah RM60-RM80 eh kadang ada yang cecah RM400 satuuu. cuci tu takpayah guna detergen lah, guna sabun biasa je.
  6. cara mengenakan bra yang betul bukan dengan cara mengaitkan bahagian hadapan kemudian diputar ke belakang (walaupun cara ini sangat selesa dan biasa dilakukan). cara macam tu boleh buat payudara tak selesa tahu? cara yang betul dengan menangkupkan coli dari depan, kemudian mengancingkan kait pada posisi belakang. berbelit lah sikit tangan tapi seeloknya ikutlah macam tu.
  7. jam ni, (sekali lagi) mana boleh nak test-test bra sebelum beli. yelah takut jugak kang test tetiba ada kurap ke apa, bahaya lah hoi. make sure tahu size tauuu.
girlssssss, kena ingat. benda macamni penting tau. kena praktikkan selalu. tak boleh ambil mudah. kang dah kena kanser lah apa lah baru nak buat, susahlah kan. harap penyakit-penyakit ni dapatlah dijauhkan. nak jauhkan, kenalah elakkan :P

info ini khas oleh triump dan jelita

* sehingga entri ini habis ditaip dan dipublish pun parcel i belum sampai. cepat sikit boleh tak? gahhh.

** eh jangan nak memandai. parcel i maksudkan bukan 'bra' ye. parcel untuk crafting felt. cis.

Sunday, January 17, 2010

Felt : One slice cake, please?









cuba teka i buat apa ni dekat atas ni? bweheheheheh. eh, tadi i buat kan, baru i perasan kapas i dah nak dekat habis. kena pergi borong kapas ni. huwaaaaaa malasnya. ada tak online shop yang jual kapas? malasnya i nak keluar pergi beli kapas. dah seronok duduk rumah menghadap felt, gunting, jarum. blog pun dah kurang. tapi tetap sayang, sebab itulah lepas menjahit terus hadap blog T________T





eh hello? sorry. i bukan student yang lukis-lukis apa entah tu heh. i tukang jahit felt yang comel. okay baca. felt yang comel. bukan i. i tak ada comel langsung :P sebelum menjahit, i memang selalunya akan melukis dulu. bila dah lukis baru i tekap dekat atas felt and jahit. lukisan i dekat atas adalah untuk buat 'cream'.


pandangan cake dari atas



tadaaaaaaaa. dah siap cake. bweheheheh. nyummy nyummy! 8-)

felt warna pink yang i sumbat kapas tadi adalah strawberry. hik. and lukisan yang i lakar tadi tu adalah cream di bawah strawberry tersebut.



design cake macam ni sesuailah kalau nak kasi gift untuk birthday, kan? nanti boleh lah i tambah 'happy birthday' ke apa ikut citarasa customer lah :D haaaa nak tambah lilin pun boleh.

sesiapa yang nak order, boleh email i tau. untuk pertanyaan harga, boleh email i atau direct message :)

Saturday, January 16, 2010

Felt : Keroppi, hamburger; tiny button juga.



hihi i baru lepas menjahit. heh.

"engkau tak ada kerja lain dah ke rara?"

T________________________T

i kan surirumah sepenuh masa. puii! terus terang sajalah i ni tak bekerja, menjadikan ia sebagai hobi. tak ada masalah, kan?



semalam i berjaya menyiapkan keroppi ini dalam pukul 2.20 pagi. kalau tengok keroppi, mesti ingat yuyu kan? yesssss, yuyu memang penggila karakter kartun keroppi. hik. yuyu order keroppi and tag nama tu. dah siap tapi i lupa nak capture gambar. lagipun biarlah surprise sikit kot :P



pagi tadi i bangun pukul 10 pagi. terus menjahit tanpa makan dan minum. sehingga entri ini ditaip pun, i tak makan minum satu hapa pun lagi. hekhek. i berjaya buat burger menggunakan felt. nyummy nyummy!



and i juga berjaya menjahit biscuits. ceh i sukaaaaaaa sangat bila buat sesuatu yang bercirikan makanan ni. rasa nak ngapppp! nom nom nommm.

and lagi, i nak hoorayy sebab tengahari tadi i dah received parcel yang i order :D









take care everyone and happy weekend! muah muah.

hamburger: rm3
biscuit set: rm4 (5 item)

**harga tak termasuk postage and jenis handphone strap/keychain/ribbon.