Saturday, October 31, 2009

Jom menang nintendo wii!



selamat sabtu. hari ini i bangun awal. pukul 8.05am mama dah kejut. kedebang kedebung pintu bilik i bila mama ketuk.

"hoi hoi. bangun. jom"
"ala. baru pukul lapannn" -sambil tutup muka dengan bantal
"ala mama nak mandikan nenek"

okay yelah yelah. terus bangun and call syafi. syafi ada event hari ni dekat awana genting highland. suruh syafi bangun and i pun on laptop. first thing i mesti tengok nuffnang dulu. nak tengok buffered campaign dah berapa. heh.

lepas mandi. i camwhoring depan webcam. macam biasa. gambar gedik.



tak nak kalah. orang lain pergi capture gambar mulut kasi muncung, i pun nak jugak. ok last last, lepas ni tak letak dah gambar mulut muncung² macam ni dah.

bersiap.

and berdriving ke cimb bank keluarkan duit, belikan nenek jajan (benda untuk dikunyah like keropok). lima belas minit selepas itu;



tadaaaaa. i dah sampai dekat rumah pak cik i. and tengok nenek tersayang. heh. adik i memang macam tu, kalau ajak camwhoring terus buat muka macam itu. kira ni live update lah dari i kan sebabnya gambar tu di capture dua minit yang lepas. hehek.

Friday, October 30, 2009

Tips kulit sihat dan cantik



nak kulit sihat? tak perlulah sampai pergi berhabis duit dekat beauty saloon. kononnya nak manjakan diri. kalau kita sendiri pandai jaga kulit, tak akan ada masalah kulit suram atau sebagainya. yang penting, kita kena selalu manjakan diri dengan cara kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja ratus-ratusan ringgit. jom kita cuba tips yang dikongsikan oleh intrend ni!
  • makanan sihat


elakkan atau kurangkan makanan yang boleh menyebabkan muka berjerawat dan kulit berminyak. contohnya coklat, kentang goreng and minuman soda. banyakkan makan sayur (ehem) and buah-buahan, ia lebih mendorong untuk mendapatkan kulit sihat.
  • senaman and minum plain water
bersenam secara teratur mempengaruhi kesihatan kompleks kulit muka. selain itu, penting untuk you guys tahu, you guys kena minum lapan gelas plain water sehari. bila darah dalam badan berjalan lancar, ia boleh menjadikan kulit kita berseri balik. you guys juga kena tahu, bersenam and minum plain water boleh mengurangkan stress tau.
  • cuci muka sebelum tidur
haaa. siapa yang tak pernah cuci muka sebelum tidur? muka still ada blusher, ada mascara, eyeliner, lipstick, lepas tu terus tidur. bukan setakat pemalas, pengotor pun ada jugak heh. biasa-biasakanlah diri tu untuk basuh muka dengan air suam sebelum tidur. pembersih muka mestilah sesuai dengan kulit. and then sapukan penyegar, diikuti dengan pelembap. sekali seminggu, gunakan scrub atau revive gel untuk membuang kotoran lama yang menempel pada muka dan mengecilkan liang pori.
  • tidur yang cukup sangat penting
tidur yang cukup adalah tidur selama lapan jam setiap malam. confirm esok pagi you guys bangun dengan segar. bangun tidur tu jangan lupa mulakan hari dengan senyuman. sambil menggeliat tu, sambil senyumlah and cakap pada diri "have a nice day". hihi. rasanya you guys tahu lah kot kalau tidur yang tak cukup boleh menyebabkan lingkaran hitam bawah mata.
  • lindungi kulit daripada cahaya matahari
penting sekali melindungi kulit daripada sinaran matahari yang menyebabkan berkeriput, terbakar dan kemerah-merahan. gunakan cream dengan spf 15.
  • berhenti merokok
ayyomaa, ayyopaaaa. ada tak perempuan yang merokok tengah baca ni? T_______T seriously, merokok boleh menyebabkan proses penuaan yang melampau; muka cepat berkedut.



terimalah muka sebelum tidur daripada i :') TAKPAYAH kot nak hipokrit sebab i memang tak lawa.

Download adobe photoshop extended secara percuma



selamat pagi semua. have a super duper nice nice day.

pagi-pagi i bangun tidur. terus call syafi. lepas call syafi. i pergi buat air sebagai breakfast. i mengendap dekat luar tingkap, heh. mama tengah siram pokok bunga dia. sekarang ni, masa i menaip entri ni, mama ada depan i tengah minum air sebagai breakfast and sambil tu bercerita pasal pokok bunga dia. hihi.

bila i online, i berbual dengan ynn and aina. bincang pasal nak pergi wedding kaklong ynaa. insyaAllah nanti i akan datang ke wedding tu and nak happykan ynaa. well, kita semua tahu, ynaa perlukan semangat dari semua orang sekarang and pada hari tu nanti. eh you guys tahu kan i dah start makan sayur? thanks sangat dekat syafi and ynn sebab selalu paksa-paksa i makan sayur and at last, i makan jugak.



hasil gambar ditangkap menggunakan dslr i. heh. padahal guna webcam only (-__-")

tengok. i dah berisi sikit kan? oliey yang gemuk pun dah kalah dengan i sebab i dah nampak lagi gemuk dari dia. yes². nampak sangat oliey malas nak ambil gambar. nampak sangat terpaksa ambil gambar. pantang betul orang peluk dia. terus meronta-ronta mintak lepas. sometimes i geram, i cubit kuat-kuat je pipi dia. hekk.



i suka betul bila tengok i dah mula berisi sikit. kejap heh. i pergi timbang berat i T______T

oh oo! i ambil masa lima belas minit sebab lepas timbang berat tadi ada tebuan singgah dalam rumah and i terjerit-jerit. okay jangan bayangkan sebab nanti hilang keayuan i. ngeh. okay dah timbang. result macam tak boleh percaya. 31kg. no, i tak silap taip. memang 31kg. menurun. maknanya apa? makan sayur tak ada hasil. hekhek.

psst. selalu orang tanya i, dekat mana i download adobe photoshop. seriously, dulu memang i rajin download software tapi since pakai celcom broadband, tak kuasa nak download². and you guys boleh download adobe photoshop secara percuma and tak payah crack dah, memang seratus percent cintaku percuma • click here. so you guys dah tak ada alasan suruh i buat header lah banner lah hanya disebabkan you guys tak ada adobe photoshop. kalau nak i buat jugak, bak sini sepuluh ringgit. haha.

eh² perhatian please. sesiapa yang ada wedding atau birthday atau tarikh penting bulan november yang nak letak dekat calendar i, boleh bagitahu i through comment heh. and please, bagi link sekali.

Thursday, October 29, 2009

Kenapa lelaki tinggalkan perempuan?



sometimes, perempuan selalu merungut tak puas hati bila ditinggalkan boyfriend. dia kata tanpa sebab, lelaki tu angkat kaki daripada cinta. bila fikir-fikir balik macam tak logik, kan? i pun tak perfect, seriously i memang selalu ingatkan you guys, i memang tak pernah perfect. kita semua tak pernah perfect. tapi setiap apa yang berlaku mesti ada sebab. maybe kalau you guys pernah ditinggalkan lelaki and you guys tak tahu apa sebabnya, lepas baca entri ini, you guys akan tahu. and boleh lah perbaiki diri kan?
  • kuat membebel
lelaki, i nak bagitahu, perempuan memang kuat membebel mengalahkan bunyi air dijerang dalam cerek dah masak. kalau salah seorang dari engkau yang dapat perempuan tak kuat membebel, itu kira nasib baik. hadapilah kenyataan, perempuan memang tak lari dengan sikap kuat membebel. perempuan, please please please, kalau nak hubungan you guys tu kekal, kawal sikit mulut and berhenti merungut like mak nenek. lelaki memang anti betul dengan perempuan kuat membebel. lebih-lebih lagi bebelan tu secara kasar.


  • kaki kritik
apa yang boyfriend you guys buat, semuanya salah. sikit-sikit nak kritik, sikit-sikit nak hentam. tak ada langsung bagi semangat atau pujian. sesekali bagilah pujian atau kata-kata semangat bila boyfriend you guys tu bercakap pasal impian, kejayaan atau kisah suka duka. kalau asyik nak kritik sampai bila-bila pun tak akan bahagia lah. macam musuh dalam selimut lah kan.
  • queen control
masalah ini. i sendiri pun terasa. hihi. nak control tu boleh, tapi berpada-padalah. fikirkan dulu baik buruk dan akibatnya. jangan nak main control je. kalau betul lelaki tu salah buat sesuatu perkara, you guys cuba tegur secara baik and minta dia jangan buat lagi. jangan terus bagi tekanan. lelaki benci perempuan yang suka menghadkan kehidupan dia. nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. hal keluarga pun nak masuk campur, melampau lah kan?


  • gedik
lelaki alergi dengan perempuan gedik? betul ke? kalau yang ini, i cakap awal-awal, no comment. heh. maksud i, macam manja-manja sayang, tak apa kot? kalau menggedik tak tentu pasal, nak melengeh-lengeh dengan lelaki twenty four hour, itu baru gedik. sikit-sikit nak merengek, sikit-sikit nak menangis. mula-mula bercinta, bolehlah. dah cukup masa, nanti lelaki kata "selamat tinggal julietku" apa you guys nak buat? please ingat, lelaki lebih suka perempuan yang pandai berdikari sendiri.
  • demand
heh. semuanya nak, semuanya nak. kalau bercinta dengan anak datuk, tan sri atau vvip tu tak apalah jugak. bercinta dengan orang yang biasa, nak demand lebih. merengek nak iphone, merengek nak macbook, merengek itu merengek ini. kalau lelaki tu setakat kerja tukang kira garfu dengan sudu sama ada cukup atau tak dekat restoran mak cik rosnah tepi jalan, macamana nak kasi semua tu? jangan mimpi lah.
  • comot
macam pernah ada dalam entri i dulu. dikategorikan sebagai selekeh and tak pandai jaga penampilan. sampai lelaki pun malu nak kenalkan dengan kawan-kawan. dah lah selekeh, macam busuk pulak ke, badan berbau ke. cili melekat dekat celah gigi lepas tu senyum habis nampak semua, memalukan lah kan? cubalah jadi orang yang pentingkan kebersihan and penampilan diri. penting sangat-sangat.
  • suara
ehem. cik adik manis yang lagi ayu dan anggun semua, suara tu jaga lah sikit. kalau suara dah jadi macam lelaki maskulin, macamana boyfriend you guys nak buat bini? takutlah dia nanti. kalau gaduh, suara dia biasa je, suara you guys yang mengaum sampai selang tiga empat buah rumah pun boleh dengar. kita sebagai perempuan, jagalah sikit keayuan suara kita. tak perlulah buat-buat suara lembut, sekadar jangan bercakap dengan nada suara yang tinggi macam nak bercakap dengan orang pekak tu sudahlah.
  • tiada pendirian
macamana nak hidup kalau tak ada pendirian? tegas pada diri sendiri. walaupun lelaki suka dengan perempuan yang selalu membenarkan percakapannya, sometimes you guys kena tegas juga. mana yang you guys rasa kurang tepat, bersuaralah dan menegakkan pendirian you guys tu.

haa. so lepas ni jangan cakap "dia tinggalkan aku tanpa sebab..". kadang-kadang lelaki tinggalkan perempuan, dia malas nak bagitahu alasan. sebab lelaki tahu, perempuan susah nak terima alasan-alasan macam ni.


Goodbye parents in law selepas berkahwin?



rasanya, entri ni i buat untuk syafi tapi apa salahnya kalau orang lain nak jadikan entri ni sebagai inspirasi pada masa akan datang. hihi. tapi siapalah i sampai nak suruh orang lain berinspirasikan entri-entri i. honestly, bila dah bercouple dengan seseorang, sesuatu yang kita harapkan adalah restu dari kedua-dua belah pihak keluarga. of course kena pandai ambil hati orang tua pasangan kita kan?

tapi yang i pernah jumpa setakat ni macam-macam ragam jugak. masa couple, hari-hari pergi jumpa future parents in law pun tak apa. bukan setakat tu, setiap bulan sanggup belanja future parents in law makan besar. sanggup lah buat apa je janji dapat menangkan hati orang tua pasangan dia tu sampailah dapat jadikan anak mereka sebagai isteri.



bila dah jadi isteri? first thing i harapkan, syafi tak akan lupakan keluarga i apatah lagi membelakangkan keluarga i. apatah lagi bersikap dingin atau tak mesra dengan mama. maybe masa belum kahwin, still segan, itu lain cerita. tapi please. nanti dah kahwin janganlah segan sangat sampai nampak macam sombong.

lagi satu, paling penting. janganlah nak kurang ajar atau nak tinggikan suara dekat parents pasangan. apatah lagi bila parents in law tu bagi ayat berkias macam contoh;

"kipas syiling ni berhabuk sangat dah" -ini bermakna parents in law minta tolong menantu dia tolong lap kan T_________T takkan tak faham? dungu sangat ke?

lepas tu you guys dengar parents in law you guys cakap macam tu, please lah jangan buat tak dengar. macam annoying. for sure parents in law akan kecil hati and boleh menyampah dekat you guys masa tu jugak. perasaan orang tua ni sensitif. so kalau parents sendiri you guys tak boleh nak jaga hati, jagalah hati parents in law. macam mama i selalu pesan dekat i;

"emak atau bapak mertua tak sama dengan emak bapak sendiri. kalau emak bapak sendiri, dia dah bela kita dari kecil, dah tahu baik buruk kita, apapun tetap darah daging. kalau emak bapak mertua, kita kecilkan hati diaorang, susah lah hidup"

and lagi satu, masa couple wah wah bukan main lagi kalau boleh setiap hari nak jumpa future in law. hati berbunga-bunga bila dapat jumpa future in law. bila dah kahwin, isteri pergi jumpa emak ayah dia, bukan main payah you guys nak bawak. alasan memang banyak. macam tak best lah kan? once parents in law dah kecil hati dengan kita, macam tak berguna lah kan?

perempuan pun. bila suami you guys macam dingin dengan ahli keluarga, apa salahnya tegur? bukan derhaka pun kan? tegur secara baik, insyaAllah boleh jadikan hidup you guys lebih bahagia. i belum berkahwin, maybe tak layak nak cakap hal macam ni, tapi i rasa macam annoying bila orang dah berkahwin, terus bersikap dingin dengan family in law.

orang kata, berkahwin ni untuk mengembangkan silaturrahim antara keluarga. nak membesarkan lagi ahli sesebuah keluarga. tapi kalau dah macam ni punya perangai, macam baik tak payah kahwin, kan? syafi, please take note. when i said this is about our future, itu bermakna i serious.

Wednesday, October 28, 2009

This is my first time letak gambar bertudung



eceh eceh. entri ini khas buat atikah yang email i lepas entri earring. atikah tanya sama ada i ini budak sekolah convent bukit nanas atau bukan. of course bukan. hihi. i bukan budak convent tapi boleh dikatakan berkawan jugak lah dengan diaorang tu. lebih-lebih lagi masa pergi tuition class. actually, atikah ingat i budak sekolah sana sebab i ada mention pasal i tindik telinga sampai dua dan tiga lubang. eh eh bila i cakap i bukan budak sekolah sana, atikah macam tak percaya and tanya lagi i budak sekolah mana dulu. and siap request nak tengok i zaman sekolah.



sekolah i ; SMK TAMAN SETIAWANGSA memang wajib pakai tudung. and rasanya this is my first time letak gambar i bertudung. wajib bertudung tapi perangai student, ehem. hanya pengetua and cikgu-cikgu jelah yang tahu. student perempuan bergaduh tarik-tarik tudung, bergelut-gelut depan pagar sekolah lepas balik sekolah adalah perkara yang terlalu biasa. kadang-kadang i tak tahu apa puncanya. berebut boyfriend lah agaknya.

and oh. perempuan sebelah i. yang bermuka bulat macam doraemon tersebut adalah kawan baik i dunia akhirat, norsham hajira. gambar di ambil semasa hari terakhir sebelum mengambil spm. bawak handphone pergi sekolah. apa ada hal.



sebelah i tu adalah cikgu kesayangan yang mengajar i subjek produksi multimedia, puan suraya hashim. seriously rindu cikgu tersebut tapi dah tak tahu contact number. and and, sebab cikgu tersebut lah i boleh dikatakan pandai sedikit bermain coding, berphotoshop, berdreamweaver, bermacromedia flash, and banyak sangat dia ajar. sampailah i mendapat sijil matapelajaran vokasional.



ehem. didapati kompeten bagi semua modul diatas ye. hihi. i memang pelajar terbaik. bukan senang nak kompeten dalam semua ni semasa berusia enam belas tahun, saat-saat nakal yang tiada tandingan, dasyat betul T_________T

Melayang lima ratus ringgit



habis melayang duit berjumlah lima ratus. tetttt.

masa i sibuk nak beli gadget baru lah ada je benda rosak. cabaran betul. camera rosak, laptop rosak, handphone pun dah nak kena masuk tong sampah. i tengah fikir nak pakai handphone apa yang camera dia bagus, ada wifi, ada 3g and design ada style. kalau ada, tolong cadangkan. tapi jangan cadangkan blackberry sebab i dah tengok review dia, semua camera tak menepati citarasi i. and and kalau boleh tak nak touch screen, leceh nak sms masa driving. heh.

i memang ingat duit cpf singapore arwah abah tu nak kasi dekat mama je. tapi dah macam-macam benda pulak rosak and dapat pulak adik beradik yang kurang faham perasaan orang bila semua benda yang penting dalam hidup i dah rosak. i nak buat macamana. i kena lah beli gadget baru tu kan. paling penting, handphone lah. serious i kena beli sebab i memang tak suka pinjam handphone orang. sebab i jenis tak suka bila orang pinjam barang i. jujur cakap.



laptop i TERjatuh. bukan salah i. terbukti. memang bukan salah i. mama sendiri nampak. adik sendiri nampak. malang tak berbau. bag yang i bawak tu suwey. tali dia putus. habis nak buat macamana. bag tu bukannya bagitahu i macamni;

"hoi. tali aku nak terputus dah ni. baik kau hati-hati"

serious bag tu tak bercakap sepatah haram dengan i. tolong percaya. dia memang tak ada cakap apatah lagi pesan dekat i. warranty dah habis. i tak sambung warranty after setahun. i beli laptop ni dekat mid valley megamall. rajin lah pulak i nak pergi balik kl semata-mata sebab laptop ni. nekad. pergi je bawak dekat kedai komputer gelang patah tu. lima ratus ringgit malaysia kalau nak ganti baru. untuk kakak kecintaan hati, i dahulukan duit mama bukan bermakna i menggunakan duit mama untuk repair laptop i. i dah cashout nuffnang i semalam and bila dah tunaikan cek, i bagi semua duit tu dekat mama. ada balance dari duit tu, of course ada, semua i bagi mama. so tak payah risau risau.



bukan boleh repair. screen laptop kalau dah rosak, kena ganti keseluruhan screen lah. so better you guys jaga laptop elok-elok. terhentak sikit je dah boleh melayang lima ratus ringgit malaysia. yang pakai dell terutamanya, hati-hati. dell sangat sensitif.

nasihat untuk orang yang berkenaan; please jangan pandang rendah dekat i sebab i akan buktikan one day dekat you, you silap besar hina-hina i beberapa malam lepas.

dah berapa entri tak sebut nama syafi? okay kali ni nak sebut lah. rindu dekat dia. i love you, sayang.

Tuesday, October 27, 2009

Menaikkan earning Nuffnang?



hari ni dua puluh tujuh hari bulan sepuluh.

hari yang sesuai untuk tekan button cashout pada nuffnang. and yes. buat kali kedua, raracandyflossdotcom cashout. earning pertama macam you guys dah tahu lah kan; rm100.69. earning kedua i malas nak cerita berapa dan berapa. yang mana alert dekat facebook, dia tahulah. i tapis kawan-kawan dekat facebook bersebab. i ambil masa yang lama untuk approve orang pun ada sebab tertentu.


sometimes i nak share sesuatu benda dekat blog atau twitter, ada orang perkotak-katikkan. ada orang tak puas hati bila i reveal pasal earning nuffnang i. so i malas nak reveal dekat blog. nanti ada orang bertambah tak puas hati. so kalau dekat facebook tu i ada bagitahu and you guys yang tahu, sila buat-buat macam tak tahu bila dekat blog heh. i percaya you guys semua. please appreciate.

i tak mampu puaskan hati semua orang. please faham i. please T__________T



no no no, i bukan budget i bagus sangat. and please jangan salah faham. seriously, i pernah kena hentam hanya disebabkan earning nuffnang i. macam-macam cerita i dengar dari orang dekat twitter yang tak puas hati. jadi untuk puaskan hati semua orang, lebih baik i tak perlu bercerita. pasal buffered campaign apa semua, i malas nak reveal dekat blog. yes of course. of course i sedih bila orang ada perasaan dengki dekat orang lain hanya disebabkan benda remeh temeh. maybe dia rasa tercabar. tak apa. i tak salahkan dia. and i dah lupakan and i jugak dah tak ambil hati and i anggap dia rasa tercabar. thats it.

ada orang tanya i, macamana nak naikkan earning nuffnang. i memang tak tahu nak jawab macamana. i still baru dekat nuffnang. adalah dalam 11 bulan. nasihat i, if earning you guys dah cecah rm51, you guys cashout jelah. tak payah nak tunggu banyak sangat. percaya pada i. lepas you guys dah cashout for the first time, you guys akan rasa earning you guys cepat je naik lepas tu. serious. and untung-untung akan selalu dapat buffered campaign.

why rm51? bukan rm50? minima untuk cashout memang rm50 tapi nuffnang tolak rm1 untuk process cheque. so spent lah dalam rm51.50 pun boleh la. cukup-cukup rm51 pun boleh lah agaknya. i cuma bagi sikit-sikit tips berdasarkan pengalaman. bukan nak kata i dah terror atau nak kata i dah cukup bagus atau nak kata i dah hebat macam redmummy. serious i rasa i tak akan jadi sehebat redmummy. and kalau you guys nak tips yang betul-betul boleh digunapakai, boleh pergi sini. mana tahu kalau ikut tips tu boleh membantu menaikkan earning, kan?

and you guys yang belum daftar nuffnang, pergi sign up sekarang.


I love earring



earring. i loveeeeeee earring. serious. kalau ada orang nak hadiahkan i, tak payah susah-susah fikir, boleh beli earring, tapi jangan lah beli yang seringgit dua tu. baru pakai sekali dah patah. eh eh eh cop. macam lah ada orang nak hadiahkan. tak guna cakap banyak. ok ok nak sedapkan hati nanti i hadiahkan untuk diri sendiri. baikkkkkkk.

you guys pernah tak tengok orang pakai earring type 16mm flesh tunnel? huih. i pernah tengok. depan mata. takutttttt. tapi i tak takut kalau tindik banyak-banyakkkkk. hihi. masa remaja dulu biasalah nakal lebih, social lebih, mengada lebih.. i tindik sampai tiga lubang belah kanan, and dua lubang belah kiri. sekarang ni i nak simpan satu lubang je. yang lain dah nak tutup dah. i bukan tindik satu-satu tau you guys. i tindik sekali dua terus. masa tu the girlfriends yang teman. i yang tindik, diaorang yang tutup mata. kenangan betul. dulu jelah i nakal macam tu, sekarang ni nakal jugak tapi nasib baik dah duduk jb ni ha. kurang sikit lah heh.

yes yes yes, i bukan budak baik macam ayu sangat atau macam feminin sangat atau eh eh atau terlampau baik sangat pun. tak tak takkkkk.









punyalah pemalas nak buat storyline sampai letak je gambar lepas tu biar je you guys tengok sedikit sebanyak daripada collection i. start from now memang i nak collect earring. hobby ni dah lama sebenarnya terpendam dalam diri i. since i meningkat keremajaan memang i dah gilakan earring. okay sekarang boleh comment dan cakap "wah cantiknya earring" hihihihii. kalau malas nak comment, you guys memang garfield. meowwww!

Monday, October 26, 2009

Adakah anda tergolong dalam sikap buruk siku?



masa bercinta, tak boleh nak elak lah kan daripada bagi hadiah dekat pasangan. sometimes sampai sanggup belikan jam tangan mahal, baju, ada yang siap belikan handphone lagi. tapi bagi pasangan yang fall in love macam ni, sakan bercinta bukan main lagi, bila dah putus hubungan, macamana heh? barang-barang tu kira halal atau nak bagi balik?



  • KES SATU
ada pasangan putus cara baik and kira halal jelah semua barang yang dia pernah bagi dekat pasangan dia, and pasangan dia pun sama. kira nak buat kenangan yang mereka tu pernah bersama lah agaknya. kalau macam tu, kira senang lah kan? bila dah putus, berbincang and settled.

  • KES DUA
ada pasangan, putus cara kurang baik. means, bergaduh lah kan. tak kiralah apa puncanya. ada orang lain ke, dah jemu ke tengok muka yang sama setiap hari, atau sebagainya lah kan. lepas tu dah bergaduh maki hamun, pergi pulak ambil pen dengan kertas, senaraikan barang yang pernah dia bagi dekat pasangan dia. lepastu sms atau email, mintak balik semua tu siap list kan barang and harga barang tu. cis. apa punya buruk siku orang macam ni?

  • KES TIGA
ada lah yang putus cara baik jugak tapi oleh sebab cinta baru dia (pengganti) jadi batu api suruh mintak balik barang-barang dekat bekas tupperware (ex you guys lah kan), so terpaksa lah turutkan and mintak balik. yang pernah belanja makan dulu pun, siap kira harga nasi ayam goreng campur telur mata kerbau sekali dengan milo ais tu berapa RM. claim jangan tak claim. heh.

  • KES EMPAT
ada orang pulak, tak payah mintak balik. dia bungkus sendiri bagi balik dekat ex dia tu. sebab tak sanggup nak tengok atau malas nak ingat balik memori lama. sometimes kenangan yang lepas tu buat kita sakit hati atau sedih. kalau dah macam tu, pulangkan semua barang-barang adalah yang terbaik lah kan. takkan nak buang kot? hihi.

by the way,

you guys ada macam rasa makan cili tak? kalau ada tu, macam janganlah sampai macamtu. bercinta dimulakan dengan baik, kalau nak diakhirkan pun, harap-harap dengan cara paling terbaik lah. anggap tak ada jodoh. jodoh kan dah ketentuan Allah SWT sejak dari azali. dah memang ada jodoh tertulis untuk setiap manusia.

selalunya,

kes macam ni, lelaki lah kot yang mintak balik barang-barang. atau sama je? setakat ni tak pernah lah pulak i jumpa perempuan yang mintak balik barang-barang. tapi tak kisahlah kan siapa yang jadi buruk siku tu. cuma kalau boleh, beringatlah. kalau you guys dah bagi seseorang hadiah, walau bergaduh macamana sekali pun, janganlah sampai benci membenci and mintak balik. tak elok.

cakap seksi : ini pendapat i. sebab baru-baru ni syafi ada cerita salah seorang kawan dia ada tersenarai dalam list di atas. haih :/ tu baru couple. belum kahwin. agaknya kalau dah kahwin lepas tu cerai, mintak balik duit buat kenduri and duit hantaran. perempuan pulak mintak balik tenaga yang dia keluarkan untuk meneran bayi mereka berdua? aik? T__________T

Rahsia lelaki terbongkar selepas berkahwin




masa bercinta semua pun indah. sikit-sikit nak jumpa, sikit-sikit dah rindu. lelaki pun sanggup buat apa sahaja demi perempuan tersayang. tapi keindahan tu cuma berlaku masa bercinta je ke? dah kahwin macamana pulak?


  1. belum nikah tu, dia kata tak suka rumah bersepah-sepah. pantang rumah tunggang langgang. lepas jadi suami, amboiii. dah campak kain baju merata-rata. bagi dia, "kan ada orang rumah.."
  2. masa hangat bercinta, bukan main lagi nak beli baju couple set dekat timesquare yang berharga rm60 sepasang. waktu bersanding pun sedondon je. lepas dah kahwin, TERpakai baju yang sama, terus tukar cepat-cepat.
  3. dulu waktu lunch siap tanya "yang, you nak makan apa?" lepas kahwin, apa dia tapau, makan je. jangan banyak tanya. kang dia jawab "dah beli pun nasib baik.."
  4. masa bercinta dulu, kalau spent rm300 untuk beli bunga atau belanja girlfriend shopping, apalah sangat. lepas kahwin, mintak rm100 nak beli barang dapur pun dah cakap "you nak cekik darah i ke?"
  5. kereta atau motor berhabuk sikit, terus mandikan dengan kasih sayang and belaian manja. cewah. dalam hati perempuan pun berkata, "untungnya aku dapat lelaki pembersih macam ni". lepas kahwin, isteri mintak bersihkan toilet, dia boleh jawab "tahun depan pun boleh basuh"
  6. sebelum kahwin, macam ribut kemas rumah bila girlfriend singgah kejap. lepas kahwin, rumah macam tongkang karam pun dia buat tak tahu je.
  7. masa bercinta, teman girlfriend shopping setiap hari pun tak apa. sanggup. lepas kahwin, macam-macam alasan dia bagi nak elak daripada teman isteri shopping. malas nak tolong pegang shopping bag agaknya?
  8. masa isteri pertama kali pregnant, lelaki lah paling risau, paling takut mengenangkan proses bersalin. lepas isteri dah beranak satu, jadual isteri penuh, dah tak kisah kesihatan isteri dah.
  9. bercinta sakan sampai bergayut dekat phone lima-enam jam sehari pun tak apa. lepas kahwin, bila dia outstation, dapat lima patah sms pun dah kira okay.
  10. sebelum kahwin, kejap-kejap sms, satu hari tu tak berhenti-henti sms. kalau girlfriend tanya sikit, dia jawab panjang berjela. sekarang ni tiga atau empat sms sehari, dia cuma reply 'K', tak ke sakit hati?
  11. dulu kejap-kejap 'love you', kejap kang 'miss you', pergi toilet keluar dah rindu. sekarang, nak cakap 'i love you' pun tergagap-gagap.
  12. dulu kalau girlfriend tersepak batu, lelaki sanggup marahkan batu. sekarang dah kahwin, marah pulak bini sebab tersepak batu.
lelaki bujang kata,

"kalau aku tahu nikmat kahwin macam ni, dah lama aku kahwin.."

lepas berkahwin,

"kalau macam ni sengsara rumahtangga, tak nak aku kahwin!"

credit: intrend
cakap seksi : bergantung pada masing-masing lah kan. kalau betul dia sayang dekat girlfriend dia (bakal isteri), janganlah buat macam ni.

Sunday, October 25, 2009

Beberapa perkara romantik



pengumuman : entri ini telah di request oleh blogger si cantik, ellenyna.



apa perkara yang membuatkan syafi romantik pada i. sebenarnya i segan nak buat entri ni. sebab kalau boleh i tak nak syafi tahu perkara-perkara yang buat dia menjadi romantik. takut nanti dia tak nak buat lagi T________T tapi tak apa, bila dah kaji selidik (ehem) kalau dah romantik tu, mestilah romantik jugak, kan? actually, semua lelaki pun romantik tau you guys. cuma ada yang tak nak tunjukkan and ada jugak yang just nak tunjuk after berkahwin. and perlu diingatkan jugak, sometimes ada lelaki memang amalkan sikap 'ladies first'. so dia nak perempuan yang mula dulu romantika de amor, baru lah dia yakin nak romantik-romantik jugak gitu. cewah.

dari awal perkenalan, perkara pertama yang i dah nampak sikap romantik syafi adalah masa syafi bawak i jumpa parents dia. sedangkan we all baru bercouple seminggu masa itu. dia berani bawak i jumpa parents dia and family dia sedangkan we all sendiri tak berapa yakin dengan relationship masa tu. tapi dia nampak serious lah dengan i sebab i perempuan pertama yang dia bawak jumpa parents. itu pun kira romantik lah bagi i. dah lah bawak i jumpa parents, lepas tu parents dia ajak berbuka puasa sama-sama and lepas isyak, dia hantar i sampai rumah :')

and yang paling buat i sayang dengan syafi, bila jumpa cousin atau kawan-kawan dia, dia terus kenalkan i and kawan dia punyalah ramai. sampai sekarang pun i belum hafal semua, baru 30% je hafal. hihi. cara dia perkenalkan tu macam comel and of course romantik lah bagi i kan. contohnya macam ni,

"awek aku, shira"



masa tu still awek lagi lah kan you guys. and now, bila i pergi je bandar tun razak and lepak dengan farah hasnita, mesti ada orang tegur and akan tanya,

"syafi mana syafi?" ataupun,
"abang sayang mana abang sayang?"

padahal i tak kenal orang itu. dan dia sebenarnya adalah salah seorang kawan kepada syafi. see how famous i am in bandar tun razak tu? heh :D

lagi perkara romantik. syafi tak pernah bagi i kena hujan. seriously dia tahu i akan jatuh sakit bila kena hujan. dia sangat-sangat pentingkan kesihatan i. serious i pun tak terjaga diri i macamana dia jaga. cuma sebab i excited and degil nak jumpa eny dekat sunway pyramid, syafi dah tak boleh buat apa walaupun dia marah i sangat-sangat masa tu sebenarnya. hujan lebat. but i degil nak pergi jumpa eny. masa itu, dia sanggup basah kuyup and bawak motor dalam hujan lebat demi untuk memenuhi hasrat i :')

i pernah jatuh sakit. and tak bangun almost 2 month. i teringin sangat nak makan burger king. syafi tak ada transport lagi masa tu, motor pun belum ada. syafi naik lrt star dari bandar tun razak ke masjid jamek. tukar kepada lrt putra ke klcc. beli burger king untuk i. and naik lrt putra balik ke setiawangsa dan hantar ke rumah i. and lepas tu dia balik semula ke bandar tun razak. i tahu dia mesti penat. tapi demi i, dia sanggup.

i pernah salah faham dengan syafi sampai i dah cakap macam-macam dekat dia. i siap keluarkan ayat 'aku kau'. but dia tak pernah. seriously dia tak pernah cakap macam tu dekat i. bila ada salah faham dia mesti akan cakap,

"dah lah sayang. jangan macam ni. bb tak nak gaduh dengan ayang".

syafi dengan i pergi timesquare. masa itu i balik kl naik bas. tak bawak kereta. so we all pergi timesquare naik motor, senang parking. tak plan pun sebenarnya. i ternampak teddy bear hello kitty yang besar sangat. syafi belikan. serious mahal lah i rasa. dia belikan. and mak cik guard dekat tempat parking tu tegur

"wah. besarnya dikkk kau belikan patung untuk awek kau. macamano nak bawak tu hah?"
syafi cuma jawab, "boleh bawak ni".

syafi letak bear tu dekat depan dia and dia bawak motor sambil peluk bear tu. i rasa macam nak menangis masa tu jugak.



sedih i tengok gambar-gambar kenangan dengan scooter syafi ni.
dia dah hilang lepas tiga bulan syafi beli.
sekarang syafi pakai LC.

actually, syafi pernah nak belikan bunga untuk i. but i bukan jenis perempuan yang suka pada bunga. dah banyak kali syafi kata nak belikan bunga and setiap kali itu juga i larang. i takut nanti bunga tu mati, nanti hati i hancur berderai. eceh.

kalau nak ikutkan, banyak sangat benda yang i nak cerita lagi. tapi rasanya cukup lah macam ni je. kang lebih-lebih kang, pengsan pulak you guys haa. kalau nak tahu perkara romantik i pernah buat dekat syafi, cuma ini lah kot? hihi.

Saturday, October 24, 2009

Tips : Natural hair care



lepas i buat entri ni ada seorang blogger yang manis minta i membagi tips back to basic khas untuk penjagaan rambut. actually, ada orang tak suka pun nak guna bahan semulajadi pada rambut. tapi lepas i tanya ramai kawan-kawan i, diaorang pun kebanyakannya dah mencuba tips ini dan dikatakan berkesan. eceh. apapun, tips ini i tetap creditkan kepada intrend inspirasi gaya hidup anda. heh.



  • mandi wap
amalan mandi wap dipercayai boleh membantu untuk merawat rambut. rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, lidah buaya, minyak kelapa, telur, avokado and lobak merah. amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang hitam menawan, lebat and kelihatan bermaya. dalam masa sama, ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang.
  • minyak tanak
untuk rambut yang harum secara semulajadi, cuba petua ini. lumur rambut you guys dengan minyak tanak yang dicampur dengan bunga melur, kenanga serta rempah ratus. kesannya rambut you guys akan wangi, kelihatan ikal and lebih lembut selembut kain sutera :P
  • biji betik


jemur biji betik sampai kering. kemudian goreng tanpa menggunakan minyak hingga biji betik itu kelihatan garing dan hitam. goreng dengan kadar api perlahan je ye. tumbuk halus biji betik yang digoreng tadi dan ayak. campur dengan minyak masak and lumur atas kepala sampai mengenai seluruh rambut. biarkan semalaman agar rambut kelihatan sihat, lebat and lembut.
  • daun parsli dan minyak bunga matahari
rawat sendiri rambut you guys yang kering dengan bahan daripada dapur. tak payah memasak. guna bahan-bahan untuk masak tu sebagai rawatan minyak panas seperti rebonding di saloon. eh okay teruskan jangan merepek. campur daun parsli dengan minyak bunga matahari dan sapu pada seluruh kulit kepala. ia berupaya mengatasi rambut kering dan tidak bermaya macam rambut i :P


cakap seksi : dah sebulan lebih tak pergi saloon ni. jom?

Friday, October 23, 2009

Memang gedik, kan?



sekarang i gedik dengan syafi. serious.

maybe macam tak tahu malu lah kalau i cerita dekat sini tapi i rasa tak apa kot lah kan. hihi. petang tadi mama dah bertolak pergi singapore dengan adik. i tak ikut. i senggugut. malas nak jalan kaki dari rumah ke bus stand. benci jalan kaki jauh-jauh. penat.

okay fine. mama and adik dah pergi. i tinggal dengan oliey and kiki. i sunyi. oliey dengan kiki asyik tidur je. i mintak syafi temankan i dekat skype. sekarang belum skype lagi lah. sebab syafi dekat bandar tun razak and broadband pulak, kakak dia bawak pergi kerja. and kalau dekat langat, dia boleh online. so i tengah tunggu syafi pergi langat and on skype dengan i. gedik kan?

okay itu baru gedik pertama. tadi masa mama baru pergi naik teksi, i dah menangis teresak-esak call syafi. haha. i sedih sebab kena tinggal macam ni. dah lah senggugut. nak berjalan pun tak boleh. okay fine, syafi dah tenangkan i.

paling gedik, bila setiap kali syafi call i atau i call syafi, mesti i menangis lepas tu i cakap nak pergi kl pergi rumah haikal and alesha. lepas tu i dah terbayang-bayang nak main dengan haikal and kacau alesha jalan terkedek-kedek. i rindu anak-anak buah i.

sekarang i dah demam balik. i tak larat nak bangun pergi makan. ambil air pun tak larat. kalau mama balik and tengok anak dia dah mati, macamana? T_______T

apapun, thank you syafi sebab selalu ada dengan i. i love you and always do.

mesti syafi menyampah dengan i sebab i ni banyak songeh kan? you guys rasa macam tu tak? i pun rasa macam tu. and syafi kata tak. syafi kan memang suka bila i gedik. i dah admit secara terang-terang yang i ni gedik. admit secara public. heh.

ada sesiapa nak teman i tak? i nak berbual dekat skype. lamanya nak tunggu syafi. haih :/

ok i first time ni tinggal sorang-sorang dekat rumah. you guys ada tak nak pesan apa-apa? hihi. jiran i sekeliling semua baik hati. diaorang semua sibuk-sibuk jaga i sebenarnya :')

Thursday, October 22, 2009

Surat untuk readers



hai you guys T________________T

untuk pengumuman semua, i dalam keadaan baik-baik sahaja. terima kasih kepada yang sms, call, email, mms, message dekat facebook. you guys memang ambil berat pasal i, i tahu dan i ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana memberi perhatian yang very the sweet.

sorry if korang yang calling calling, i tak boleh angkat. so sorry and very the sorry sangat. sms pun i tak sempat balas semua. harap faham.

okay sebagai bukti i dalam keadaan yang sihat dan baik, tontonilah gambar-gambar i.



gambar minggu lepas lah hoi :P

sorry sebab gambar yang super selekeh pun i letak. nak buat macamana kan dik nonnnn. i rasa ada baiknya letak gambar yang selekeh macam ni, agak-agak you guys jijik tak untuk masuk blog ni lagi? T________________T haha okay dah dah lah tu. gambar menunjukkan i sihat lah kan? i sayang you guys. mwah mwah. heh.

Tuesday, October 20, 2009

Kepochi betul



eleh. kan dah cakap. i tak tidur punya tengahari ni. korang dekat facebook mengumpat i bukan main lagi. hobi i bukan tidur lah. cis. okay i baru balik dari bank sebenarnya. i parking betul-betul depan bank. tapi hujan lebat. lepak dulu dalam kereta dengan mama. adik tak ikut. dia kena tegur dengan mama sebab suka sangat melawan cakap. dengan i pun. dia tak hormat. heh.



dah keluar dari kereta, hujan betul-betul tengah lebat. redah tanpa payung. ehhhh. bila dah sampai dekat depan bank, ada pak cik tu tegur mama. dia kata tak ada elektrik. means, sistem dekat bank pun tergendala. buat penat. nasib baik sebelah bank tu ada kedai handphone. survey handphone and harga sekali. fine. dekat kawasan ni tak yah lah beli handphone. mahal. syafi kata nak belikan. okay fine. i tunggu je ni ha, sayang.



anak beranak ni memang suka bergambar. tunjuk camera terus posing. heh. i ni kalau tangkap gambar semua sepesen je. tak ada macam lain sikit ke, tak ada macam perubahan ke. well. itulah i. nak buat macamana kan? ok dah. kalau nak kritik, boleh kritik dekat comment blog i. tak payah dekat tempat lain. dosa tau jadi kepochi. hahahahhahahhahahha :D

hah. i pun kepochi jugak sebenarnya T________________T

sekarang ni i dah jadi macam dulu. update banyak entri dalam masa satu hari. well. itulah i. nak buat macamana kan? (ulang lagi)